MAKANAN YANG MENGANDUNGI ALKOHOL

19 May

Saya ingin bertanya , apakah hukumnya makan atau minum makanan yang mempunyai kandungan alkohol seperti gula strepsil..

Jawapan :

Masalah makanan yang mengandungi alcohol , adalah merupakan perkara biasa dan telah lama dibahaskan oleh para alim ulama , khususnya dalam mujamma’ al-fiqhi al-Islami.Ini kerana alkohol mempunyai manfaat yang banyak dalam industri pembuatan makanan.Walaubagaimana pun terdapat garis panduan yang telah disepakati dan perlu diikuti oleh umat Islam dalam menggunakan alkohol dan jenis alkohol yang boleh digunakan ialah alkohol Ethyl.

Berikut perinciannya :

Terdapat beberapa jenis makanan yang menggunakan alkohol , sepertimana berikut :

Jus buah-buahan ,susu pekat , zabadi ( susu masam yang popular di tanah arab ),tepung yang telah diuli dan diletakkan ragi ( makanan segera seperti kuih muih segera ) , dan sebagainya.Jenis-jenis makanan dan minuman seperti ini adalah mengandungi kurang dariapada 0.5 % kandungan alkoholnya.Maka jenis seperti ini adalah halal dan harus digunakan disisi syarak.

Terdapat juga jenis makanan atau minuman yang menggunakan alkohol untuk mencairkan beberapa bahan yang digunakan untuk membuat makanan atau minuman tersebut seperti pewarna , bau-bauan makanan dan sebagainya , yang mana bahan-bahan tersebut tidak boleh cair dengan menggunakan air ,maka alkohollah digunakan.Satu contoh terbaik minuman yang menggunakan kaedah ini ialah minuman coca cola , pepsi dan mirinda.Kesemua minuman tersebut menggunakan bahan pewarna yang dicairkan dengan kaedah alkohol.Nama pewarna tersebut ialah Beta Carotene.Kaedah pencairan ini mengguna pakai kandungan alkohol dalam nisbah penggunaan sebanyak 0.2 – 0.3 % sahaja dan ini juga menurut hukum syarak adalah dibolehkan.

Seperti mana kenyataan / fatwa yang dikeluarkan oleh Muktamar fiqh (Perubatan) yang bersidang di Kuwait pada Mei 1995 : “Sesungguhnya penggunaan alkohol dalam industri pembuatan makanan dan minuman untuk tujuan mempercepatkan proses pertumbuhan makanan atau minuman ( seperti ragi ) dan untuk proses pencairan bahan-bahan untuk kegunaan pembuatan makanan dan minuman tersebut adalah dibolehkan atas dasar al-umum al-balwa.”

Walaupun begitu terdapat juga jenis-jenis makanan dan minuman yang menggunakan alkohol jenis memabukkan dengan tujuan untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap dan membuatkan orang ramai merasa ketagihan selepas makan atau minum bahan tersebut.Ianya banyak terdapat dalam beberapa jenis aiskrim , manisan , sebahagian coklat , minuman bergas dan sebagainya.

Proffesor Muhammad Abd Salam dalam bukunya “Musykilah Istikhdam al-Mawad fi al-Muntajat al-Ghazaiyah” m/s 6 menyebutkan : Penambahan ahkohol jenis tersebut sengaja dilakukan pada sebahagian besar jenis makanan dan minuman dengan tujuan untuk mendapatkan rasa yang tertentu dan terbaik supaya pengguna merasa ketagihan dan menyukai makanan atau minuman tersebut.

Maka penggunaan alkohol ini , dengan jelas tidak dibolehkan malah diharamkan dalam Islam.Ini kerana penyebab utamanya ialah alkohol yang diletakkan adalah dari jenis alkohol yang digunakan dalam pembuatan arak dan alkohol jenis ini adalah dihharamkan penggunaannya secara mutlak oleh ulama sebagaimana kata Ibnu Hazm dalam “Al-Muhalla” (1 / 135 ) : Telah sepakat ahli Ilmu dan para ulama bahawa sekiranya arak dicampurkan kedalam makanan atau ubat-ubatan samada cecair atau pepejal , ianya tidak ternyah ( terhapus ) , bahkan kesan dari segi warna , baud an rasa masih lagi wujud pada makanan attau ubatan tersebut dan ianya akan merosakkan makanan dan ubatan tersebut.Maka penggunaannya tetap haram disisi syarak..

Begitu juga kenyataan Muktamar Fiqh (Perubatan) yang bersidang di Kuwait ( Mei 1995) menyebut : “Tidaklah boleh malah diharamkan kepada umat Islam menggunakan sebarang bentuk makanan dan minuman yang mengandungi kandungan arak walaupun nisbah yang sedikit , lebih-lebih lagi makanan-makanan dan minuman yang terdapat atau dibuat di Negara Eropah (Barat) , berdasarkan kepada panduan syarak bahawa , apa-apa sahaja yang dibuat daripada arak dan memabukkan samaada sedikit atau banyak tetap haram”

WA

Maraji’ :

Proffesor Muhammad Abd Salam “Musykilah Istikhdam al-Mawad fi al-Muntajat al-Ghazaiyah” , Muassasah Kuwait lit Taqaddam al-Ilmi , 2003

Majjalah Dauriah Muhakkamah , Al-Mujjamma’ al-Fiqhi al-Islami , bil 13

About these ads

One Response to “MAKANAN YANG MENGANDUNGI ALKOHOL”

  1. Mardhiah 19/12/2012 at 11:10 am #

    Kalau dah termakan kek yang ada sikit alkohol dengan tak sengaja, macam mana? :(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 56 other followers

%d bloggers like this: