JUAL BELI DALAM MASJID

19 May

Salam,
Adakah terdapat larangan khas berkenaan Jual beli didalam Masjid ? jika ada boleh berikan dalil secara terperinci ? Adakah hukum ini juga termasuk mengiklankan barangan untuk dijual…contohnya “barangan(buku)saya ada diluar masjid Maka saudara tolong beli laa …” dan juga adakah buku ilmiah contohnya kitab ilmiah juga termasuk dalam larangan ini?

JAWAPAN :

Al-hamdulillah.

Terdapat sebuah hadis dari Baginda Rasulullah saw yang melarang jual beli di dalam masjid samada barang jualan tersebut wujud atau tidak wujud :

نهى رسول الله (ص) عن الشراء والبيع في المسجد وأن تنشد فيه ضالة

“Rasulullah saw melarang jual beli dan melarang daripada melaungkan barang yang hilang didalam masjid ……

( HR Abu Daud : 911 , Ahmad : 6389 , Darjat hadis : Hasan)

Malah Rasulullah saw menyuruh agar sesiapa yang nampak orang yang berjual beli dalam masjid menyeru dengan seruan : “Semoga Allah merugikan kamu”.Ini berdasarkan kepada sebuah hadis dari Abu Hurairah ra :

إذا رأيتم من يبيع أو يبتاع في المسجد فقولوا : لا أربح الله تجارتك وإذا رأيتم من ينشد فيه ضالة فقولوا : لا ردها الله عليك

Jika kamu lihat , sesiapa yang berjual beli didalam masjid maka katakan kepadanya : Semoga Allah tidak menguntungkan perniagaan kamu , dan sekiranya kamu lihat sesiapa yang melaungkan barangnya yang hilang maka katakana kepadanya : Semoga Allah tidak memulangkan kembali (barangan) kepada kamu.”

(HR Tirmizi : 1321 dan Tirmizi mengatakannya Hadis Hasan , serta dinilai sahih oleh As-Syaikh Al-Albani dalam Sahih at-Tirmizi)

Adapun jual beli yang dibolehkan ialah diluar kawasan masjid walaupun ianya berada disekeliling kawasan masjid tetapi wajiblah ke atas si penjual untuk menutup perniagaannya ketika diserukan azan untuk menunaikan solat sebagaimana yang tersebut dalam al-Quran surah al-Jumuah , ayat 9 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya),

Walaubagaimana pun dalam perkara ini terdapatnya khilaf dikalangan fuqaha dalam menetapkan hukum berhubung dengan perkara ini…Ini berikutan terdapatnya pertikaian dikalangan fuqaha berkenaan status hadis yang dijadikan dalil / sandaran hukum terhadap permasalahan ini…

WA

About these ads

One Response to “JUAL BELI DALAM MASJID”

  1. ashwan haidi 12/05/2009 at 11:13 am #

    bagus dan teruslah dikembangkan, agar pemahaman saudara kita yang lain menjadi kafah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: