ZAKAT FITRAH KEPADA ANAK DAN ISTERI YANG TELAH DICERAIKAN

Seorang lelaki yang sudah menceraikan isterinya namun masih terdapat anak dibawah tanggungannya yg belum bekerja tetapi sudah belia remaja.

1. Adakah anak ini masih dibawah tanggungan si lelaki utk membayar zakat fitrah?

2. Bagaimana pula jika anak itu ragu yang ayahnya akan membayar untuknya lantas membayar sendiri? Atau adekah si ibu yang perlu membayar zakat tersebut dalam masa yg sama si ibu juga tidak pasti sama ada suaminya membayar utk anak2nya atau tidak

Jazakumullahukhayr

___________________________________________

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Al-Hamdulillah , kami akan cuba menjawab persoalan di atas sekadar kemampuan.

Soalan 1 :

Bayaran zakat fitrah bagi anak tersebut adalah dibawah tanggungjawab ayah.Ini kerana si ayah wajib memberikan nafkah kepada anak-anaknya , walaupun telah bercerai dengan isterinya iaitu ibu kepada anak-anak tersebut.

Sabda Rasulullah saw :

أدوا الفطرة عمن تمونون

Tunaikanlah zakat fitrah atas nama semua yang wajib engkau berikan nafkah.

(HR al-Daruqutni : 2059 , Al-Baihaqii : 7685)

Jelasnya , selagi anak-anak tersebut menjadi tanggungjawab si ayah untuk memberi nafkah kepadanya , maka selagi itulah zakat fitrah diwajibkan ke atasnya (ayah).

Soalan 2 :

Jika si anak telah membayar zakat fitrah untuk dirinya , sedangkan si ayah telah lebih dahulu membayarnya , maka zakat fitrah tersebut tetap sah.Walaubagaimana pun, sebaiknya sebelum membayar zakat tersebut hendaklah anak-anak dan ayah melakukan perbincangan bagi mengelakkan perkara seumpama itu berulang kembali…..Wa Allahu A’lam.

Ruj :

Al-Mulakhkhas Al-Fiqhi , Asy-Syaikh Dr. Saleh bin Fauzan , bab zakat Fitrah dan nafkah.

One thought on “ZAKAT FITRAH KEPADA ANAK DAN ISTERI YANG TELAH DICERAIKAN

Add yours

  1. Salam, alhamdulilah, sangat terang dan jelas penerangan yang di berikan. Sesungguhnya tanggungjawab ayah kepada anak adalah wajib, betul kata tuan ayah dan anak perlu berkomunikasi bagi mengeratkan silatulrahim. Insaalah

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑