Siri Mau’izatul Qulub 2 : ANTARA SAYAP NYAMUK DAN DUNIA

30 Dec

لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوْضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

“Seandainya dunia punya nilai di sisi Allah walau hanya menyamai nilai sebelah sayap nyamuk, niscaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir seteguk airpun.

(HR. At-Tirmidzi no. 2320)

 

Subhanallah… itukah nilai dan harga dunia disisi Allah swt.Kelihatanya seperti tidak ada nilai langsung disisi Yang Maha Pencipta.Melihatkan maksud dan pengertian sabda Rasulullah saw di atas , sudah cukup membuktikan bahawa dunia yang selama ini kita kejar dengan penuh rasa tamak dan haloba , rupa-rupanya tidak ada nilai disisi Allah swt.Buat apa dikejar benda yang tidak bernilai??Apakah berbaloi jika sepanjang kejar-mengejar ini yang mana sudah pasti ada antara pesertanya yang akan jatuh tersungkur menyembah bumi , tiba-tiba apabila kita sampai di garisan penamat,pengadil atau hakim yang berada disitu dengan tegas mengatakan bahawa pertandingan tadi tidak dikira.Pertandingan tersebut tiada nilai dan sia-sia saja.Yang menang dan yang kalah tak dapat apa-apa.BERBALOI KAH ?

Ingatlah firman Allah swt :

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي اْلأَمْوَالِ وَاْلأَوْلاَدِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيْجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُوْنُ حُطَامًا وَفِي اْلآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيْدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُوْرِ

“Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang karenanya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (AQ , surah Al-Hadid ayat 20)

 

Lihatlah saudaraku sekalian ! Apabila Allah swt yang mencipta dunia ini pun telah menegaskan bahawa dunia ciptaan-Nya ini tidak ada nilai dan harga disisi-Nya , maka kenapakah kita seperti tidak mahu mempercayainya?.Kenapa kita masih berlumba-lumba mencari dan terus mencari serta menyelongkar dengan rakus dan tamaknya akan harta dan khazanah duniawi ini sehinggga melupakan tuntutan ukhrawi yang memang disuruh untuk kita mencarinya?….

Satu analogi mudah yang boleh kita renung dan fikir-fikirkan ialah tentang seseorang yang membeli kereta jenama Proton.Apabila berlaku sesuatu masalah terhadap kereta yang baru dibelinya , tuan punya kereta akan segera merujuk kepada mekanik dari Pusat Servis Proton.Setelah dilakukan pemeriksaan , maka mekanik tersebut akan mengatakan itu dan ini dan juga kaedah penyelesaiannya sekali.Maka tuan punya kereta tersebut akan mendengar dengan tekun dan teliti.Segala apa yang diterangkan oleh mekanik tadi akan dipraktikkan dengan penuh keyakinan.

Persoalannya sekarang , kenapa tuan punya kereta tersebut tidak menghantar kereta tersebut ke mana-mana pusat servis kereta yang bukan dari Pusat Servis Proton?…Kemudian , kenapa dengan begitu mudah tuan punya kereta tersebut untuk mempercayai dengan yakin segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan oleh mekanik Proton itu?…Jawapannya mudah sekali.Ini kerana segala nasihat dan tunjuk ajar itu datangnya dari mekanik kilang Proton itu sendiri.Dalam erti kata lain ianya ianya adalah dari “TUAN YANG MENCIPTA” kereta tersebut.Maka sudah pastilah ‘yang mencipta’ lebih mengetahui barang ciptaannya.

Tapi mengapa apabila “TUAN PUNYA BUMI” ini dengan jelas dan nyatanya menyatakan tentang betapa tidak bernilai dan berharganya bumi dan kehidupanya , kita seolah-olah tidak mendengar atau tidak meyakini kenyataan tersebut.Malah hari demi hari kita sentiasa berfikir-fikir bagaimana caranya untuk menambah kekayaan dan kekayaan… Benarlah Sabda Rasulullah saw :

لو أن لابن أدم واديا من ذهب أحب أن يكون له واديان ولن يملأ فاه إلا التراب ويتوب الله على من تاب

Sekiranya anak Adam itu mempunyai satu lembah emas , nescaya ia tentu menginginkan untuk memiliki dua lembah emas dan sama sekali tidak ada yang dapat memenuhi mulutnya (keinginannya) kecuali tanah (iaitu Mati).Dan Allah menerima taubat orang-orang yang bertaubat. (HR Imam Bukhari : 11/216 , 217 dan Muslim : 1049)

Apa yang penting , berpada-padalah mencari kekayaan di dunia sehingga tidak melupakan kekayaan dan harta yang perlu dicari sebagai bekal di Akhirat kelak….

Beginilah Islam mengajar kita …..

Siri Mau’izatul Qulub 1 : NILAI ‘MENGUCAP SALAM’ DALAM ISLAM

28 Dec

Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

Hak seseorang Muslim terhadap muslim lainnya ada 6 perkara : Apabila kamu berjumpanya maka hendaklah memberi salam kepadanya ,apabila ia memanggil kamu , maka jawablah ia , apabila ia meminta nasihat kamu , hendaklah kamu menasihatinya , apabila ia bersin dengan memuji Allah , maka doakanlah ia , apabila ia sakit ,ziarahilah ia dan apabila ia mati , maka iringilah ia (jenazahnya ke kuburan). (Hadis Riwayat Imam Muslim : 2162 )

*************

Sahabat-sahabat sekalian……

Ramai antara kita yang tahu dan menyedari bahawa kita disunatkan untuk memberi salam apabila bertemu antara satu sama lain.Ramai juga yang tahu , bahawa ucapan salam itu adalah doa yang kita panjatkan ke hadrat Ilahi agar sahabat atau saudara yang kita temui itu beroleh kesejahteraan dan kerahmatan Allah swt.Malah ramai juga yang tahu , bahawa orang yang mula-mula memberikan ucapan salam itu mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi-Nya , Tuhan Rabbul Jalil….

Tapi , mengapakah ramai yang buat-buat tak tahu tatkala bertemu sesama mereka,samada di jalanan , di Masjid atau di surau , di pusat membeli belah atau di restoran , di tempat kerja atau dimana-mana sahaja… malah yang paling mengecewakan ialah sikap malas untuk memulakan ucapan salam??

Berdasarkan kepada hadis di atas maka petua atau tips pertama dalam menawan hati seseorang ialah dengan ucapan salam.

Mungkin ramai yang akan berfikir , apakah dengan memberi salam sahaja boleh menyebabkan seseorang itu merasa senang dan selesa dengan kita.Setakat beri salam semua orang boleh buat.Bukan susah sangat pun , hanya sebut : Assalamua’alaikum…

Ya , memang betul dan tepat sekali..bukan susah sangat pun nak beri salam.Tapi disebabkan tak susahlah , maka ramai yang tidak mengambil peduli malahan berat sekali mulut itu untuk menyebutnya.

Dalam Islam , kita dibolehkan mengirim salam kepada seseorang yang berada jauh melalui perantaraan orang tengah dengan ucapan “Assalamualaikum” begitu juga dengan menulis surat yang mengandungi ucapan salam , menghantar sms dimulai dengan ucapan salam dan berbagai-bagai lagi cara yang boleh dilakukan untuk memberi salam.

Suatu ketika Rasulullah saw berkata kepada Saidatina A’isyah r.anha : Wahai A’isyah , ini Jibril berkirim salam kepada mu.Lalu dibalas oleh A’isyah r.anha dengan katanya :

وعــليه الســلام ورحمــة الله وبركاته

Dan ke atasnya jua kesejahteraan dan rahmat Allah serta keberkatannya.(HR Bukhari : 6249 , 6253 dan Muslim : 2447)

Inilah buktinya bahawa ucapan salam itu boleh disampaikan melalui seseorang kepada seseorang yang lain.Hadis di atas juga menunjukkan betapa peri pentingnya ucapan salam , sehinggakan Malaikat Jibril pun mengucapkan salam kepada isteri Baginda SAW.Inikan pula kita sebagai manusia , malas untuk mengucapkan salam

Seorang penyair Arab pernah menyebut :

جد لنا بالســـلام إن لم تزرنا  ****  إن بذل السلام نصف الزيارة 

Sampaikanlah salam kepada kami, sekiranya engkau tidak menziarahi kami *** Sesungguhnya memberi salam itu merupakan separuh daripada ziarah.

Ucapan salam sebenarnya mempunyai kelebihan yang tersendiri.Ini kerana disamping mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan seseorang , memberi salam juga boleh merapatkan hubungan silaturrahmi , menerbitkan rasa kasih dan sayang sesama manusia , melunakkan hati-hati manusia serta membentuk akhlak mulia sesama muslim.

Sebagaimana yang diketahui , bahawa ucapan salam itu merupakan satu doa yang kita pohonkan kepada Allah swt,maka dengan sebab itulah orang yang menerima ucapan salam itu WAJIB pula membalas ucapan tersebut.Barulah adil namanya.Doa yang kita terima , maka doa jugalah yang kita balas.

Allah SWT berfirman dalam surah An-Nisa , ayat 86 :

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا

Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa) Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu.

Apa yang menarik ialah , ucapan salam ini juga adalah ucapan yang akan diucap oleh para penghuni Syurga semasa di akhirat kelak sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 44 :

تَحِيَّتُهُمْ يَوْمَ يَلْقَوْنَهُ سَلَامٌ وَأَعَدَّ لَهُمْ أَجْرًا كَرِيمًا

Salam penghormatan kepada mereka (orang-orang mukmin itu) pada hari mereka menemui-Nya ialah: Salamun (ucapan selamat sejahtera) dan Dia menyediakan pahala yang mulia bagi mereka.

Sahabat-sahabat sekalian……

Jika ada yang bertanya : apakah perkara pertama untuk menawan hati seseorang? , maka jawablah , ucapkanlah salam…kalau ditanya kembali : tak kan dengan ucapan salam sahaja.?  Maka katakan kepadanya : Rasulullah SAW pernah bersabda :

لا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلامَ بَيْنَكُمْ

Kamu tidak akan masuk syurga sehinggalah kamu beriman , dan tidak sempurna iman kamu sehinggalah kamu berkasih sayang.Aku akan tunjukkan kepada kamu sesuatu yang jika kamu lakukannya akan membuatkan kamu berkasih sayang.(Iaitu) menzahirkan (memberi) salam sesama kamu.

Beginilah Islam mengajar kita…..

KAEDAH PENSABITAN HUKUMAN HUDUD..

24 May

Baru-baru ini , kita dikejutkan dengan kisah rakaman video seks yang mana pelakunya dikatakan mirip wajah salah seorang pemimpin parti pembangkang. Maka berderu-derulah kedengaran berbagai-bagai fatwa itu dan ini mengenai video tersebut sehinggalah kepada kemuncaknya iaitu dengan menjemput salah seorang tokoh ulama terkemuka dunia , Fadhilatus Syaikh Dr. Wahbah Az-Zuhaily yang dijemput oleh kerajaan negeri memberikan penjelasan berkenaan dengan isu sumpah dan qazaf.

Penulis tidak berhasrat untuk mengkomen , atau mengulas apa2 yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Duktur…Cuma apa yang ingin penulis nukilkan di sini ialah , bahawa kaedah  pensabitan seseorang terhadap kesalahan jenayah hudud yang dilakukan adalah tidak tertumpu kepada 2 kaedah sahaja sebagaimana yang diketahui umum  iaitu , Keterangan saksi dan pengakuan si tertuduh.

Malah , Dr. Ahmad Fathi Bahansi dalam bukunya : Nazariyat al-Itsbat Fi al-Fiqh al-Jinaa’ie al-Islami , m/s : 12 menyatakan : Ada 7 cara yang boleh digunakan dalam membuktikan kes-kes jenayah termasuk dalam kes-kes hudud , iaitu :

1)     Kesaksian.

2)     Pengakuan.

3)     Bahan Bukti (qarinah)

4)     Keterangan Pakar (al-Khibrah)

5)     Pengetahuan hakim

6)     Dokumen ( Al-Kitabah )

7)    Sumpah

Suka saya menukilkan kata-kata salah seorang tokoh ulama yang paling mengambil berat tentang kedudukan bukti (qarinah) ini sebagai salah satu jenis keterangan yang boleh digunakan di mahkamah.Beliau ialah Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah yang menghuraikan dengan panjang lebar bagaimana jenis keterangan seperti itu perlu diterima oleh mahkamah termasuk dalam kes-kes yang berkaitan hudud.

Menurut beliau lagi , apa yang dimaksudkan dengan keterangan al-Bayyinah ialah apa sahaja yang boleh menjelaskan kebenaran.Ia tidak semestinya dalam bentuk saksi samada satu , dua atau empat orang.Malah dalam al-Quran juga jika diteliti maksud al-Bayyinah itu tidaklah wujud istilah tersebut digunakan atau dikaitkan bagi pengertian saksi.Dalam ertikata lain al-bayyinah bermaksud sebarang perkara yang boleh menjelaskan kebenaran tak kira dalam bentuk apa pun.

Kata Imam Ibn al-Qayyim  lagi , pihak pendakwa perlu mengemukakan hujah untuk membuktikan kebenaran dakwaannya itu.Meskipun antara hujah atau alasan yang dimaksudkan ialah keterangan saksi , namun ini tidak menolak penerimaan terhadap keterangan-keterangan dari jenis lain.Bahkan ada kemungkinanbahawa keterangan-keterangan jenis lain terutama keterangan yang bersifat bukti kejadian (Qarinah al-Hal)  yang mana ia lebih meyakinkan daripada keterangan saksi. (al-turuq al-Hukmiyah fi al-Siyasah al-Syar’iyyah oleh Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah , m/s : 12 )

Walaubagaimana pun dalam kes-kes hudud , para ulama / fuqaha berselisih pendapat dalam menerima bukti (qarinah) ini.Ini berdasarkan sejauh mana asas penerimaannya tidak bertentangann dengan prinsip “Dar ul hudud bi al-syubhat”  iaitu Konsep menolak hudud dengan syubhat.

Apa pun , yang jelasnya sebagaimana kata-kata Imam Ibn al-Qayyim , bahawa adakalanya keterangan / al-bayyinah jenis lain selain saksi dan pengakuan itu lebih jelas dan meyakinkan terutama keterangan bersifat bukti kejadian iaitu qarinah al-hal..sebagai contoh dalam kes mencuri , apabila barang curi itu berada dalam simpanan tertuduh sedangkan pada masa itu tiada sebarang pengakuan dibuat dan tidak pula ada saksi yang melihatnya…Maka qarinah al-hal  dalam kes mencuri tersebut adakah boleh ditolak begitu sahaja???

Sekali lagi Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyah menjelaskan dalam kitab yang sama m/s : 6 :

“Para Imam dan khalifah al-Rasyidun sentiasa menjatuhkan hukuman potong tangan apabila barang curi berkenaan didapati berada dalam simpanan tertuduh.Bukti / qarinah ini sebenarnya lebih kuat daripada saksi dan pengakuan.”

MAKA PERSOALANNYA ….

Sekiranya video rakaman seks yang membabitkan salah seorang pemimpin pembangkang itu ternyata TULEN DAN ASLI @ ORIGINAL berdasarkan kepada keterangan pakar yang mana kenyataan pakar (al-Khibrah) itu adalah salah satu daripada kaedah pensabitan kesalahan jenayah (rujuk no.4 di atas) adakah qarinah al-hal  ini boleh ditolak begitu saja???.., Apa yang jelas Pelaku video tersebut adalah WAJIB dijatuhkan hukuman samada hudud atau pun Ta’zir.Ini kerana mengikut pendapat kebanyakan Fuqaha , bukti / qarinah yang jelas dan meyakinkan boleh dijadikan alasan pensabitan hukuman ta’zir melainkan si tertuduh dapat menafikannya serta membuktikan sebaliknya……

Kesimpulannya :…. jika ia tulen dan asli , maka si pelakunya hendaklah mempersiapkan hujah dan bukti untuk menolakknya serta membuktikan bahawa kebenaran dan keaslian video tersebut adalah palsu dan batil atau pun rekaan semata-mata…….Allahu A’alam….

SEMINAR FIQH SOLAT……

23 Feb

ASSALAMUALAIKUM IKHWAH SEKALIAN.

 

BERITA BAIK KEPADA SEMUA PENCINTA ILMU DAN JUGA KEPADA PESERTA YANG INGIN MENYERTAI SEMINAR SEHARI FIQH SOLAT KETIKA SAKIT…..

BAYARAN PENYERTAAN KURSUS / SEMINAR TELAH DITURUNKAN KEPADA RM 50.00 SAHAJA DARIPADA BAYARAN ASAL RM 75.00

INI KERANA TEMPAT SEMINAR INSYA ALLAH AKAN DIBUAT DI DEWAN SEMINAR MASJID AL-GHUFRAN , PINGGIRAN TAMAN TUN DR. ISMAIL…

CEPAT !!! DAFTARLAH SEKARANG , TEMPAT TERHAD…HANYA 50 PESERTA SAHAJA.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT DAN PENDAFTARAN SILA KLIK :

www.aljawhartraining.com

 

MAULIDUR RASUL yang dibid’ahkan Vol.2

21 Feb

Alhamdulillah , terlalu banyak respon samada pujian dan kritikan dari para pengunjung blog penulis berkenaan dengan artikel Maulidur Rasul yang dibid’ahkan yang lepas….

Gembira dan syukur kepada Allah swt rasanya bila ada yang bersetuju dengan penulisan penulis dan tak kurang juga rasa seronok bila ada yang panas punggung dengan artikel penulis lalu mengkritik dengan kritikan  bertalu-talu yang memenuhi inbox email penulis….Bahaya dan dahsyat sungguh rupanya kuasa tinta ini lebih-lebih lagi jika ianya disebarkan melalui alam siber yang bersifat maya….

Pada dasarnya , penulis malas nak layan semua email-email tersebut kerana ianya tidak ubah seperti menyemarakkan lagi api kemarahan dan kebencian golongan pengkritik yang tidak bersetuju dengan artikel penulis…

Cuma , apa yang ingin penulis sebutkan disini ialah rata-rata atau kebanyakan orang yang mengkritik artikel penulis tu sebenarnya langsung tidak memahami apa yang penulis maksudkan dalam artikel tersebut….

Cuba pahamkan betul-betul….

Apa yang penulis maksudkan ialah , penulis menerima jemputan ceramah @ KULIAH MAGHRIB daripada sesebuah komuniti masyarakat yang dibuat disurau atau masjid dan dalam ceramah tersebut penulis diminta untuk berceramah atau bercerita tentang kisah kelahiran dan perjuangan Rasulullah saw dalam menegakkan agama Islam…Pendek ceritanya , ialah penulis pergi ke sana untuk berdakwah menyampaikan ceramah sama seperti hari-hari lain bilamana penulis pergi kesesebuah surau atau masjid untuk menyampaikan kuliah mingguan atau bulanan….

Bukannya penulis pergi ke sana dari pagi sampai ke malam berarak , berselawat , berzanji , meraban sana ,meraban sini dan sebagainya…..

Sebab itulah penulis katakan golongan yang membid’ahkan penulis kerana memenuhi jemputan ceramah umum itu adalah golongan “PELAMPAU” yang kerjanya dari pagi sampai ke petang asyik mengintai-ngintai peluang untuk membid’ahkan sesiapa sahaja yang dirasakan telah melakukan perkara-perkara yang kononya dianggap sebagai tidak betul….

Kalau begitulah caranya  , Pihak Katerer yang menghantar makanan yang ‘ditempah’ pun kena jugaklah dikatakan sebagai puak bid’ah…wal hal , tugasnya hanyalah memenuhi tempahan pihak surau / masjid untuk jamuan makan di surau selepas selesai program ceramah umum tersebut.

kemudian , Pihak SYABAS dan Tenaga Nasional Berhad pun kena jugaklah…dari CEO nya sampailah kepada tukang Cleaner yang kerjanya asyik dok lap lantai bangunan SYABAS dan TNB juga akan dikatakan sebagai orang yang terlibat dengan Bid’ah kerana membekalkan air dan elektrik untuk pihak surau mengadakan ceramah Umum tersebut…

Apa lagi yer….hmm, Oh ya , Tukang pasang khemah , ALAM FLORA yang membersihkan sampah-sampah yang berlonggok seperti polistrin makanan , plastik pembungkus makanan dan cawan-cawan kertas yang dikutip selepas selesai majlis pun agaknya dikatakan sebagai ahli bid’ah sebab kerja dia orang tu memang terlibat dalam majlis ceramah umum tersebut.

Hmm , ntahlah…sampai ada salah seorang sahabat yang menghantar email kepada penulis terang-terang mengatakan penulis ni termasuk dalam kalangan ahli bid’ah kerana memberikan ceramah tentang kelebihan Rasulullah saw kepada  komuniti masyarakat disitu.Sedangkan tujuan penulis ialah pergi ke sana dengan niat menyampaikan dakwah agar masyarakat akan lebih dekat dan cinta kepada Rasulullah saw khasnya serta kepada Islam umumnya…

Maka , kalau itulah pegangan golongan tersebut , ramailah para Alim Ulama yang sememangnya terkenal dalam menegakkan sunnah di Bumi Malaysia ini akan menjadi ahli bid’ah sebab menerima jemputan ceramah tentang kemuliaan Rasulullah saw walaupun ianya bertujuan dakwah.Antaranya Al-Fadhil Ust.Dr Abd Basit seperti Iklan dibawah ini…

 

 

Dah paham belum???…..Wahai si “PELAMPAU”………..

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 27 other followers