CATATAN AL-JAWHAR @ ABU FATHI AL-YAMANI

الـــــراجي رحمـــــة ربه الجـــواد

Archive for August, 2009

SAHAM AKHIRAT vs SAHAM DUNIA.

Posted by aljawhar on 16 August, 2009

Ishh…..susahnya umat Islam ni nak bersedekah…..Payah sangat tangan tersebut nak diselukkan ke saku bagi mengambil beberapa keping wang kertas untuk diberikan kepada si peminta sedekah atau derma.Kalau ada pun yang menyeluk , pasti warna duit kertas tersebut akan dipilih-pilih supaya ‘bersesuaian’ dengan si peminta….Tapi yang pastinya warna ‘Biru’ lah yang akan menjadi pilihan utama si ‘Penderma’…..

Ah…alangkah ruginya manusia yang berkira-kira untuk menderma / bersedekah… Bukankah dengan bersedekah atau menderma akan menambahkan ‘saham’ pelaburan kita di akhirat.Lebih-lebih lagi jika yang datang meminta derma tersebut adalah wakil daripada sesebuah masjid yang ingin dibina , atau wakil sesebuah rumah anak-anak yatim dan miskin atau mana-mana pertubuhan kebajikan dan Islam yang memerlukan sumbangan atau dana bagi menggerakkannya serta menampung kos-kos pengoperasian yang semakin hari semakin menyesakkan.

Ramai antara kita semua (termasuk juga penulis) yang selalu berkira-kira tentang pelaburan yang dibuat dimuka bumi.ASB lah , ASN lah , AS1Malaysia lah , Unit Amanah lah , Akaun pelaburan Emas lah , (sekadar menyebut beberapa nama) dan sebagainya….  Kita juga selalu meletakkan ‘target’ dan matlamat kewangan samada jangka pendek mahu pun jangka panjang.Sebagai contoh , ada antaranya meletakkan tempoh masa tertentu untuk mengumpul wang bagi membeli sesuatu barangan. “Aku kena kumpul sebulan RM 200 ni.Setahun kumpul,dapatlah aku beli Iphone 3G”…….kata seseorang yang telah meletakkan ‘azam dan tekad’ untuk membeli Iphone 3G…Ada juga yang akan mengatakan , “Hantaran RM 10,000.Jadi aku kena kumpul sebulan RM 1,000.Cukup setahun boleh kahwin”…. Tak kurang juga yang mencongak-congak , bila masanya dapat beli rumah , beli kereta baru , ubah suai rumah , dan juga yang setiap malam akan membuka internet , bagi melihat keuntungan saham yang telah dibeli untuk dilaburkan…Natijahnya , akan adalah beberapa jenis dan keadaan manusia berdasarkan kepada tercapai atau tidaknya impian yang telah di ‘matlamat’kan… Ada yang gembira melonjak-lonjak , bila Iphone 3G nya telah ada di tangan hasil daripada pengumpulan duit selama setahun , begitu juga yang dapat beli rumah baru , kereta , komputer , dan sebagainya..sampai ada yang sanggup tidur dalam kereta yang baru dibelinya.Ada juga yang sedih , kecewa , frust hingga tertonggeng-tonggeng dan melalak , menyalak macam orang gila atau lebih tepat lagi seperti orang yang dirasuk Iblis dan  syaitan bila impiannya tidak tercapai atau bila saham pelaburannya jatuh merudum yang menyebabkannya rugi berjuta-juta ringgit.

Kita akan melakonkan reaksi wajah yang menjengkelkan apabila datang kepada kita si peminta sedekah atau wakil bagi memungut derma.Tak kurang juga yang akan berbuat seolah—olah tidak nampak adanya sesusok tubuh yang dalam keadaan compang-camping , koyak sana sini , kusut masai tercongok kaku disebelah kita.Malah ada juga yang pura-pura ‘berlakon’ sibuk, dengan menjawab panggilan telefon lah , angkat barang itu dan ini lah , dan sebagainya…..

Bukankah antara kewajipan seorang muslim kepada muslim yang lainnya ialah meringankan kepayahan dan kesusahannya di muka bumi ini.Mari kita lihat apa yang Nabi saw beritahu kepada kita berkenaan dengan perkara ini :

أَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ وَفُكُّوا الْعَانِيَ

“ Berilah makan kepada orang lapar , ziarahilah orang yang sakit dan bebaskanlah orang yang ditawan” ( HR Imam Bukhari : 4954 )

Cuba check balik…..dah berapa ramai orang yang kesusahan yang telah kita beri ia makan??… dah berapa orang yang kita tolong ringankan beban kesengsaraan mereka??…..dan , berapa pula jumlah orang sakit yang telah kita lawati sambil mendoakan kesihatan dan kesembuhan mereka??….Berapa ramai pula wakil pemungut derma surau . masjid , rumah anak-yatim dan miskin , pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan sebagainya yang telah kita bantu dengan duit-duit dan harta kita semua??….Pendek katanya , berapa kali si Pemungut Derma yang datang kepada kita , tidak pulang dengan tangan kosong dan tidak kecewa….

Ada ke tak ada??…..kalau ada , al-hamdulillah..diharap teruskan menambah pelaburan tersebut… kalau tak ada pula macamana??…Alangkah malang dan ruginya kita di akhirat nanti….Sungguh bakhil dan kedekut betul manusia tersebut….Bimbang agaknya duit yang dicari pagi petang siang malam tu nanti habis kalau di sedekahkan…

Bukankah sedekah jariyah itu merupakan antara pelaburan akhirat yang dijanjikan dividend an keuntungannya berlipat ganda pada setiap masa sebagaimana sabda Rasulullah saw :

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Bila matinya manusia itu akan terputuslah semua amalannya (dengan alam dunia) kecuali 3 perkara , Sedekah Jariyah , Ilmu yang bermanfaat dengannya , dan anak soleh yang mendoakannya.”

(HR Muslim : 3084)

Sedar tak kita , pelaburan yang kita buat untuk akhirat itu yang disebut sebagai “Sodaqotun Jariyatun” itu bukan hanya dapat membantu menambahkan pahala kita sedikit demi sedikit , malahan ia juga akan menjadi penyelemat kepada kita di Padang Mahsyar nanti , ketika di hadapan Tuhan Rabbul Jalil.

Alangkah banyaknya kesusahan pada hari kiamat.Alangkah dahsyat dan menakutkan peristiwa yang akan berlaku pada hari tersebut.Iaitu hari seseorang muslim amat perlukan kepada amal solih yang boleh menyelematkannya daripada sebahagian kesusahan tersebut , serta membuka dan menerangi jalan ke syurga.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Allah swt akan mengumpulkan semua manusia yang terdahulu dan yang terkemudian di satu tempat.Mereka boleh mendengar panggilan yang memanggil , boleh dilihat oleh pandangan mata dan matahari menghampiri mereka sehingga mereka mengalami kesusahan dan penderitaan yang mereka tidak sanggup menahan dan menanggungnya.Lalu mereka berkata antara satu sama lain ; “Tidakkkah kamu melihat penderitaan yang kamu hadapi? Tidakkah kamu mempunyai sebarang idea tentang seseorang yang boleh memberikan syafaat  kepada kamu disisi Tuhan kamu?”

(Hadis ini dikeluarkan maknanya oleh Bukhari dan Muslim dalam Sahihnya daripada Abu Hurairah r.a)

A’isyah r.anha pernah berkata bahawa dia telah mendengar Rasulullah saw bersabda yang berbunyi :

يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلًا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ النِّسَاءُ وَالرِّجَالُ جَمِيعًا يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَائِشَةُ الْأَمْرُ أَشَدُّ مِنْ أَنْ يَنْظُرَ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ

“Pada hari kiamat manusia akan dibangkitkan tanpa alas kaki , bertelanjang bulat dan dalam keadaan masih belum berkhatan.Aku bertanya : Wahai Rasulullah , Wanita dan lelaki (dihimpunkan) sekaligus , saling pandang memandang antara satu sama lain? Rasulullah saw berkata : Wahai A’isyah , keadaan (ketika itu) adalah lebih dahsyat (teruk) daripada masing-masing saling pandang-memandang.”

(HR Imam Muslim : 5102)

Di tengah-tengah kegerunan inilah , orang mukmin akan merasai keadilan Tuhannya.Allah akan memberikan balasan kepada mereka disebabkan perbuatannya semasa di dunia iaitu dia telah berusaha meringankan kesusahan orang muslim lainnya , maka pada hari akhirat di padang mahsyar ketika dalam penderitaan matahari sejengkal dan keringat hingga ke separuh telinga (sebagaimana makud hadis Nabi oleh Bukhari Muslim) itu , Allah swt akan mengurangi dan meringankan kesusahan dan kedukaan daripadanya berlipat kali ganda.

Oleh yang demikian , penulis menyeru kepada semua pembaca blog ini khususnya dan kepada seluruh muslimin dan muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya , yang mempercayai adanya kehidupan lain yang kekal abadi selepas daripada kehidupan dunia ini , agar sama-samalah kita berusaha untuk membuka “akaun Pelaburan Akhirat” yang pastinya tidak akan rugi malah sentiasa mendapat keuntungan yang besar setiap masa , waktu dan ketika.Bagi mereka yang telah pun mempunyai akaun tersebut pula yang mungkin telah lapuk dan usang dek kerana tidak pernah bertambah pelaburannya , usahakan lah untuk menambah pelaburan tersebut sebelum kaunter pelaburan tersebut ditutup rapat (mati).

WA

Posted in FIKRAH KU | 2 Comments »

LAMANYA TIDAK MENULIS……..

Posted by aljawhar on 10 August, 2009

Assalamualaikum…….

Masya Allah……lama sungguh penulis tidak menulis dalam blog ini…..Banyak kategori penulisan yang ada dalam blog ini tidak di update…..Emm , rasanya sudah lebih 5 bulan blog ini menyepi……

Ramai teman-teman yang menghantar sms dan tak kurang juga yang menelefon serta menghantar email bertanyakan , bilakah masanya AL-JAWHAR akan menulis kembali , terutama siri pengajian Feqh dan usul al-feqh yang rasanya telah terlalu lama tergendala.Begitu juga dengan siri Feqh Jinayah Syar’iyyah.

Apa yang pasti..bukan penulis sengaja untuk tidak meng’update’kan blog ini…Tapi , terlalu banyak kerja dan tugasan yang perlu penulis laksanakan.Apatah lagi , sekarang ini isteri penulis juga  sedang sibuk menyiapkan kelengkapan perkahwinan adiknya yang in sya Allah dijadualkan awal oktober ini…

Bukan itu sahaja , adik penulis juga akan melangsungkan perkahwinannya sebulan selepas adik isteri penulis berkahwin…. Begitu juga dengan jemputan ceramah samada umum , bulanan dan mingguan di surau-surau serta masjid-masjid sekitar Kajang , Kuala Lumpur dan juga Seremban , makin mendapat perhatian….Al-hamdulillah , nampaknya sudah ramai masyarakat yang ingin menambah ilmu dan pengetahuan dalam Islam…..

Baru-baru ini juga , ada sahabat penulis menelefon penulis agar menulis satu artikel berkenaan dengan pandangan penulis dari sudut al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw terhadap satu ceramah @ seminar ala-ala sufi yang disebut sebagai ESQ 165……

Katanya , ramai paraUstaz yang mengatakan ianya Bid’ah dan khurafat.Malah tak kurang juga ada yang mengatakan ianya sesat dan bercanggah dengan akidah Islam…..Emmm, entahlah , penulis bukannya orang yang mudah untuk menghukum dan mengatakan sesuatu perkara itu sesat dan bid’ah….Apatah lagi , seminar tersebut pun penulis tak pernah menghadirinya…Mungkin ada sebab-sebab tertentu sesetengah pihak mengatakan ianya sesat , bid’ah , khurafat dan sebagainya.

Walaubagaimanapun , in sya Allah penulis akan memberikan komen penulis berkenaan dengan program tersebut… Itu pun jika ada pihak yang mahu menaja penulis untuk menghadiri seminar tersebut yang mana , dengar-dengar khabar mencecah 4 angka juga bayaran yang dikenakan pada setiap peserta yang ingin menghadirinya…

WA….

Posted in FIKRAH KU | 2 Comments »