CATATAN AL-JAWHAR @ ABU FATHI AL-YAMANI

الـــــراجي رحمـــــة ربه الجـــواد

MENCINTAI ISTERI ORANG

Posted by aljawhar on 19 May, 2008

Apa kah hukum menyimpan perasaan menyintai isteri orang ?


JAWAPAN :

Al-hamdulillah ,Al-Jawab :

Jawapan terbaik kepada persoalan saudara ialah : CINTA KEPADA YANG HALAL , ADALAH HALAL , DAN CINTA KEPADA YANG HARAM , ADALAH HARAM .

Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam sebuah hadis :

ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها

Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”

(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)

Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )

Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :

المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه

“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”

WA

5 Responses to “MENCINTAI ISTERI ORANG”

  1. zie said

    saya telah jatuh cinta dengan majikan saya..yang sudah berkahwin, saya juga sudah berkahwin. suami saya lelaki curang dan kaki pukul isteri, bersama majikan saya mula merasa bahagia cuba melupakan tapi tak mampu, dia difikiran selalu. biarlh semua ini menjadi takdir, jika salah simpatilah padaku yang mula merasa mencintai dan dicintai walau tidak memiliki.

  2. min said

    mencintai suami orang bermula dan punca dari suami ku yang jahat. tidak menghargai aku sebagai isteri dan perlakukan aku seperti boneka.kecurangan suami ku yang menemukan aku denga lelaki yang juga suami orang… memanglah suami orang ni prihatin dan penyayang dengan perempuan luar, seperti itu juga aku diperlakukan suami orang itu…apatah lagi akhirnya aku jatuh cinta. aku sanggup lakukan ini kerana suamiku ternyata tidak mau berubah. punya simpanan yang juga telah punya anak luar nikahnya…hatiku pedih makin buat aku menyerahkan perasaan cinta itu pada lelaki lain.jadi aku juga faham dia, seboleh nya menjaga hubungan kami agar isterinya tidak menjadi penghalang. kita hanya kongsi kasih sayang bukan ikatan.

    • aljawhar said

      Puan MIN dan ZIE , mencari jalan penyelesaian berlandaskan hawa nafsu adalah satu perbuatan yang dilarang dan haram disisi Islam.Tidak salah jika seorang perempuan yang belum berkahwin bercinta dan berkahwin dengan suami orang lantaran hukum Islam yang membenarkan poligami.Apa yang diharamkan ialah apabila seorang isteri yang belum bercerai dengan suaminya berlaku curang bercinta dengan lelaki.

      Maka apabila ini dilakukan…..tidak ada sebarang penyelesaian pun yang akan berlaku melainkan mencipta masalah baru…..

      WA

  3. suriani said

    saya ada sepupu sebaya saya,dulu dia tinggal dengan makcik di seremban lama juga.sekarang dah pidah ke perak,sepupu saya tinggal bilik sewa dengan saya.makcik saya dah kahwain mempunyai 4orang anak.masa di seremban makcik saya keja dan balik jauh malam.pakcik pulak keja tapi balik awal le dan jaga anaknya.bila dah duduk gan saya,bila mandi saya buka hp sepupu saya.amat terkerjut sepupu saya bercinta dengan bapak saudaranya.sekarang saya tak tau macamana nak selamatkan rumahtangga makcik saya.makcik daya tak tau hubungan mereka ni.sekarang saya dah nak kahwin,saya tak mau sepupu ikuttinggal dengan saya nanti suami saya pun dia goda.apa harus saya buat.

    • aljawhar said

      Assalamualaikum.

      Ringkasnya , cara terbaik ialah dengan berterus terang kepada sepupu saudari tentang perkara ini.

      Cara lain ialah dengan berbincang dengan ibu dan bapa kepada sepupu saudari tersebut dan minta mereka menyelesaikan masalah tersebut tanpa perlu memberitahu kepada makcik saudaranya dan suaminya demi untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

      Saudari hendaklah mencari alasan yang kukuh dan munasabah agar sepupu saudari itu tidak ikut sama tinggal bersama2 dengan saudari selepas berkahwin nanti sebagai langkah berhati-hati…WA

Leave a Reply

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>