HUKUM HAFAZ AL-QURAN MASA HAID DAN NIFAS

19 May

saya nk bertanya,
1) perempuan yg dlm tempoh haid dan drh nifas boleh hafal Quran tak?
2) jika perempuan tersebut memang sedang menghafal Al-Quran, bolehkah dia meneruskan hafalannya ketika dia datang haid @ darah nifas?

Bismillahi wal hamdulillah…

Al-Jawab :

Jumhur Fuqaha melarang wanita membaca Al-Quran ketika dalam haid dan sedang berjunub berdasar kepada hadis daripada ibnu Umar ra :

ولا تقرأ الحــائض ولا الجــنب شـــيئا من القرأن

“Tidak boleh membaca walau sesuatu pun dari Al-Quran wanita yang sedang haid dan berjunub”

Para Ulama Malikiah mengikut riwayat mereka yang sahih mengatakan bahawa : Dibolehkan untuk memegang al-Quran bagi wanita yang haid dan dibolehkan juga untuk membacanya dengan tujuan mengajar dan belajar. Kelonggaran ini hanya diberikan kepada wanita yang dalam keadaan haid sahaja dan bukannya yang sedang berjunub.Ini kerana hari-hari haid itu berlangsung adalah cukup lama.Maka jika mereka dilarang daripada membaca al-Quran , dibimbangi bahawa mereka akan melupakan al-Quran.Sedangkan berzikir kepada Allah adalah dibolehkan kepada wanita-wanita yang sedang dalam haid.Ia juga memberi kemudahan kepada madrasah Tahfiz Al-Quran untuk meneruskan pengajarannya sehingga para huffaz tidak melupakan hafazannya disebabkan terhenti bacaan kerana haid dan nifas.Inilah mazhab (pegangan) Bukhari , at-Thobari , Ibn Munzir , Daud , as-Sya’bi , Mazhab as-Syafi’ie Qadim dan kebanyakan ulama masa kini.(Taudhih al-ahkam min bulughul maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , jld.1 , ms.461)

Malah dalam masalah wanita yang sedang dalam nifas juga dibolehkan untuk membaca al-Quran sebagaimana fatwa Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah : “Membaca Al-Quran bagi wanita nifas dibolehkan jika ia khuatir akan melupakan bacaan al-Quran dengan sebab lamanya tempoh masa nifas tersebut.Tetapi jika ia yakin bahawa tidak melupakan bacaan al-Quran tersebut maka tak perlulah ia membacanya.”

(Majmu’ al-Fatawa li syaikh al-Islam Ibn Taimiyah , Jld.1 ms.636)

Tahqiq / tarjih hukum :

Secara kesimpulannya , membaca al-Quran ketika dalam haid adalah dibolehkan berdasarkan sebab-sebab yang telah diterangkan.

Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa hukum wanita haid adalah sama dengan hukum wanita nifas dalam bab membaca al-Quran yang mana wanita tersebut boleh memegang dan membaca al-Quran sekiranya wanita tersebut adalah guru atau murid. (Hasyiyah al-Dasuqi , Jld.1 , ms.175)

WA

About these ads

2 Responses to “HUKUM HAFAZ AL-QURAN MASA HAID DAN NIFAS”

  1. mardhatillah 28/10/2008 at 8:36 pm #

    Assalamua’laikum… jika adakah dalil yg menunjukkan seorg hafiz/ah boleh menghafaz al-Quran ketika haid dgn tujuan untuk menghadapi ujian hafazan…

    • wan 11/07/2010 at 1:35 pm #

      I/Allah akan jawab ……………….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: