Archive for February 17th, 2008
PAK LAH – TOK GURU
Posted by aljawhar on 17 February, 2008
Posted in ISU-ISU SEMASA | Leave a Comment »
Peti Undi Telus Cahaya (Transparent)
Posted by aljawhar on 17 February, 2008
SPR akan menggunakan peti undi telus cahaya (transparent) dalam Pilihan Raya Umum ke-12 yang akan datang. Peti-peti undi ini akan menggantikan peti-peti undi lama yang diperbuat daripada logam yang dicat hitam. SPR menempah 50,000 unit peti undi telus cahaya dan telah mula membuat penghantaran ke Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri. Penggunaan peti undi yang telus cahaya adalah selaras dengan komitmen SPR untuk meningkatkan lagi tahap ketelusan pilihan raya yang diadakan di negara ini. (Petikan Berita dari SPR).Kadang-kadang rasa pelik juga bila melihatkan situasi atau fenomena yang berlaku sekarang ini.Kenapa dulu , tidak dilaksanakan kaedah penggunaan peti transparent tersebut??…Berbagai-bagai tuntutan dan tindakan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang tertentu , sejak dari zaman berzaman lagi.Apakah kerana pada pilihanraya kali ini , pihak kerajaan ingin menunjukkan kepada masyarakat dan rakyat Malaysia bahawa betapa jujur dan prihatinnya mereka kepada suasana politik tanahair??….atau sekadar gimik politik yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat??….Apakah nanti bila peti tersebut dikuatkuasakan penggunaannya , tidak akan terdapat sebarang bentuk penyelewengan lagi terhadap sistem pilihanraya negara kita??……Nak percaya ke tidak???
Posted in ISU-ISU SEMASA | Leave a Comment »
PILIHANRAYA UMUM KE 12
Posted by aljawhar on 17 February, 2008
Tanggal 13 Februari yang lepas Parlimen telah dibubarkan dengan rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia………Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sekali lagi bakal memilih para pemimpin yang akan membentuk kerajaan baru Malaysia.Mungkin kerajaan ‘lama’ akan kekal berkuasa dalam memerintah Malaysia , atau mungkin satu ‘kejutan’ baru yang bakal dilakukan oleh para pengundi kali ini dengan memilih para pemimpin dan kerajaan yang ‘baru’.
Sama-samalah kita menantikan , sama ada ‘berani’ atau tidak rakyat Malaysia ini….
Posted in ISU-ISU SEMASA | Leave a Comment »







