PERSOALAN SOLAT TAHAJJUD

19 May

Apakah dia tatacara solat tahajjud…adakah solat tahajjud ini lebih baik dikerjakan di awal atau akhir malam??

JAWAPAN :

Solat tahajjud disebut dalam kitab-kitab fiqh sebagai solat malam.Dalilnya ialah Firman Allah swt dalam surah Az-Zariyat : 17 :

كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُون

َ

“Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam”

Dan Sabda Rasulullah saw:

أفــضل الصــلاة بــعد الفــريضــة صــلاة اللــيل

“Seafdhal-afdhal (sebaik-baik) dolat selepas solat fardhu ialah solat malam”

( HR Muslim : 1163 )

Dalil di atas menunjukkan bahawa apa sahaja solat yang dilakukan pada waktu akhir malam adalah disebut sebagai solat Malam.Cuma terdapat sedikit perbezaan di bulan Ramadhan yang mana , solat Tahajjud yang dilakukan pada bulan tersebut disebut sebagai solat Tarawikh.

Berkenaan dengan adakidur dahulu sebelum mengerjakan solat malam , perkara ini adalah khilaf dikalangan ulama.Sebahagian ulama tidak meletakkan syarat tidur sebagai sahnya solat malam atau solat tahajjud.Sekiranya seseorang kekal berjaga dengan tidak tidur dan kemudian terus melakukan solat malam/tahajjud , maka solatnya adalah sah mengikut kesepakatan ulama.

Manakala golongan yang meletakkan syarat tidur sebagai syarat utama untuk melakukan solat tahajjud pula ialah dengan mengatakan bahwa bangun daripada tidur dan melakukan solat itulah yang disebut sebagai tahajjud , sebagaimana al-Qurtubi menafsirkan ayat al-Quran dalam surah al-Isra’ ayat 79 :

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَى أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu: mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”

(Tafsir al-Qurtubi : 10/308]

Maka kesimpulannya ialah , tidak disyaratkan tidur ketika mahu mengerjakan solat malam.

Berkenaan dengan bilakah waktu bermulanya soolat tahajjud ialah bermula pada selepas solat isyak , tetapi sebaik-baik waktu ialah pada 1/3 akhir malam , sebagaimana dalil dari sabda Rasulullah saw :


يــنزل الله إلى السماء الدنيــا كل ليلة حين يبقى ثلث الليل فيقول : أنا الملك أنا الملك ، من الذي يدعوني فأستجيب له ، من الذي يسألني فأعطيه ، من الذي يســتغفرني فأغفرله

“Allah swt akan turun ke langit dunia pada setiap malam ketika akhir 1/3 malam dan berkata : Akulah Tuhan , Akulah Tuhan.Barang siapa yang berdoa kepadaKU akan aku penuhi doanya , Barang siapa yang meminta kepadaKu akan aku beri kepadanya ,barangsiapa yang memohon ampun kepadaKu , akan aku ampunkan dosanya.”

(HR Imam Bukhari : 1145 , Muslim : 758 , Tirmizi : 239 )

Ruj :

Kaifiat Adak al-Solawat al-faraidh wa al-Sunan , As-Syaikh Usamah Na’im Musthofa

Taudhih ahkam min bulughil maram , As-Syaikh Abdullah Abd Rahman Al-Bassam.

2 Responses to “PERSOALAN SOLAT TAHAJJUD”

  1. aizuddin 02/02/2011 at 3:43 am #

    terima kasih untuk info ni :D

  2. Ute Bukan Aril 12/12/2012 at 3:56 am #

    makasi…..
    berbagi ilmu sangat mulia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 63 other followers

%d bloggers like this: