CATATAN AL-JAWHAR @ ABU FATHI AL-YAMANI

الـــــراجي رحمـــــة ربه الجـــواد

Archive for the ‘FIKRAH KU’ Category

SALAM ‘IED AL-FITR 1430 H

Posted by aljawhar on 20 September, 2009

Assalamualaikum…….Ikhwah sekalian

Di kesempatan yang ada ini , penulis serta keluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT ‘IEDIL FITRI 1430 h kepada semua pengunjung setia blog ini khususnya dan seluruh muslimin dan muslimat , mukminin dan mukminat amnya.

Semoga Allah swt akan menerima semua Ibadah dan amalan yang telah kita lakukan sepanjang Ramadhan yang lepas…amin

Ikhlas dari kami :

Al-jawhar @ Abu Fathi Mohd Rafizal Zulkifli al-Yamani

Nurulhuda binti Muhamad

Muhammad Fathissalam

Nurulhani Syazwani


Taqabbalallahu minna wa minkum

Posted in FIKRAH KU | Leave a Comment »

ALAHAI…USTAZAH !

Posted by aljawhar on 12 September, 2009

Baru-baru ini , penulis diamanahkan oleh pihak sekolah untuk menjadi Imam solat tarawikh dan seterusnya menyampaikan sedikit tazkirah kepada pelajar-pelajar.Al-hamdulillah penulis dapat menyelesaikan amanah tersebut dengan baik atas keizinan dari-Nya , Allah Rabbul jalil..

Apa yang ingin penulis kongsikan dengan para pembaca sekalian ialah , apabila guru-guru mengetahui bahawa Imam tarawikh pada malam tersebut adalah penulis , maka berbagai-bagai amanat dan permintaan dilontarkan oleh guru-guru kepada penulis antaranya :

1)  Ustaz , nanti jangan baca surah panjang-panjang ye …….

2)  Ustaz , nanti solat tarawikh laju-laju tau…….

3)  Ustaz , nanti kalau baca ayat-ayat al-Quran tu , jangan lupa lirik ye…..kami tak tahu nak sambung….

Terkedu sekejap penulis bila mendengarkan kata-kata dan permintaan tersebut…..Ianya lahir dari guru-guru yang kebanyakkannya muda-muda belaka yang masih kuat anggota tubuh badanya dan masih mampu untuk berdiri lama-lama mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Quran dalam solat mengadap Allah , Tuhan Semesta Alam…

Apa yang lebih mengecewakan penulis ialah apabila adanya lontaran idea dari seorang yang bergelar ‘Ustazah’ yang menyuruh penulis mengimamkan solat tarawikh seperti membawa kapal terbang ‘concord’ yang mana antara tujuannya ialah agar solat tarawikh tersebut cepat siap….dan guru-guru boleh balik ke destinasi masing-masing……Apakah kita bersolat tarawikh hanya sekadar mencukupkan syarat yang terdapat dalam bulan Ramadhan??….. Apakah nilainya solat yang kita kerjakan dalam suasana yang tidak rehat , laju sehingga kemungkinan besar akan menyebab kita melaksanakan setiap perbuatan solat itu tanpa adanya thomakninah….

Ada pula antara ‘ustazah-ustazah’ tersebut yang berhujah bahawa tidak boleh menunaikan solat witir selepas tarawikh jika ingin mengerjakan solat-solat sunat lain seperti tahajjud , hajat , taubat dan sebagainya di rumah nanti , kerana katanya solat witir adalah solat penutup dan tidak boleh dikerjakan solat-solat sunat lain selepasnya.

Memang benar bahawa terdapat hadis Rasulullah saw yang menyebutkan bahawa jadikanlah solat witir sebagai penutup solat seperti :

Jadikan witir sebagai akhir (penutup) solat kamu dimalam hari.
(HR Imam Bukhari : 998 dan Imam Muslim : 751)

Walaubagaimana pun tidak terdapat larangan atau tegahan untuk kita melakukan solat-solat sunat lain yang bersebab seperti tahajjud dan lain-lain selepas dari mengerjakan witir kerana telah thabit bahawa ianya adalah perbuatan Rasulullah saw sebagaimana maksud hadis :

Sesungguhnya Nabi saw menunaikan solat 2 rakaat dimalam hari selepas solat witir , dan dia dalam keadaan duduk
(HR Imam Muslim : 738)

Asy-Syaikh Ibn Jibrin r.h dalam fatawanya [Fatawa Ramadhan : 826] menyebutkan bahawa sesiapa yang telah menunaikan witir bersama-sama dengan imam dalam solat tarawikh , maka ia tidak perlu mengulanginya semula (solat witir).Dia boleh melakukan solat sunat dua rakaat lain jika dia ingin bangun malam , tetapi  tidak  boleh  menunaikan solat witir kali kedua kerana solat witir tidak boleh dilakukan 2 kali dalam satu malam.

Dalilnya ialah maksud hadis Rasulullah saw :

Tidak ada dua witir dalam satu malam
(Hadis Hasan riwayat Ahmad 4/23 , Abu Daud : 1439 , Tirmizi : 470 , An-Nasaie : 1679 dan Ibn Hibban : 6/201)

Maka kesimpulannya , tidak ada tegahan untuk melakukan solat sunat malam seperti tahajjud selepas menunaikan solat witir , tetapi tidak boleh diulangi solat witir lagi selepas itu.Cukup dengan sekali witir sahaja yang telah dikerjakan sebelum itu. Inilah kekeliruan yang terjadi dikalangan masyarakat.

WA

Posted in FIKRAH KU | 1 Comment »

SAHAM AKHIRAT vs SAHAM DUNIA.

Posted by aljawhar on 16 August, 2009

Ishh…..susahnya umat Islam ni nak bersedekah…..Payah sangat tangan tersebut nak diselukkan ke saku bagi mengambil beberapa keping wang kertas untuk diberikan kepada si peminta sedekah atau derma.Kalau ada pun yang menyeluk , pasti warna duit kertas tersebut akan dipilih-pilih supaya ‘bersesuaian’ dengan si peminta….Tapi yang pastinya warna ‘Biru’ lah yang akan menjadi pilihan utama si ‘Penderma’…..

Ah…alangkah ruginya manusia yang berkira-kira untuk menderma / bersedekah… Bukankah dengan bersedekah atau menderma akan menambahkan ‘saham’ pelaburan kita di akhirat.Lebih-lebih lagi jika yang datang meminta derma tersebut adalah wakil daripada sesebuah masjid yang ingin dibina , atau wakil sesebuah rumah anak-anak yatim dan miskin atau mana-mana pertubuhan kebajikan dan Islam yang memerlukan sumbangan atau dana bagi menggerakkannya serta menampung kos-kos pengoperasian yang semakin hari semakin menyesakkan.

Ramai antara kita semua (termasuk juga penulis) yang selalu berkira-kira tentang pelaburan yang dibuat dimuka bumi.ASB lah , ASN lah , AS1Malaysia lah , Unit Amanah lah , Akaun pelaburan Emas lah , (sekadar menyebut beberapa nama) dan sebagainya….  Kita juga selalu meletakkan ‘target’ dan matlamat kewangan samada jangka pendek mahu pun jangka panjang.Sebagai contoh , ada antaranya meletakkan tempoh masa tertentu untuk mengumpul wang bagi membeli sesuatu barangan. “Aku kena kumpul sebulan RM 200 ni.Setahun kumpul,dapatlah aku beli Iphone 3G”…….kata seseorang yang telah meletakkan ‘azam dan tekad’ untuk membeli Iphone 3G…Ada juga yang akan mengatakan , “Hantaran RM 10,000.Jadi aku kena kumpul sebulan RM 1,000.Cukup setahun boleh kahwin”…. Tak kurang juga yang mencongak-congak , bila masanya dapat beli rumah , beli kereta baru , ubah suai rumah , dan juga yang setiap malam akan membuka internet , bagi melihat keuntungan saham yang telah dibeli untuk dilaburkan…Natijahnya , akan adalah beberapa jenis dan keadaan manusia berdasarkan kepada tercapai atau tidaknya impian yang telah di ‘matlamat’kan… Ada yang gembira melonjak-lonjak , bila Iphone 3G nya telah ada di tangan hasil daripada pengumpulan duit selama setahun , begitu juga yang dapat beli rumah baru , kereta , komputer , dan sebagainya..sampai ada yang sanggup tidur dalam kereta yang baru dibelinya.Ada juga yang sedih , kecewa , frust hingga tertonggeng-tonggeng dan melalak , menyalak macam orang gila atau lebih tepat lagi seperti orang yang dirasuk Iblis dan  syaitan bila impiannya tidak tercapai atau bila saham pelaburannya jatuh merudum yang menyebabkannya rugi berjuta-juta ringgit.

Kita akan melakonkan reaksi wajah yang menjengkelkan apabila datang kepada kita si peminta sedekah atau wakil bagi memungut derma.Tak kurang juga yang akan berbuat seolah—olah tidak nampak adanya sesusok tubuh yang dalam keadaan compang-camping , koyak sana sini , kusut masai tercongok kaku disebelah kita.Malah ada juga yang pura-pura ‘berlakon’ sibuk, dengan menjawab panggilan telefon lah , angkat barang itu dan ini lah , dan sebagainya…..

Bukankah antara kewajipan seorang muslim kepada muslim yang lainnya ialah meringankan kepayahan dan kesusahannya di muka bumi ini.Mari kita lihat apa yang Nabi saw beritahu kepada kita berkenaan dengan perkara ini :

أَطْعِمُوا الْجَائِعَ وَعُودُوا الْمَرِيضَ وَفُكُّوا الْعَانِيَ

“ Berilah makan kepada orang lapar , ziarahilah orang yang sakit dan bebaskanlah orang yang ditawan” ( HR Imam Bukhari : 4954 )

Cuba check balik…..dah berapa ramai orang yang kesusahan yang telah kita beri ia makan??… dah berapa orang yang kita tolong ringankan beban kesengsaraan mereka??…..dan , berapa pula jumlah orang sakit yang telah kita lawati sambil mendoakan kesihatan dan kesembuhan mereka??….Berapa ramai pula wakil pemungut derma surau . masjid , rumah anak-yatim dan miskin , pertubuhan-pertubuhan kebajikan dan sebagainya yang telah kita bantu dengan duit-duit dan harta kita semua??….Pendek katanya , berapa kali si Pemungut Derma yang datang kepada kita , tidak pulang dengan tangan kosong dan tidak kecewa….

Ada ke tak ada??…..kalau ada , al-hamdulillah..diharap teruskan menambah pelaburan tersebut… kalau tak ada pula macamana??…Alangkah malang dan ruginya kita di akhirat nanti….Sungguh bakhil dan kedekut betul manusia tersebut….Bimbang agaknya duit yang dicari pagi petang siang malam tu nanti habis kalau di sedekahkan…

Bukankah sedekah jariyah itu merupakan antara pelaburan akhirat yang dijanjikan dividend an keuntungannya berlipat ganda pada setiap masa sebagaimana sabda Rasulullah saw :

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

“Bila matinya manusia itu akan terputuslah semua amalannya (dengan alam dunia) kecuali 3 perkara , Sedekah Jariyah , Ilmu yang bermanfaat dengannya , dan anak soleh yang mendoakannya.”

(HR Muslim : 3084)

Sedar tak kita , pelaburan yang kita buat untuk akhirat itu yang disebut sebagai “Sodaqotun Jariyatun” itu bukan hanya dapat membantu menambahkan pahala kita sedikit demi sedikit , malahan ia juga akan menjadi penyelemat kepada kita di Padang Mahsyar nanti , ketika di hadapan Tuhan Rabbul Jalil.

Alangkah banyaknya kesusahan pada hari kiamat.Alangkah dahsyat dan menakutkan peristiwa yang akan berlaku pada hari tersebut.Iaitu hari seseorang muslim amat perlukan kepada amal solih yang boleh menyelematkannya daripada sebahagian kesusahan tersebut , serta membuka dan menerangi jalan ke syurga.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Allah swt akan mengumpulkan semua manusia yang terdahulu dan yang terkemudian di satu tempat.Mereka boleh mendengar panggilan yang memanggil , boleh dilihat oleh pandangan mata dan matahari menghampiri mereka sehingga mereka mengalami kesusahan dan penderitaan yang mereka tidak sanggup menahan dan menanggungnya.Lalu mereka berkata antara satu sama lain ; “Tidakkkah kamu melihat penderitaan yang kamu hadapi? Tidakkah kamu mempunyai sebarang idea tentang seseorang yang boleh memberikan syafaat  kepada kamu disisi Tuhan kamu?”

(Hadis ini dikeluarkan maknanya oleh Bukhari dan Muslim dalam Sahihnya daripada Abu Hurairah r.a)

A’isyah r.anha pernah berkata bahawa dia telah mendengar Rasulullah saw bersabda yang berbunyi :

يُحْشَرُ النَّاسُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حُفَاةً عُرَاةً غُرْلًا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ النِّسَاءُ وَالرِّجَالُ جَمِيعًا يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ قَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَائِشَةُ الْأَمْرُ أَشَدُّ مِنْ أَنْ يَنْظُرَ بَعْضُهُمْ إِلَى بَعْضٍ

“Pada hari kiamat manusia akan dibangkitkan tanpa alas kaki , bertelanjang bulat dan dalam keadaan masih belum berkhatan.Aku bertanya : Wahai Rasulullah , Wanita dan lelaki (dihimpunkan) sekaligus , saling pandang memandang antara satu sama lain? Rasulullah saw berkata : Wahai A’isyah , keadaan (ketika itu) adalah lebih dahsyat (teruk) daripada masing-masing saling pandang-memandang.”

(HR Imam Muslim : 5102)

Di tengah-tengah kegerunan inilah , orang mukmin akan merasai keadilan Tuhannya.Allah akan memberikan balasan kepada mereka disebabkan perbuatannya semasa di dunia iaitu dia telah berusaha meringankan kesusahan orang muslim lainnya , maka pada hari akhirat di padang mahsyar ketika dalam penderitaan matahari sejengkal dan keringat hingga ke separuh telinga (sebagaimana makud hadis Nabi oleh Bukhari Muslim) itu , Allah swt akan mengurangi dan meringankan kesusahan dan kedukaan daripadanya berlipat kali ganda.

Oleh yang demikian , penulis menyeru kepada semua pembaca blog ini khususnya dan kepada seluruh muslimin dan muslimat yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya , yang mempercayai adanya kehidupan lain yang kekal abadi selepas daripada kehidupan dunia ini , agar sama-samalah kita berusaha untuk membuka “akaun Pelaburan Akhirat” yang pastinya tidak akan rugi malah sentiasa mendapat keuntungan yang besar setiap masa , waktu dan ketika.Bagi mereka yang telah pun mempunyai akaun tersebut pula yang mungkin telah lapuk dan usang dek kerana tidak pernah bertambah pelaburannya , usahakan lah untuk menambah pelaburan tersebut sebelum kaunter pelaburan tersebut ditutup rapat (mati).

WA

Posted in FIKRAH KU | 2 Comments »

LAMANYA TIDAK MENULIS……..

Posted by aljawhar on 10 August, 2009

Assalamualaikum…….

Masya Allah……lama sungguh penulis tidak menulis dalam blog ini…..Banyak kategori penulisan yang ada dalam blog ini tidak di update…..Emm , rasanya sudah lebih 5 bulan blog ini menyepi……

Ramai teman-teman yang menghantar sms dan tak kurang juga yang menelefon serta menghantar email bertanyakan , bilakah masanya AL-JAWHAR akan menulis kembali , terutama siri pengajian Feqh dan usul al-feqh yang rasanya telah terlalu lama tergendala.Begitu juga dengan siri Feqh Jinayah Syar’iyyah.

Apa yang pasti..bukan penulis sengaja untuk tidak meng’update’kan blog ini…Tapi , terlalu banyak kerja dan tugasan yang perlu penulis laksanakan.Apatah lagi , sekarang ini isteri penulis juga  sedang sibuk menyiapkan kelengkapan perkahwinan adiknya yang in sya Allah dijadualkan awal oktober ini…

Bukan itu sahaja , adik penulis juga akan melangsungkan perkahwinannya sebulan selepas adik isteri penulis berkahwin…. Begitu juga dengan jemputan ceramah samada umum , bulanan dan mingguan di surau-surau serta masjid-masjid sekitar Kajang , Kuala Lumpur dan juga Seremban , makin mendapat perhatian….Al-hamdulillah , nampaknya sudah ramai masyarakat yang ingin menambah ilmu dan pengetahuan dalam Islam…..

Baru-baru ini juga , ada sahabat penulis menelefon penulis agar menulis satu artikel berkenaan dengan pandangan penulis dari sudut al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw terhadap satu ceramah @ seminar ala-ala sufi yang disebut sebagai ESQ 165……

Katanya , ramai paraUstaz yang mengatakan ianya Bid’ah dan khurafat.Malah tak kurang juga ada yang mengatakan ianya sesat dan bercanggah dengan akidah Islam…..Emmm, entahlah , penulis bukannya orang yang mudah untuk menghukum dan mengatakan sesuatu perkara itu sesat dan bid’ah….Apatah lagi , seminar tersebut pun penulis tak pernah menghadirinya…Mungkin ada sebab-sebab tertentu sesetengah pihak mengatakan ianya sesat , bid’ah , khurafat dan sebagainya.

Walaubagaimanapun , in sya Allah penulis akan memberikan komen penulis berkenaan dengan program tersebut… Itu pun jika ada pihak yang mahu menaja penulis untuk menghadiri seminar tersebut yang mana , dengar-dengar khabar mencecah 4 angka juga bayaran yang dikenakan pada setiap peserta yang ingin menghadirinya…

WA….

Posted in FIKRAH KU | 2 Comments »

SALAM RAMADHAN KARIM

Posted by aljawhar on 1 September, 2008

Dikesempatan yang ada ini , penulis ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak yang telah pun menjelma bagi tahun ini.Semoga kita semua sentiasa diberikan kekuatan dan ketabahan untuk menjalankan ibadah puasa ini mengikut kehendak dan panduan dari Allah swt.

Renung-renungkan lah sabda Rasulullah saw dibawah ini :

Daripada Abu Hurairah ra , Rasulullah saw telah bersabda :

قال الله كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ لَهُ إِلا الصِّيَامَ، فَإِنَّهُ لِى، وَأَنَا أَجْزِى بِهِ، وَالصِّيَامُ جُنَّةٌ، وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ، فَلا يَرْفُثْ وَلا يَصْخَبْ، فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ: إِنِّى امْرُؤٌ صَائِمٌ، وَالَّذِى نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ، لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ يَفْرَحُهُمَا: إِذَا أَفْطَرَ فَرِحَ، وَإِذَا لَقِىَ رَبَّهُ فَرِحَ بِصَوْمِهِ

“Allah swt telah berkata : Semua amalan anak Adam adalah untuknya kecuali puasa.Ia adalah untuk-Ku dan akulah yang membalasnya.Puasa adalah pendinding dan apabila dihari berpuasa seseorang janganlah dia bercakap lucah dan janganlah dia menjerit-jerit.Jika seseorang memakinya atau menyerangnya , maka hendaklah dia berkata : “Aku sedang berpuasa”.Demi (Tuhan) yang nyawa Muhammad di tangan-Nya , bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi disisi Allah dari bau kasturi.Bagi orang berpuasa itu dua kegembiraan yang dia bergembira dengannya , iaitu apabila apabila dia berbuka dia gembira , dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia bergembira dengan puasanya.”

(HR Imam Bukhari , Kitab Puasa , bab : Adakah dia berkata : Aku berpuasa apabila dimaki , no : 1904)

Ramadhan….Tahun ini kita bertemu , tahun depan belum tentu lagi ……Fikir-fikirkanlah , semoga bermanfaat…

Posted in FIKRAH KU | Leave a Comment »

BILA SEBUT PASAL BERJUANG………

Posted by aljawhar on 28 June, 2008

Bila sebut pasal berjuang,ramai yang akan angkat tangan untuk turut serta dalam perjuangan.Tak kiralah apa jua jenis perjuangan, pasti akan ada yang merelakan diri mereka untuk berjuang.

Bila sebut pasal berdakwah , ramai juga yang seakan-akan berminat dengan ‘kerjaya’ dakwah ini. Sehinggakan ada yang sanggup berhenti kerja yang gajinya RM 3k ke atas semata-mata ingin berkecimpung secara langsung dalam arena dakwah.Alasannya , aku berdakwah bukan kerana wang ringgit atau mengejar nama,tapi kerana ingin menunaikan tanggungjawab sebagai khalifah Allah swt di muka bumi-Nya ini.

Apa yang pelik dan menjadi persoalannya , adakah berdakwah ini hanya dengan me’masuk’kan diri kedalam bidang dakwah secara formal , baru dikatakan kita telah menunaikan tanggungjawab sebaggai khalifah Allah swt.??

Apakah seseorang yang tidak mahu berhenti kerja kerana mahu berdakawah , tidak dianggap telah menunaikan tanggungjawab tersebut??…..Malah , dikatakan pula orang ini seorang yang tidak beriman kepada Allah swt dan ajaran Islam itu sendiri??….

Bagaimana pula dengan sesetengah orang yang sanggup berhenti kerja semata-mata kerana ingin berdakwah sehingga kadang-kadang terlupa atau sanggup melupakan tanggungjawab lain , terutama pada keluarga , dianggap telah berdakwah??….

Itu belum sentuh lagi soal niat dan tujuan sebenar usaha dakwah itu dilakukan…Ada orang kata , dia ikhlas berdakwah kerana Allah swt…Dia tidak mahukan ganjaran duniawi…Dia tidak mahu gelaran yang hebat-hebat….dia juga tidak mahu pada nama dan kedudukan yang selalunya akan di ‘kalung’kan oleh masyarakat kepada para pendakwah , seperti Al-Ustaz , As-Syaikh al-kabir , Al-‘Allamah , Al-….Al-…Al-…dan bermacam-macam AL lagi yang ntah apa-apa yang mana selalunya hanya indah khabar dari rupa….

Ikhlas tidak hanya dengan menyebut dibibir…Ia selalunya perlu kepada ujian yang akan menentukan sejauh mana ikhlas kita dalam berdakwah…… Allah swt tidak akan membiarkan hamba-Nya berkata-kata “,Sesungguhnya aku adalah orang beriman kepada Allah”, tanpa dirinya diuji dan dengan ujian-ujian yang dapat menilai dan membuktikan , adakah benar mereka ini beriman atau hanya sekadar ucapan yang meniti dibibir sebagai penyedap telinga yang mendengar.

Firman Allah swt dalam surah al-‘Ankabut ayat : 2

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آَمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”

Pada ketika inilah , iaitu pada waktu ujian dan dugaan Allah swt sampai kepadanya , mereka-mereka yang dahulunya mendakwa bahawa mereka adalah orang-orang yang beriman dan berjuang dengan penuh keikhlasan inilah yang akan mula-mula melenting , melatah dan ‘mengamuk’ dengan kata-kata yang jelek didengar , malah tak kurang juga yang akan membuat tuduhan demi tuduhan kepada siapa-siapa saja yang dirasakan menjadi penyebab ‘musibah’ itu datang kepadanya.

Mana perginya , kata-kata yang diucapkan dulu , yang kononya lahir dari hati yang suci murni bahawa perjuangannya dalam Islam dan dakwah itu adalah semata-mata ‘ikhlas’ kerana Allah swt……

Apakah hanya dengan sedikit sahaja musibah dan cubaan yang diturunkan Allah swt padanya , telah melenyapkan niat ikhlasnya dalam berjuang??…. Apakah bila terkena ujian yang sedemikian terus saja kita meletakkan kesalahan atau penyebab utama perkara itu pada bahu individu-individu tertentu??….

Mana perginya kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang selalu disebut-sebut dalam ceramah dan juga ketika asyik dok menasihati orang lain.

حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا، وزنوا أنفسكم قبل أن توزنوا

“Hisab diri kamu sebelum kamu dihisab , dan timbanglah (Hitunglah) diri kamu sebelum kamu ditimbangkan (dihitungkan)”

Kenapa ?? dan Mengapa ??……Sebab apa jadi begitu??…..Kalau pun benar sekali , ada individu tertentu yang menjadi penyebab kita diitimpa musibah dan ‘petaka’ , tak bolehkah kita maafkan dan biarkan saja mereka itu dengan rancangan jahat dan keji mereka itu dengan menyerahkan sepenuhnya pembalasan dan pengadilan kepada Allah ‘Azza Wa jalla…..Seperti mana sebuah hadis Rasulullah saw :

أفضل الفضائل أن تصل من قطعك وتعطي من حرمك وتصفح عمن ظلمك

Sebaik-baik kelebihan ialah kamu menyambung silaturrahim kepada orang yang ingin memutuskannya , dan kamu memberi kepada mereka yang tak pernah memberi (kepada kamu) , dan kamu memaafkan terhadap sesiapa yang menzalimi kamu.

(HR Muaz bin Anas , dinilai DHOIF oleh Al-Albani dalam Silsilah Ad-Dho’ifah : 2856)

Fikir….fikirkan lah….renunglah kembali , apakah betul kita ni benar-benar ikhlas dalam berjuang untuk agama Allah ini??….Apakah benar kita ni berdakwah bukan kerana ingin mengejar populariti atau nama dan kedudukan di mata masyarakat ??…..

DIMANAKAH KITA SEBENARNYA???……

Posted in FIKRAH KU | 2 Comments »

APA NAK JADI DENGAN KITA ??

Posted by aljawhar on 5 June, 2008

Apa nak jadi dengan kita…….apa nak jadilah dengan kita ni…….apalah nak jadi dengan kita ni oooiiiii……….Kita pantang tengok orang buat itu dan buat ini….pantang nampak itu dan ini…….tak boleh lihat orang senang….walau masa makin singkat,walau hari makin senja,walau umur makin pendek,makin bertambah tambah dosa yang kita cari…….al-maklumlah….dari sudut pandangan kita,diri ni je yang sempurna….bagi kita orang lain tu jahat , orang lain tu banyak dosa,orang lain tu salah,orang lain tu tak betul……..tu lah dia manusia zaman kita , atau lebih tepat lagi manusia zaman sekarang , manusia yang dah berbalik ke zaman jahiliah….manusia dulu kala yang tak tahu erti INSAF.

Bisakah kita menghitung hari yang telah kita siakan? Malah tak terhitung jua dosa yang kita dah lakukan…..tak terhindar jua tepisan-tepisan fitnah yang meniti di bibir- bibir umat islam…….masih rindukah kita pada kedamaian fitrah antara manusia? Masih ingatkah kita kegembiraan manusia di sekeliling kita? Bahkan adakah kita masih lagi diingati oleh orang disekeliling kita , jika terlalu asyik menabur fitnah,terlalu leka mengambil kira perihal orang,terlalu seronok menilai kepribadian manusia lain dari luar……Apakah kita cukup baik untuk menilai? Cukup muliakah kita untuk menghina , mengeji dan memburuk-burukkan orang lain? Cukup matangkah untuk mengkritik? Bisakah lagi kita berjalan di pautan silaturrahim jika kabus dosa membaluti tubuh,jika fitnah si iblis hinggap terus di gegendang telinga……,jika mulut memuntahkan kata kata keji,dan jika tangan mengunjuk-ngunjuk keaiban orang lain……? itulah Manusia….keseronokan dunia mengatasi segalanya,mengatasi nikmat yang mungkin kita kecapi di akhirat sana,mengatasi ganjaran pahala yang telah kita kumpul,dan mengaburi minda serta fikiran terus ke alam fantasi dan dusta……membawa kita terus hanyut dalam dakapan sang iblis pemusnah umat islam…….

Kala si iblis bersorak ketawa,kita pula yang mendapat bonus dosa……..kala si iblis berjaya menghasut,kita pula yang menempah tiket ke neraka,kala si iblis berada di neraka,kita pula yang menjadi rakannya…..betapa goyah nya hati manusia,bak lalang ditiup angin,mudah beralun mengikut rentak…….tiada pendirian……

Apa kebenda coretan yang aku tulis tu???…..Apa maksud yang terkandung disebalik kata-kata aku tu….. Aarrggh , manusia ni memang mudah menghukum dan memutuskan sesuatu perkara tanpa penelitian dan pengamatan yang jelas dan sempurna….

Apa yang jelas , kata-kata itu adalah lontaran spontan dari dalam jiwa ini terhadap sesetengah sikap dan tingkah laku manusia yang terlalu cepat mengatakan itu dan ini , hanya melihat dengan sepintas lalu sahaja pada setiap perkara yang berlaku……

p/s …coretan dikala GERAM !!!

Posted in FIKRAH KU | Leave a Comment »

SALAH SUNGGUH SOLAT ANDA.!!

Posted by aljawhar on 26 May, 2008

Macam-macam ragam manusia yang ada dimuka bumi ni….Sehinggakan dalam bab solat aje terdapat 1001 macam ragam dalam masyarakat…..Baru-baru ni terdapat satu artikel yang menyuruh untuk memperbaiki solat…..Pada mulanya penulis tak berkeinginan untuk membacanya.Ini kerana , setiap individu yang penulis jumpa sudah pastinya akan berbincang dan bermunaqasyah tentang persoalan solat ini…..Kebanyakkan dari mereka ini akan bersandarkan kepada hujjah dan sandaran yang terdapat dalam buku Sifat solat Nabi karangan As-Syaikh Al-Albani…..Sehinggakan ada yang begitu emosi dan dengan lantang mengatakan bahawa , sesiapa yang bersolat tidak ikut petunjuk Nabi melalui buku yang disusun oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani , maka solatnya tak betul……tak tepat ……tak sempurna sehinggakan ada yang mengatakan , bahawa kalau solat tak ikut buku Al-Albani , maka SOLATNYA TAK SAH..!!!…….

Apa cerita ni???…….

Berapa ramai ulama-ulama lain yang hebat-hebat yang telah mengarang dan menyusun kitab yang membahaskan permasalahan solat……..dan yang terbaru ialah karangan dan susunan As-Syaikh Abd Aziz bin Marzuq al-Thorifi………..

Bacalah…… bacalah…….dan bacalah…….buat semakan dan kajian yang menyeluruh……..Jangan kerana “sebiji” buku yang dah khatam 99 kali baca , maka kita pun suka-suka nak menghukum orang , Ini salah , ini tak betul , itu bid’ah dan ini tak menepati sunnah dan sebagainya….….AWAT HANG BIADAP SANGAT?? Kelam kabut dan gelojoh tak tentu pasal………

Satu soalan cepu emas buat mereka-mereka yang “perasan” hebat dan bagus sangat tu , …… “AGAK-AGAK KAMULAH , SOLAT KAMU YANG KONONNYA 100 % MENGIKUT CARA NABI TU DITERIMA OLEH ALLAH SWT KE ??…….TAK DE CACAT CELANYA LANGSUNG KE….???…BOLEH JAMIN KE???

Posted in FIKRAH KU | 8 Comments »

NILAI SEBIJI BERAS….

Posted by aljawhar on 19 May, 2008

Pernah dengar tak pepatah atau cakap-cakap orang yang mengatakan : Orang kat Negara lain mati pasal kebulur tak makan , tapi orang Malaysia mati pasal banyak makan”

Kalau dulu , ada betulnya juga kata-kata tersebut….Tapi sekarang?..mungkin bagi orang yang menganggap bekalan beras sudah makin pupus akan merasakan bahawa tak lama lagi orang Malaysia akan ramai yang ‘mati’ pasal tak makan……Maka individu-individu yang sebegini mentalitinya akan sanggup meredah mana-mana kedai atau pasaraya kecik dan besar demi untuk mendapatkan beberapa kampit beras sebagai bekalan dihari dan waktu ‘pupusnya’ beras…….

Lihatlah , betapa masyarakat Malaysia sekarang begitu menghargai nilai ‘sebiji’ beras….. Ada antara kita yang sanggup mencatu serta menghadkan penggunaan beras dalam rumah.Kalau dulu sehari sampai 3 kali makan nasi…kali ini mungkin hanya sekali sahaja…atau mungkin selang sehari baru boleh jumpa nasi.Tidak kurang juga yang akan menyinga seperti singa yang mengaum bengis bila melihatkan anak-anak yang makan tak habis atau makan bersepah……malah mungkin ada yang ‘mengutip’ sisa-sisa nasi yang jatuh dilantai ketika makan.

Lucu dan sungguh lucu dengan telatah masyarakat Malaysia dalam menghadapi kemungkinan ‘pupusnya’ beras…..heheheh…

Apa pun yang berlaku , penulis merasakan bahawa memang beginilah sikap manusia…Bila sesuatu yang kita mahu itu mudah diperolehi diimana-mana dan dalam keadaan apa sekali pun ianya tetap ada , kita biasanya tidak akan menghargai benda tersebut….Berapa banyak makanan terutamanya nasi (beras) yang dibuang begitu sahaja bila tak habis makan….berapa banyak antara kita yang masak nasi secara berlebihan dan kemudian dibuang pada esok harinya kerana sudah basi….?? Tak kurang juga dengan fenomena yang biasa penulis lihat dikedai-kedai makan iaitu , bila makan nasi campur , nasi diambil dengan kuantiti yang banyak..tapi kemudian hanya sedikit sahaja yang dimakan….selebihnya sudah tentu tuan punya kedai akan membuangnya ke dalam tong sampah………

Sebenarnya sedar tak sedar , apa yang berlaku pada hari ini adalah balasan dari Allah swt atas sikap kita yang suka sangat membazir….Sesungguhnya Allah swt amat benci dan dengan tegas menyatakan dalam Al-Quran , bahawa golongan yang membazir ini adalah golongan yang kawan dan sahabat karibnya adalah syaitan , iblis , jin dan segala macam hantu yang ada dalam dunia ni……Ingatlah bahawa Allah swt berhak dan berkuasa untuk menarik balik segala nikmat kurniannya tanpa sebarang peringatan…..Maka , hargailah ia dan jangan lupa untuk berterima kasih dan bersyukur kepada-Nya setiap masa……..

WA

p/s…selalu bubuh nasi tak habis dalam peti ais untuk digoreng keesokkannya…..nasi goreng kampung podeh…podeh…  (pedas-pedas)….heheheh..

Posted in FIKRAH KU | Leave a Comment »

SUSAHNYA NAK ISTIQAMAH..

Posted by aljawhar on 18 May, 2008

Rasulullah saw menyuruh umatnya agar sentiasa istiqamah dalam melakukan apa-apa sahaja pekerjaan.Lebih-lebih lagi dalam perkara agama….Tapi , apakah dia istiqamah??…..bagaimanakah caranya nak beristiqamah??….Susah tak nak istiqamah??…..ada tak formula yang boleh digunakan untuk sentiasa istiqamah??……dan banyak lagi persoalan yang berlegar-legar di kotak fikiran umat Islam di zaman IT ini……

Bila dah akal fikiran tu dipenuhi dengan nombor-nombor IT , formula-formula IT , dan ntah apa-apa lgi lah yang IT nya , maka tidak hairanlah bila bab nak istiqamah pun , nak kan formula dan cara-cara ‘ekspress’ untuk istiqamah !!……..Bila Allah swt dan Rasul-Nya Muhammad saw menyuruh kita taat pada perintah-Nya , maka yang perlu kita buat ialah taat dan patuh sepenuhnya tanpa ada rasa ragu-ragu dan tidak pula dok sibuk-sibuk tanya itu dan ini , formula itu , formula ini , kaedah itu dan kaedah ini…….Bukankah kehancuran dan kebinasaan umat terdahulu sebelum Nabi Muhammad saw adalah berpunca dari sikap mereka yang mengingkari Nabi mereka dan banyak tanya terhadap pelbagai perkara dalam Risalah yang dibawa Nabi….(mafhum hadis)

Sebab itulah , bila Allah swt perintahkan sesuatu perkara , maka ucapan yang pertama perlu lahir dibibir setiap umat Islam ialah ( ســمعنــا وأطــعــنــا ) “Kami dengar dan kami taat”….Ini kerana tidak lah yang Maha mengetahui akan sesuatu kebaikkan hamba-Nya melainkan Allah swt itu sendiri , selaku Tuhan yang mencipta manusia

Pada kesempatan kali ini , penulis ingin membawakan satu hadis mengenai istiqamah yang diriwayatkan oleh al-baihaqi dalam sunannya (1/76) , Ahmad dalam Musnadnya (5/371) dan al-Daruqutni dalam sunannya juga (3/45) daripada Abi ‘Amrah Sufyan bin Abdillah r.a :

يــا رسول الله ، قل لي في الاســــلام قولا لا أســأل عنه أحــدا غيرك ، قال : قل آمنت بالله ثــم اســتقم.

Maksudnya : “Wahai Rasulullah , ajarkanlah kepada ku berkenaan Islam perkataan yang tidak perlu aku bertanyakan seseorang pun melainkan kamu.”…Sabdanya : Katakanlah : “(Seungguhnya) sebutlah : آمنت بالله ثــم اســتقم ( Aku beriman dengan Allah swt dan kemudian istiqamah )

Begitu juga dengan firman Allah swt dalam surah Hud ayat 112 sebagaimana berikut ::

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْاْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”

Dikatakan juga sepotong khabar / kata-kata ulama (bukan hadis) ada menyebutkan :

أفــضل الأعمــال ادومــها وإن قــل

“Sebaik-baik amalan ialah yang berterusan walaupun sedikit”

Sebelum akhir , marilah kita bersama-sama menanamkan azam , tekad dan semangat untuk menjadi insan yang sentiasa istiqamah dalam melakukan setiap pekerjaan….dunia dan akhirat…


Posted in FIKRAH KU | 1 Comment »

SELAMAT HARI GURU….

Posted by aljawhar on 18 May, 2008

Rasanya tak terlambat lagi nak ucapkan ‘Selamat Hari guru” buat semua guru-guru yang ada kat Malaysia ni…… (Termasuklah penulis…..heheheheh). Semoga segala bakti dan pengorbanan kalian akan tetap dikenang sampai bila-bila……

SELAMAT MENYAMBUT HARI GURU 2008

Posted in FIKRAH KU | Leave a Comment »

KEMPEN MENUTUP AURAT

Posted by aljawhar on 3 May, 2008

Perintah menutup aurat , adalah perintah yang wajib dipatuhi oleh semua umat Islam.Hari ini kita dikejutkan dengan berbagai-bagai perlakuan jenayah , tingkah laku tidak bermoral dan aktiviti sosial yang amat membimbangkan yang dilakukan oleh muda-mudi , remaja umat Islam itu sendiri…..

Kita cukup bersemangat , apabila bercerita tentang keburukan dan keaiban individu lain…..Kalau duduk melepak di kedai-kedai kopi sambil bersembang-sembang bab perilaku buruk orang lain yang tidak menutup aurat , maka kitalah juara , kita sahajalah yang betul , kitalah orang yang paling ‘baik dan soleh’ serta paling beriman dan bertaqwa kepada Allah swt.

Allah swt memerintahkan setiap individu muslim itu agar menjaga dirinya sendiri dan ahli seluruh ahli keluarganya dari menjadi korban bahang bakar api neraka yang maha dahsyat , sebagaimana firman-Nya :

يا أيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارا

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka” (al-Quran 66 : 6)

Maka , cubalah renung dan perhatikan ….. adakah kita telah selesaikan tanggungjawab menyelamatkan ahli keluarga kita sendiri dari dibakar dan dijilat api neraka , sebelum kita sibuk-sibuk dok mencari dan mencari dan mencari kesalahan orang lain…….

Ingatlah wahai sahabat,daripada kita dok membuang masa ,dengan aktiviti mencaci dan menghina perlakuan orang lain, maka adalah lebih baik , kita merancang satu pelan tindakan yang lebih bijaksana dan sempurna dalam mendidik dan mentarbiyah diri kita sendiri serta seluruh ahli keluarga kita terhadap betapapentingnya melaksanakan setiap perintah Allah swt , terutama dalam hal-hal menjaga aurat ,agar sama-sama dapat kita melepaskan diri dari jilatan api neraka.

Sesungguhnya kadang-kadang sembang dan borak kita itulah yang akan menghumbankan kita ke dalam api neraka Allah swt , sebagaimana sabda Rasulullah saw :

ان العبد ليتكلم بالكلمة ما يتبين فيها يزلّ بها إلى النار أبعد مما بين المشرق والمغرب

“ Sesungguhnya seorang hamba yang bercakap sesuatu kalimah atau ayat tanpa mengetahui implikasi dan hukum percakapannya, maka kalimah itu boleh mencampakkannya di dalam Neraka lebih sejauh antara timur dan barat

( HR Imam Al-Bukhari, bab Hifdz al-Lisan, 11/256 , no 298 )

Seruan

Ketahuilah , jika semua umat Islam mengambil berat akan ayat Allah swt dalam surah At-Tahrim ayat 6 di atas , maka in sya Allah , dengan izin yang Maha Kuasa , mungkin tidak ada lagi masalah moral yang akan berlaku dikalangan remaja zaman sekarang……

Maka dengan ini , penulis menyeru kepada semua umat Islam untuk melakukan tajdid dalam keluarga kita semua , agar sama-samalah kita melaksanakan kempen menutup aurat dengan sebenar-benar penghayatan kepadanya.Tutuplah aurat dengan sebaik mungkin….Lakukan lah ia dengan penuh keikhlasan kepada Allah swt…. Pantaulah ahli keluarga kita , didiklah ia , tarbiyahlah ia…….Bimbinglah ia dengan penghayatan Islam yang penuh dengan segala macam hikmah dan rahmah  .In sya Allah , semoga kita Berjayamenyelamatkan diri kita dan ahli keluarga dari siksa Allah swt yang Maha pedih…..Amin ya Rabbal ‘Alamin……

WA

Posted in FIKRAH KU | Leave a Comment »

MENYEMBUNYIKAN ILMU AGAMA

Posted by aljawhar on 30 April, 2008

Satu fenomena yang berlaku pada masa ini , yang mana penulis menganggapkan ianya suatu yang serius ialah sikap atau perangai segelintir golongan ahli agama yang menyembunyikan sebahagian kenyataan atau perintah agama daripada pengetahuan umum atas dasar mengambil kira kepentingan peribadi yang mungkin hilang bilamana kenyataan agama tersebut tidak di ‘sorok’…….

Firman Allah swt :

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلعَنُهُمُ اللّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dila’nati Allah dan dila’nati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat mela’nati,” [1]

Ayat di atas adalah merupakan satu amaran dari Allah swt tidak menyembunyikan ilmu yang telah dipelajari khususnya ilmu agama…Lihat sahajalah apakah dia balasan yang akan diterima oleh si ‘penyorok’ ilmu agama…..Sesungguhnya tidak ada yang lebih dahsyat hukumannya selain dari laknat dari Allah swt dan dilaknat pula oleh golongan yang boleh melaknat…..wal ‘iya zubillahi min zalik………

Sebenarnya , jika dilihat pada sejarah , golongan yang suka menyorok-nyorokkan sesuatu perkhabaran dan berita ini adalah bangsa Yahudi dan Nasrani.Mereka menyorokkan sebahagian daripada perkhabaran yang terkandung dalam kitab mereka apabila ditanya akan sesuatu perkara atau sekiranya ketika keadaan memerlukan.Mereka juga sengaja tidak me’war’-‘war’kan berita kedatangan penutup sekalian Nabi dan Rasul , iaitu Junjungan Baginda Muhammad saw.Bahkan mereka juga menyorokkan perkhabaran tentang hukuman bagi kesalahan zina yang menyebutkan hukuman sebat dan rejam untuk penzina seperti Islam.Malahan mereka sanggup mengubah suai segala apa yang termaktub dalam kitab mereka mengikut hawa nafsu.[2]

Jelas daripada apa yang penulis faham , ialah apa sahaja kebenaran yang termaktub dalam kitab Allah swt adalah perkara yang sepatut dan sewajibnya disampaikan serta diberi penjelasan yang sewajarnya oleh mereka yang faham dan tahu akan kebenaran tersebut.Lebih-lebih lagi jika masyarakat pada ketika itu memang memerlukan suatu bentuk penjelasan dan huraian terhadap sesuatu permasalahan yang timbul , bimbang akan tersalah tafsir atau disalah fahamkan.Itulah yang sepatutnya …Itulah peranan golongan yanga ahli dalam agama….. Bukan disembunyikan atau disorok-sorokkan…….!! Makin ditanya , makin kuat disorokkannya…….

Nasihat pada golongan Agama , sampaikanlah setiap sesuatu ketetapan dan perintah Allah swt dan Rasul saw itu walaupun ianya amat pahit dan sukar untuk dilaksanakan…..(mafhum hadis)

WA


[1] Al-Quran 2 : 159

[2] Tafsir ayat ahkam , Syaikh Muhamad Ali as-Sobuni , jilid. 1 ms.113 , cetakan Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi , Beirut , Lubnan.

Posted in FIKRAH KU | Leave a Comment »

SPONGE BOB

Posted by aljawhar on 27 April, 2008

Siri kartun SPONGE BOB sangat digemari oleh segenap lapisan masyarakat.Tak kira samada kanak-kanak , remaja , mahupun golongan dewasa.Telatah yang melucukan antara sponge bob dan kawan baiknya si Patrick membuatkan sesi rumah tergelak sakan apabila melihatkannya.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah , sejauh mana siri kartun tersebut membawa kesan dan pengaruh terhadap minda dan pemikiran anak-anak kita khususnya diperingkat umur 5 hingga 9 tahun.Tinjauan penulis disekitar Kajang mendapati , rata-rata masyarakat mengetahui dan meminati siri kartun sponge bob ini , malah ada antaranya yang meniru gaya dan percakapan si sponge bob mahu pun Patrick.

Fenomena ini , adalah satu senario biasa yang akan berlaku kepada minda manusia apabila meminati sesuatu rancangan television.Lihat sajalah bagaimana setiap daripada kita semua yang menghafal dialog dan gaya lakonan allahyarham P.Ramlee dalam sesetengah filem allahyarham….Tak kurang juga yang menghafal lirik sesuatu lagu / nasyid yang diminati lalu tanpa segan silu menyanyikannya dikhalayak ramai….

Apa yang ingin penulis tekankan disini , ialah walau apa sahaja bentuk hiburan yang ingin kita lakukan.. hendaklah ianya dilakukan dengan penuh kesederhanaan dan berhati-hati , agar ianya tidak berlebih-lebihan yang menyebabkan kita terlajak melampaui batasan syara’…..kerana prinsip syara’ telah menetapkan bahawa apa-apa perkara yang dilakukan dalam situasi yang berlebih—lebihan dan melampau akan jatuh kepada hukum haram, walaupun hukum asalnya adalah dibolehkan…….

WA

P/s…… salah satu lukisan yang dilukis oleh salah seoarang kanak-kanak yang meminati rancangan kartun sponge bob ini :

Posted in FIKRAH KU | 4 Comments »

PEGANGAN HIDUP MUSLIM

Posted by aljawhar on 27 April, 2008

Sikap Muslim sejak kebelakangan ini adalah penyebab utama berlakunya segala macam masalah yang melanda dunia Islam dewasa ini.Berbagai-bagai perkara jenayah dan maksiat yang berlaku yang mana pelakon utamanya adalah orang Islam itu sendiri.

Lihat sahaja di Malaysia.Bila mana perasaan tamak dan haloba menyelimuti jiwa dan rohani Muslim itu , maka akan lahirlah manusia muslim yang dengki mendengki , hasad , dendam , iri hati dan sebagainya.Tidak mahu malah tidak boleh langsung melihat orang lain mendapat lebih daripada apa yang ia dapat.Lalu tanpa rasa malu kepada diri sendiri , juga tanpa rasa takut kepada Allah swt terus menjadikan dirinya mudah untuk menerima apa sahaja pelawaan dan tawaran dari siapa sahaja termasuk menerima rasuah , asalkan dirinya mendapat lebih dari orang lain.

Penulis merasa sangat sedih dengan fenomena yang berlaku.Bagi penulis , apa yang berlaku sebenarnya adalah berpunca daripada sikap umat Islam yang tidak mahu meletakkan KESEDERHANAAN sebagai amalan dalam kehidupan.

Kita tidak pernah menjadikan cara kehidupan Baginda Rasulullah saw sebagai panduan dan pegangan serta ikutan dalam mencorak dan mewarnai kehidupan seharian kita , walaupun setiap tahun merayakan hari kelahiran Baginda saw.Berselawat , bersorak , berarak penuh semangat dengan satu azam kononnya kita ‘cinta’ dan ‘kasih’ kepada Rasulullah saw…..Tapi hakikatnya , sikap kita pada masa itu tak ubah lagak seperti seorang yang hipokrit yang penuh kepura-puraan.

Satu contoh yang cukup bermakna yang perlu dihayati oleh setiap umat ialah kisah sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Mas’ud r.a yang melihat Rasulullah saw tidur di atas sekeping tikar. Ketika Rasulullah saw bangun dari tidurnya , tikar tersebut meninggalkan bekas pada belakang tubuh Baginda saw. Lalu berkatalah para sahabat yang melihatkan hal tersebut dengan katanya : “Wahai Rasulullah, seandainya boleh kami siapkan untukmu sekeping tilam yang empuk!”

Baginda saw menjawab:

مَا لِي وَمَا لِلدُّنْيَا، مَا أَنَا فِي الدُّنْيَا إِلاَّ كَرَاكِبٍ اسْتَظَلَّ تَحْتَ شَجَرَةٍ ثُمَّ رَاحَ وَتَرَكَهَا

“Ada kecintaan apa aku dengan dunia? Aku di dunia ini tidak lain hanyalah seperti seorang pengendara yang mencari teduhan di bawah sebatang pohon, lalu beristirahat, kemudian meninggalkannya.”

(HR. At-Tirmidzi no. 2377, dinilai sahih oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Sahih At-Tirmidzi)

Saidina Umar al- Khaththab r.a pernah menangis melihat bagaimana kesanggupan Rasulullah saw yang hanya tidur di atas sekeping tikar tanpa dialasi sesuatu apapun. Lalu Umar r.a berkata:

فَرَأَيْتُ أَثَرَ الْحَصِيْرِ فِي جَنْبِهِ فَبَكَيْتُ. فَقَالَ: مَا يُبْكِيْكَ؟ فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، إِنَّ كِسْرَى وَقَيْصَرَ فِيْمَا هُمَا فِيْهِ وَأَنْتَ رَسُوْلُ اللهِ. فَقَالَ: أَمَا تَرْضَى أَنْ تَكُوْنَ لَهُمُ الدُّنْيَا وَلَنَا اْلآخِرَةُ؟

Aku melihat bekas (kesan) tikar di rusuk beliau, maka aku pun menangis, hingga menyebabkan Baginda bertanya ,: “Apa yang membuatmu menangis?” Aku menjawab, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Raja Parsi dan Raja Romawi itu berada dalam kemegahannya, sedangkan engkau adalah utusan Allah.” Beliau menjawab, “Tidakkah engkau redha mereka mendapatkan dunia sedangkan kita mendapatkan akhirat?”

(HR. Al-Bukhari no. 4913 dan Muslim no. 3676)

Lihatlah wahai muslimin sekalian , betapa sederhananya Rasulullah saw dimasa hidupnya.Lihatlah wahai saudara ku yang dikasihi betapa bersahajanya Baginda saw melayari malamnya dengan selembar tikar yang usang yang tidak dibaluti apa-apa pun di atasnya , sedangkan Baginda saw mampu dan layak untuk hidup dengan segala kemewahan dan kebesaran yang ada di dunia ini sebagaimana layaknya Baginda saw sebagai pesuruh dan utusan dari Allah swt , Tuhan yang memerintah alam ini……..!!

Tidak malukah kita mengumpul harta , melonggokkan segala kekayaan duniawi dengan tidak mengira halal atau haramnya.??……Sedar tak kita bahawa dunia ini adalah suatu bentuk permainan yang sia-sia??…Jika sedar , mengapa kita masih risau dan bimbang dengan harta kekayaan dunia yang masih lagi belum dapat kita capai dan garap dengan sehabis-habisnya.??…..

Ingatlah firman Allah swt dalam surah Al-Hadid ayat 20 :

اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي اْلأَمْوَالِ وَاْلأَوْلاَدِ كَمَثَلِ غَيْثٍ أَعْجَبَ الْكُفَّارَ نَبَاتُهُ ثُمَّ يَهِيْجُ فَتَرَاهُ مُصْفَرًّا ثُمَّ يَكُوْنُ حُطَامًا وَفِي اْلآخِرَةِ عَذَابٌ شَدِيْدٌ وَمَغْفِرَةٌ مِنَ اللهِ وَرِضْوَانٌ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُوْرِ

“Ketahuilah oleh kalian, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megahan di antara kalian serta berbangga-banggaan dengan banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang karenanya tumbuh tanam-tanaman yang membuat kagum para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning lantas menjadi hancur. Dan di akhirat nanti ada adzab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.”

Dan sebagai PEGANGAN SERTA PRINSIP yang boleh kita jadikan ikutan dalam kehidupan seharian kita , eloklah penulis nukilkan sebuah hadis Rasulullah saw yang cukup besar manfatnya kepada kita semua :

كُنْ فِي الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْ عَابِرُ سَبِيْلٍ

“Jadilah engkau di dunia ini seperti orang asing atau bahkan seperti orang yang sekedar lewat (musafir).”

(HR. Al-Bukhari no. 6416)

Dan lihatlah juga HARGA DAN NILAI DUNIA disisi Tuhan yang menciptakannya :

لَوْ كَانَتِ الدُّنْيَا تَعْدِلُ عِنْدَ اللهِ جَنَاحَ بَعُوْضَةٍ مَا سَقَى كَافِرًا مِنْهَا شَرْبَةَ مَاءٍ

“Seandainya dunia punya nilai di sisi Allah walau hanya menyamai nilai sebelah sayap nyamuk, niscaya Allah tidak akan memberi minum kepada orang kafir seteguk airpun.”

(HR. At-Tirmidzi no. 2320, dinilai sahih oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam As-Sohihah no. 686)

Maka…..fikir-fikir , dan renungkanlah ia…….Muhasabahlah wahai saudara-saudaraku sekalian…..!!

WA

Posted in FIKRAH KU | Leave a Comment »