DALIL MEMUKUL ISTERI

19 May

Assalamualaikum Wmt Wkth

Mohon jawaban ahli panel tentang isu ini

Apakah maksud sebenar ayat Al-Quran ( tak ingat surah mane ) yang menyatakan bahawa seorang suami itu dibenarkan memukul isteri. Sebab feminis kata ini bukti penganyaian wanita dan Barat kata ini bukti Islam galak keganasan

Wassalam JZKMMLH

Al-jawab :

Sebenarnya dalam Islam memang terdapat hukum keharusan untuk memukul isteri.Walaupun begitu , ianya tidak semudah itu untuk si suami memukul isterinya tanpa sebarang sebab musabab yang wajar dan dibenarkan dalam Islam.

Banyak prosedur dan syarat yang perlu diikuti oleh si suami sebagai langkah untuk menasihati isterinya sebelum mengambil jalan terakhir dalam proses tersebut iaitu dengan memberikan pengajaran yang lebih keras seperti memukulnya.

Ini sebagaiamana yang terkandung dalam surah an-Nisa’ ayat 34 – 35 :

وَاللاَّتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلاَ تَبْغُواْ عَلَيْهِنَّ سَبِيلاً إِنَّ اللّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

dan perempuan-perempuan Yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan Yang bertujuan mengajarnya). kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha tinggi, lagi Maha besar.

Jelas daripada ayat tersebut , langkah pertama yang perlu diambil oleh suami apabila didapati isterinya telah melakukan nusyuz (penderhakaan) ialah :

1. Menasihati dengan sepenuh daya dan usaha , dan jika masih berdegil maka hendaklah….

2. Pulaukannya di tempat tidur , dan jika masih lagi berdegil , maka

3. Yang terakhir barulah dipukul.Itu pun dengan pukulan yang ringan bertujuan untuk memberi pengajaran.

Itulah dia ajaran Islam yang memang lebih menitik beratkan soal pencegahan dan pengubatan….Bukannya bertujuan untuk menghukum dan menyeksa mereka-mereka yang tersalah atau terlanjur dalam perbuatan dosa dan sebagainya.Islam meletakkan kaedah memukul isteri itu pada kaedah yang terakhir setelah didapati tidak ada jalan lagi untuk menyelesaikan segala konflik yang berlaku dalam rumah tangga , dan dalam situasi tersebut juga , masih lagi Islam menyarankan agar dipukul dengan penuh kasih sayang dan lemah lembut supaya tidak menyakitkan si isteri.Ini kerana tujuan pukulan itu sendiri adalah untuk memberikan kesedaran sahaja , bukan sebaliknya.

Begitu juga , dengan sikap Rasulullah saw sendiri yang memang tidak pernah memukul isteri-isterinya , kecuali dalam perkara-perkara yang melanggar perintah Allah swt.Maka pukulan atau hukuman ketika itu adalah kerana Allah swt.Sebagaimana hadis dibawah :

مَا ضَرَبَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اِمْرَأَة لَهُ وَلَا خَادِمًا قَطُّ , وَلَا ضَرَبَ بِيَدِهِ شَيْئًا قَطُّ إِلَّا فِي سَبِيل اللَّه أَوْ تُنْتَهَك حُرُمَات اللَّه فَيَنْتَقِم لِلَّهِ

Maksudnya : “Rasulullah s.aw. tidak pernah memukul isteri mahupun khadamnya sama sekali; dan beliau sama sekali tidak pernah memukul dengan tangannya sendiri, kecuali pada jalan Allah sahaja atau kerana larangan-larangan Allah dilanggar, maka beliau menghukum kerana Allah.

(HR Imam Ahmad dalam Musnadnya , no : 22906 , 24734 , 24765)

Ada pun kenyataan saudara bahawa , pihak barat dan feminis menjadikan ayat al-Quran di atas sebagai hujah bahawa Islam menggalakkan keganasan adalah tidak boleh diterima pakai dan ianya tertolak dengan sendirinya oleh umat Islam yang meyakini akan keadilan dan kebijaksanaan Allah swt.Sikap dan perangai golongan kafir barat ini sejak dari dulu lagi hinggalah ke hari ini ialah dengan menimbulkan segala macam keraguan dan kekeliruan di hati setiap individu muslim dengan cara memutar belitkan ayat al-Quran dan hadis Nabi saw.

Apa yang harus saudara buat apabila berhadapan dengan situasi tersebut ialah dengan mem’bakul’ sampahkan kenyataan tersebut dan bertanyalah kepada mereka yang arif dan tahu serta jujur dalam menyampaikan hal ehwal Islam.

WA

About these ads

4 Responses to “DALIL MEMUKUL ISTERI”

  1. mimi 28/11/2011 at 5:23 pm #

    tapi kadang2 suami x usul periksa dalam dan terus memukul, memukul isteri smpai , bdan isteri sakit ada lebam kadang bengkak, adakah suami tu masih berhak utk memukul isteri, dan adakah suami itu berdosa melakukan bnda sebegini.????

    • Abu-fathi Al-Yamani@Al-Jawhar 17/12/2011 at 12:35 am #

      Ringkasnya seperti yg saya telah sebutkan dalam artikel di atas bahawa pukulan suami kepada isteri adalah jalan terakhir yg dianjurkan dalam Islam.Itu pun pukulan tersebut adalah bertujuan untuk mendidik , bukannya mendera…Maka perbuatan suami memukul isteri dengan kuat sehingga lebam2 adalah terkeluar dari maksud perintah Allah tersebut.

      WA.

  2. Anna 01/05/2013 at 7:25 pm #

    Pukul yang macam mana di benarkan menurut Islam?

    • Abu-fathi Al-Yamani@Al-Jawhar 22/05/2013 at 6:04 pm #

      Pukul yh dibenarkan dalam Islam ialah pukul dengan tujuan sekadar utk memberikan peringatan dan memberi kesedaran atas kelalaiannya… Bukanlah pukul yg mendatangkan kesakitan dan kecederaan pada si isteri. .. Wa Allahu A’alam. .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: