STATUS DARAH SEBELUM BERSALIN

4 Jun

Assalamualaikum…
seorang perempuan yang hampir bersalin mengalami kontraksi (sakit nak bersalin) selama satu hari. Selama kontraksi tersebut ada darah keluar sedikit-sedikit. Adakah Darah tanda-tanda bersalin ini darah nifas?
Bolehkah dia solat ketika ini?
mintak pencerahan dari ustaz-syukran

____________________________________________________

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Ulama telah sepakat mengatakan bahawa darah Nifas adalah darah yang keluar selepas bersalin.Ulama berbeza pendapat dalam bab darah yang keluar sebelum bersalin kepada 3 pendapat :

Mazhab syafie dan Maliki: Ia adalah darah haid

Mazhab Hanafi dan Hanbali : Darah Istihadhah

Sebahagian Ulama Hanbali : Ia adalah darah nifas jika keluar sehari atau dua hari sebelum melahirkan anak.

Imam an-Nawawi menukilkan :

فإذا رأت الحامل دما يصلح أن يكون حيضا فقولان مشهوران قال صاحب الحاوي والمتولي والبغوي وغيرهم : الجديد أنه حيض , والقديم : ليس بحيض , واتفق الأصحاب على أن الصحيح أنه حيض

Maka apabila wanita yang sedang hamil melihat darah (yang keluar), yang dikatakan sebagai darah haid maka terdapat dua pendapat yang masyhur.Berkata pengarang kitab Al-Hawi , Al-Mutawalli dan Imam Al-Baghawi dan lain-lain : Qaul Jadid ( Pendapat yang baru ) Imam as-Syafie ia adalah darah Haid, dan Qaul Qadim ( Pendapat yang lama ) mengatakan ia bukan darah haid. Telah sepakat ulama Syafie pendapat yang paling sahih mengatakan ia adalah DARAH HAID.

( Al-Majmu’ Imam Nawawi : 1/412)

Maka , jika dilihat pada pandangan Imam as-Syafie ini , seseorang yang keluar darah sebelum bersalin tidak diwajibkan solat dan puasa.Ini adalah Ijtihad Imam Syafie dan ulama-ulamanya ( Syafi’iyyah )

Manakala Fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah Daimah :

Kesimpulan dari Fatwa tersebut ialah :

1.Jika darah yang keluar tidak disertai dengan tanda-tanda hendak bersalin , maka darah tersebut ialah darah kotor.Maka pada ketika itu masih lagi ditaklifkan dengan tuntutan ibadah samada puasa atau solat.

2.Manakala jika ianya disertai dengan tanda-tanda hendak bersalin seperti rasa sakit dan sebagainya , maka darah itu dikira sebagai darah nifas dan tak wajib bagiinya untuk puasa dan solat.Ia wajib mengqada’ puasanya sahaja selepas suci ( selesai wiladah )

Sumber link : http://www.islam-qa.com/ar/ref/6944

Mengenai status darah tersebut , pendapat yang rajih ialah pendapat dan fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah Daimah adalah yang lebih hampir berikutan terdapatnya kajian kedoktoran yang menunjukkan darah haid tidak akan keluar ketika seseorang wanita itu mengandung.

WA

About these ads

3 Responses to “STATUS DARAH SEBELUM BERSALIN”

  1. bukhturi 08/07/2008 at 11:15 am #

    a’kum wrt!
    em ..saya nak tanya pasal pendapat mazhab syafie tu yg mengatakan haid. sedangkan kajian terkini mengatakan org yg hamil xde haid. adakah harus kita berpegang kepada pendapat tersebut? kenapa tidak dikatankan istahadah

  2. aljawhar 09/07/2008 at 9:45 pm #

    Salam kembali….

    Memang itulah pendapat Imam Syafie yang dinukilkan oleh Imam An-nawawi dalam Kitabnya Majmu’…..

    Dalam jawapan ana tu , ana telah sebutkan dibawahnya , bahawa status darah yang keluar sebelum bersalin itu adalah darah nifas bukan darah haid berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah Daimah ,kerana terdapatnya kajian kedoktoran dizaman mutakhir ini yang mengatakan bahawa darah haid tidak keluar sepanjang tempoh mengandung…

    Imam As-syafie mengatakan darah Haid adalah kerana bersandarkan kepada keterbatasan kajian Imam as-Syafie di zaman beliau , lantaran tidak adanya dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah mengenai status darah yang keluar sebelum bersalin…yang ada hanyalah dalil tentang status darah selepas bersalin iaiatu darah nifas….Sebab itu dalam jawapan tersebut , ana sebutkan disitu bahawa ia adalah Ijtihad Imam As-Syafie….Bukan pendapat yang bersandarkan kepada dalil qat’ie…Sebab itulah juga para Imam Mazhab berbeza pendapat dalam menetapkan status darah tersebut.

    So , di zaman sekarang yang serba canggih ni , maka fatwa / ijthad imam Syafie tadi terbatal berdasarkan kejian terbaru yang ditemui tentang status darah tersebut yang mana ia bukan darah haid…Sila rujuk balik jawapan ana betul-betul dan rujuk juga jawapan Lajnah Daimah yang ada diserta kan sekali dalam jawapan ana tersebut….

    Harap Jelas…

  3. zinnirah 13/12/2008 at 5:52 am #

    salam..saya rasa mazhab syafei berlainan daripada apa yg disebut.Rujuk Mughmi Muhataj1/225
    وَالنِّفَاسُ هُوَ الدَّمُ الْخَارِجُ بَعْدَ فَرَاغِ الرَّحِمِ مِنْ الْحَمْلِ ، فَخَرَجَ بِمَا ذُكِرَ دَمُ الطَّلْقِ ، وَالْخَارِجُ مَعَ الْوَلَدِ فَلَيْسَا بِحَيْضٍ ؛ لِأَنَّ ذَلِكَ مِنْ آثَارِ الْوِلَادَةِ ، وَلَا نِفَاس لِتَقَدُّمِهِ عَلَى خُرُوجِ الْوَلَدِ بَلْ ذَلِكَ دَمُ فَسَادٍ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 62 other followers

%d bloggers like this: