SOLAT SUNAT SEBELUM MAGHRIB

19 May

Dilihat ramai yang melakukannya.
1. Adakah dalil larangan solat sunat 2 rakaat sebelum solat maghrib.
2. Solat sunat selepas solat asar?
3. Solat sunat tahyatul masjid sebelum solat maghrib?

JAWAPAN :

Al-hamdulillah , insya Allah akan dijawab sekadar kemampuan .

1. Tidak ada dalil larangan solat sunat sebelum maghrib.Boleh dilakukan sekiranya mahu , tetapi bersyarat , iaitu tidak boleh melazimkan melakukannya pada setiap hari , kerana dikhuatiri menjadikannya solat sunat rawatib yang muakkad.

Ini kerana memang ada dalil hadis Nabi saw yang menyuruh solat 2 rakaat sebelum maghrib yang mana dalam hadis tersebut dikatakan boleh solat 2 rakaat bagi yang ingin solat dan dikatakan tidak boleh ianya dianggap sebagai solat sunat rawatib (HR Bukhari , no : 1183)

2. Adapun solat sunat selepas asar , tidak terdapat dalil yang menyuruh kita melakukannya , malah ianya termasuk dalam waktu-waktu haram solat padanya.

(HR Bukhari 586 , Muslim : 827)

3. Solat sunat Tahyatul adalah solat yang dituntut untuk dilakukan ketika masuk ke masjid sebelum duduk (HR Bukhari : 444 , Muslim : 417).Sehinggakan jika seseorang yang masuk ke dalam masjid pada hari jumaat ketika khatib sedang membaca khutbah juga disuruh untuk melakukan solat Tahyatul Masjid sebelum duduk mendengar khutbah (HR Muslim :875).Ini kerana mengikut pendapat yang rajah , solat tahyatul masjid boleh dikerjakan p bila-bila masa , walaupun pada waktu haram solat.

Maka dengan itu , apabila kita masuk ke masjid sebelum iqamah , iaitu sebelum solat fardhu hendak didirikan dalam apa waktu solat sekalipun maka kita hendaklah melakukan solat tahyatul masjid dahulu sebelum melakukan solat rawatib.Apa yang menjadi kesalahan para jemaah pada hari ini ialah mereka mendahulukan solat rawatib daripada tahyatul masjid apabila masuk ke masjid.

WA

Ruj:

Taudih al-ahkam min bulughul maram , As-syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-bassam

About these ads

2 Responses to “SOLAT SUNAT SEBELUM MAGHRIB”

  1. themalaysia2222 01/07/2012 at 12:49 pm #

    assalamualaikum. sy masih sedikit keliru. bila hadis tu ckp “no prayer after asr until sunset”,bukan ke jelas tiada solat sunat sebelum maghrib? sbb maghrib itu sendiri berlaku bila sun has set. (except tahyatul masjid atau yg pnting sprti solat jenazah etc).

    dulu sy ada buat umrah. setiap kali azan maghrib sy perhatikan hny org malaysia dan indonesia sahaja yg mndirikan solat qabliyah. org arab pula cm pandang2 agaknya pelik tgk org2 melayu ni solat :-/

  2. Ikhwan 07/08/2012 at 8:05 pm #

    Saya ada keraguan mengenai jawapan ke-3, di mana anta menulis bahawa solat sunat tahyatul masjid didahulukan daripada sunat sunat rawatib.
    Akan tetapi, apa yang ana difahamkan adalah sebaliknya. Di sini ana ada memetik petikan :-
    ” Seorang jemaah sampai ke masjid pada waktu Zuhur dan bilal sedang melaungkan azan Zuhur, dan jemaah tersebut belum menunaikan solat Tahiyyatul Masjid. Dalam keadaan ini, apabila masuk waktu solat Zuhur, jemaah tersebut mempunyai dilema sama ada untuk menunaikan Solat Sunat Tahiyyatul Masjid ataupun solat Sunat Rawatib. Dalam keadaan ini, Islam mensyariatkan bahawa solat yang lebih berhak ke atas jemaah tersebut pada waktu itu adalah solat sunat Rawatib Zuhur dan bukannya solat sunat Tahiyatul masjid. Dengan mendirikan Rawatib Qabliyyah Zuhur, ulama mengira sudah memadai dan mendapat fadilat sunat Tahiyatul Masjid. (Mohd. Farid Ravi Abdullah – Utusan Malaysia Bicara Agama) “.

    Jadi, bagaimanakah penyelesaiannya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: