MACAM-MACAM KEJADIAN PELIK
Posted by aljawhar on 17 August, 2008
Gambar yang penulis masukkan ini adalah gambar yang berada dalam simpanan penulis.Apa yang ingin dikongsikan ialah , cerita yang mengatakan bahawa wanita tersebut bertukar menjadi binatang kera setelah memarahi ibunya yang membaca al-Quran dan melempar al-Quran tersebut ke tanah…. gambar tersebut, penulis dapat daripada seorang Arab Yaman ketika berada dalam bas.Katanya peristiwa tersebut berlaku Oman….
Apabila perkara tersebut menimbulkan kegelisahan dikalangan penduduk Yaman , maka seorang Syaikh yang bernama Asy-Syaikh Hasan asy-Syafie telah mengambil tindakan dengan menelefon seorang kawannya yang berada di Oman untuk mengesahkan peristiwa tersebut , dan jawapannya ialah gambar tersebut merupakan gambar patung yang dirakam semasa pameran barang–barang pelik dan antik yang diadakan di Oman…bukannya betul-betul berlaku seperti yang diceritakan.
Itulah sikap sebahagian manusia yang berniat baik , tapi salah caranya….

Abu 'Ubaidah said
Alhamdulillah, syukran Abu fathi,
kite pon mmg konfius gak dgn gambar tuh , betul ker ni….
oo..rupe2 nyer begitu cerita nyer…..
nazirul zawir said
salam..
oh gitu rupanya..
skrng bru ana tahu cite sebenar..
shukran..
shahmuzir said
Salam ziarah
Mudah2an ummat ISLAM kembali kepada al-Quran & as-Sunnah, dan meninggalkan berita2 yang tidak ketahuan ini…