RAPATKAN SAF

19 May

ada hadis shahih (riwayat abu daud kalo xsilap) ada menyatakan cara merapatkan saf iaitu merapatkan mata kaki dan bahu dgn orang sebelah..namun ada yang menyatakan RasululLah tidak menyuruh kita untuk melakukan demikian krn kita perlu ada kebijaksanaan utyk berinteraksi dgn hadis2 nabi..saya xberapa jelas dgn penerangan tsbut..
hrp syeikh ahkam dpt membantu…apakah syarah terbaik utk hadis ni @ utk mengamalkan hadis ini dgn baik?

Jawapan :

Hadis tersebut ialah hadis sahih riwayat Abu Daud (667) dan An-Nasaie (815) serta disahihkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam kitab sahihnya (3/22) dan Ibnu Hibban (14/51). Hadis ini juga mempunyai syawahid yang berbagai dalam Sahihain , antaranya :

Hadis dari Anas bin Malik : Bukhari (690) dan Muslim (433)

Hadis dari Nu’man : Bukhari (685) dan Muslim (436)

Begitu juga terdapat dalam Musnad Abi Umamah : (21760)

Manakala matan hadis tersebut ialah :

عــــن أنس رضي الله عنه , أن النبي (ص) قال : رصوا صفوفكم وقاربوا بينــها وحــاذوا بالأعنـــاق

“Susunlah saf-saf kamu , dan dekatkan (rapatkan) antaranya , dan samakan leher2 (bahu) kamu.

Hadis di atas adalah dalil tentang keharusan menyusun dan merapatkan serta menyamakan saf antara satu sama lain dalam solat berjemaah.Ini kerana tuntutan tersebut merupakan cirri-ciri kesempurnaan solat yang amat digalakkan dalam Islam.Malah Rasulullah saw pernah bersabda kepada para sahabat tentang tuntutan untuk menyempurnakan susunan saf dengan sabdanya :

ألا تصفون كما تصف الملائكة عند ربها ؟ قالوا : وكيف تصف الملائكة عند ربها ؟ قال : يتمون الصف الأول فالأول ويــرصون الصـــفوف

“Tidakkah kamu mahu berbaris (saf) sebagaimana berbarisnya Malaikat disisi Tuhannya? Maka kami bertanya : Bagaimana (cara) berbarisnya Malaikat disisi Tuhannya ? Lalu dijawab oleh Rasulullah saw : Menyempurnakan saf yang awal dan menyusun (menyemakan) saf (barisan).” (HR Muslim : 430 )

Malah terdapat hadis lain yang menyuruh agar kita merapatkan saf dan menyamakannya , seperti hadis dibawah ini yang diriwayatkan dari Nu’man bin Bashir :

قال رسول الله (ص) : أقيموا صفوفكم – ثلاثا – قال : فرأيت الرجل يلزق منكبه بمنكب صاحبه وكعبه بكعبه

“Berkata Rasulullah saw : Dirikanlah barisan (saf) kamu (3 X ) telah berkata Nu’man : Aku lihat seorang lelaki (sahabat) melekatkan bahunya dengan bahu sahabatnya dan buku lalinya dengan buku lali sahabatnya.” (HR Bukhari : 717)

Berkata Ibnu Hajar : bahawa hadis di atas sebagai sighah mubalaghah yang membawa maksud kepada penyempurnaan saf dengan cara merapatkan antara bahu dan bukulali para jemaah.

Maka dengan ini ,jelaslah kepada kita bahawa tuntutan merapatkan saf dengan cara yang disebutkan dalam hadis di atas adalah merupakan sunat muakkad yang perlu diambil perhatian oleh setiap individu muslim.

Ini kerana menyamakan saf supaya ia menjadi satu barisan yang lurus adalah merupakan kesempurnaan solat itu sendiri.Sabda Baginda saw :

ســووا صــفوفكم فإن تسوية الصفوف من تمام الصلاة

Samakanlah saf (barisan) kamu , kerana sesungguhnya saf (barisan) yang sama (lurus) itu merupakan kesempurnaan solat” (HR Bukhari : 723 , Muslim : 433)

WA

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: