AQIHAN ZAKAT PENDAPATAN KEPADA PROJEK PEMBANGUNAN
Posted by aljawhar on 21 September, 2008
Adakah boleh membayar zakat pendapatan untuk pembinaan sekolah tahfiz persendirian dan kegunaan sekolah tersebut? Adakah ia termasuk dalam asnaf fi sabilillah?
Terima kasih.
___________________________________________
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
Menurut syara’ agihan zakat hanyalah diberikan kepada 8 golongan sahaja seperti yang tersebut dalam firman Allah swt surah At-Taubah , ayat : 60 :
إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ
Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para mu’allaf yang diikat hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan untuk mereka yang sedang dalam perjalanan, sebagai suatu ketetapan yang diwajibkan Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana
Walaubagaimana pun , para Ulama berselisih pendapat berkenaan dengan maksud bagi asnaf “Fi Sabilillah”.Sebahagian ulama hanya mengkhususkan kepada golongan yang pergi berperang di jalan Allah seperti berjihad sahaja , dan sebahagiian ulama / mufasirin ada yang berpendapat bahawa fisabilillah itu termasuk juga perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum umat Islam seperti mendirikan sekolah, hospital , masjid , menuntut Ilmu dan lain-lain.
Apa yang jelas , segala projek pembangunan sosial yang melibatkan kepada kepentingan umat Islam dan atas dasar membawa semaksimum mungkin maslahah atau kebaikan demi memperkuat dan mengukuhkan kedaulatan Islam dan umatnya , maka perbuatan tersebut adalah dibolehkan dan ianya termasuk dalam ta’rif “Fi sabilillah” [Hudal Islam , Fatawa Mu’asirah , Kuwat , Dar al-Qalam, Dr.Yusof Al-Qaradhawi]
WA