DOA SELEPAS AZAN
Posted by aljawhar on 19 May, 2008
Salam,
Apakah yang dimaksudkan berselawat selepas azan?Adakah selawat yang kita biasa baca seperti allahuma shalli alla muhamad wa alla muhamad atau doa azan itu sendiri adalh selawat juga?
jazakallahu khairan
Jawapan :
Berselawat kepada Nabi Muhammad saw selepas azan adalah sahih dan thabit dari Baginda saw melalui sabdanya :
إذا سمعـــتم المؤذن فقــولوا مـــثل ما يقول ثم صلوا علي فإنه من صلى علي صلاة صلى الله عليه بها عشرا
“Sekiranya kamu mendengar muazzin (azan) , maka ikutlah seperti apa yang disebutkan.Kemudian , berselawatlah kamu kepadaku.Maka barangsiapa yang berselawat kepada ku sekali selawat , nescaya Allah swt akan berselawat kepadanya 10 kali. (HR Muslim : 384 , Abu Daud : 523 , Tirmizi : 3614)
Maka jelas disini bahawa memang kita disuruh untuk berselawat kepada Nabi Muhammad saw selepas azan.
Manakala bacaan doa selepas azan yang biasa kita baca itu juga adalah warid / thabit daripada Rasulullah saw sebagaimana sabdanya :
من قال حين يسمع النداء : اللهم رب هذه الدعوة التامة……..(HR Bukhari : 614)
Sekian
WA