Isyarat jam yang ditunjukkan oleh Al-fadhil Ustaz Zain-ys hari ini dalam blognya (link) adalah petanda baik…Isyarat yang cukup menggerunkan musuh-musuh Sunnah… Gelombang tajdid pasti menyinga………ALLAHU AKBAR!!
Archive for January, 2008
AAN , Kapal dan Sauh…..
Posted by aljawhar on 19 January, 2008
Malam ini aku tak boleh melelapkan mata……sebab apa ??….Aku baru je membuka laman blog Ust Zain-ys……aku lihat posting terbaru Ustaz Zain-ys ada gambar kapal dan sauh yang mana , bagi aku gambar tersebut sudah cukup untuk membawakan satu harapan yang cukup bermakna dan penuh dengan semangat baru. Aku dapat rasakan bahawa AAN akan mula kembali meneruskan usaha dakwah sybernya setelah berehat seketika menghilangkan penat lelah melayan karenah pengunjungnya , termasuklah aku…….sebagaimana lagaknya kapal yang ditunjukkan oleh Ustaz zain-ys dalam blognya…….yang mana menjadi adat kapal yang berlabuh untuk mengangkat kembali sauhnya bagi meneruskan perjalanan di alam lautannya setelah berhenti berehat akibat penat melayan kerenah anak kapal yang macam-macam ragam dan songelnya……….Boleh jadi juga kapten kapal telah mendapat berbagai-bagai idea dan buah fikiran untuk menyelesaikan ragam anak-anak buahnya selepas ini tanpa perlu melabuhkan kembali sauhnya buat kali kedua…..kerana jika sauhnya berlabuh lagi , maka akan lambatlah perjalanan kapal untuk sampai ke destinasi seperti dalam jadualnya….Ah , tak sabar rasanya ingin bersua kembali dengan mu wahai al-ahkam.net.Akan ku layari dikau dengan penuh adab dan tatasusila demi menghormati dikau selayaknya…….Oh , sauh …sungguh berguna rupanya dikau….
Posted in FIKRAH KU | Leave a Comment »
2008….Ohh Tidak !!!
Posted by aljawhar on 19 January, 2008
Tak habis-habis dengan kenaikan harga barang dan keperluan…..makin nak pilihanraya , makin naik pulak harga barang……tahun 2008 , tahun menambah lagi beban dan penderitaan……Aku sendiri terkesan dengan kenaikan tersebut……tapi still boleh bernafas lagi , walaupun kadang-kadang tersedak juga dibuatnya…… Ntah lah , aku dan sesiapa saja hanya mampu mengeluh dan mengeluh….bukan bererti aku tidak bersyukur dengan limpahan nikmat-Nya selama ini , tapi sekadar meluahkan rasa kecewa dan tak puas hati dengan kenaikan yang seolah-olah ‘DISENGAJAKAN’
Posted in FIKRAH KU | Leave a Comment »
AHBASSSHHH Laaaagi…….
Posted by aljawhar on 19 January, 2008
Arrrgghh….lagi-lagi pasal Ahbash…..lagi-lagi pasal Ahbash……tak habis-habis pasal puak dholalah yang satu ni… Kisah Ahbash ni dah lama dah berlaku….cumanya orang aje yang tak sedar dengan kewujudannya…. Apa yang pasti, jemaah Ahbash ni memang dah diwartakan sesat oleh kebanyakkan ulama tersohor zaman ini…… Tapi sayang seribu kali sayang…..ada antara penuntut kita yang terpengaruh dengan jemaah ini….pelajar agama pulak tu…itu yang musykil sangat…..Kalau pelajar kimia ke , kedoktoran ke , arkeologi ke , sastera ke , mungkin boleh diterima dengan akal……Sampai sanggup buat blog dok cerca WAHABI pasai nak bela AHBASH……Haaaiiiii , apalah nak jadi mereka ni….Tak kan tak dapat nak menilai dengan neraca ilmu yang dipelajari , yang mana satu betul , dan yang mana satu SESAT !!!……Posted in FIKRAH KU | Leave a Comment »
Warkah buat mu AAN….
Posted by aljawhar on 19 January, 2008
Memori….satu kenangan…..macam tak cayer je…al-ahkam.net telah menutup pintu tirainya setelah genap penubuhannya selama 10 tahun…..Mungkin ada benarnya desas-desus tentang penutupannya adalah disebabkan segelintir pengunjungnya yang seolah-olah tidak tahu atau buat-buat tak tahu yang mana satu tuan rumah dan yang mana satu pula tetamu….mungkin juga orang tersebut termasuk aku…..Entahlah, aku pun tak tahu…… Terkadang manusia itu tak sedar akan salah dan silapnya….. Tapi aku pasti , Al-Fadhil Ustaz Zain-ys tidak semudah itu untuk menutup terus pintu AAN yang telah banyak mencurahkan ilmu di alam maya…… MAAFKAN AKU WAHAI GURU DAN MURSYID YANG DIHORMATI ALFADHIL USTAZ ZAIN-YS….maafkan segala salah dan silap serta keterlanjuran yang mungkin datangnya dari ku insan yang serba lemah ini…..maafkan …..maafkanlah…………….Posted in FIKRAH KU | Leave a Comment »
