CATATAN AL-JAWHAR @ ABU FATHI AL-YAMANI

الـــــراجي رحمـــــة ربه الجـــواد

Archive for the ‘KENANGAN KU’ Category

ANAK-ANAKKU YANG TERCINTA….

Posted by aljawhar on 10 December, 2008

Al-hamdulillah……Syukur pada mu Ya Allah…..

 

abang-dan-adik1

 

fathi-dan-hani1

 

 

fathi-dan-hani-2

 

 

hani_2

 

 

fathi

 

 

kasih-abg-adik

 

Ya Allah , Jadikan mereka Anak-anak yang Soleh dan Solehah…..amin

Posted in KENANGAN KU | 2 Comments »

MASJID KRISTAL K.TERENGGANU

Posted by aljawhar on 6 December, 2008

Baru-baru ni dalam bulan Oktober yang lepas semasa cuti Hari raya Aidilfitri , penulis berpeluang untuk pergi melihat sendiri Masjid Kristal yang disebut-sebut orang…..Hmm , cantik dan padan dengan namanya.Ramai juga orang yang datang untuk melihat sendiri pembinaan sebuah masjid yang terhasil dari pemerintahan Dato Seri Idris Jusoh….Sebuah Masjid yang dikatakan telah menimbulkan kontroversi yang bermacam-macam.

Bagi Penulis , biar apa pun yang disebut-sebut oleh penduduk setempat , namun ianya tetap sebuah Masjid yang telah dibina dan hormatilah ia sebagaimana layaknya….Ini kerana semasa penulis dan keluarga sedang leka melawat kawasan sekeliling masjid tersebut , penulis terlihat kelibat 2 pasangan lelaki dan wanita tanpa ada rasa segan silu melakukan aksi jijik yang diterajui oleh syaitan dihadapan orang ramai yang lalu lalang di kawasan tersebut.

Si lelaki berbaring di kaki lima masjid dan si perempuannya pula , sedang asyik meramas dan meraba tangan , dada dan badan si lelaki tersebut……Berderau serta menyirap darah penulis disusuli dengan riak kemarahan yang meluap… Hendak aje penulis hadiahkan “pelempang Jerman” ke muka 4 orang manusia keji tersebut. 

Penulis kemudian bergegas ke pondok pengawal dipintu hadapan masjid dan melapor perbuatan sumbang mereka dan akhirnya penulis boleh menarik nafas lega apabila melihat ke dua-dua pasangan tersebut telah dihalau keluar oleh pengawal yang bertugas..Walaubagaimana pun , terdetik juga rasa tidak puas hati dengan tindakan yang dikenakan kepada mereka……Hanya di HALAU KELUAR….itu sahaja…Haii , Malaysia ku Tanah Air ku….Apalah nak Jadi… 

 

Posted in KENANGAN KU | Leave a Comment »

BALIK KAMPUNG….YE…YE…

Posted by aljawhar on 2 June, 2008

Cuti sekolah telah lama bermula…..dah habis seminggu pun , tapi baru hari ini penulis berpeluang untuk balik kampung bersama keluarga…. Al-hamdulillah…tercapai juga hasrat dan hajat isteri penulis untuk bercuti bersama-sama ayah dan bondanya yang tercinta….

Memang kalau ada cuti panjang macam ni , kami selalunya akan pulang bercuti di kampung isteri di Kuala Terengganu.Bukan selau pun dapat balik….Paling-paling tidak pun setahun 4 kali sahaja…. Cuti bulan Februari , bulan Mei , hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha….

Itulah saja peluang untuk kami berjumpa keluarga di sana…..kalau kampung ibu dan ayah penulis , boleh dikatakan setiap minggu kami akan balik ke sana….Apa taknya , jarak antara Kajang dengan Seremban tu belum cukup untuk memanaskan punggung penulis duduk di atas kerusi kereta yang dipandu oleh penulis…..

Maka dengan sebab itulah , setiap kali kami hendak balik Kuala Terengganu , isterilah akan jadi orang yang paling bersemangat sekali….. lagi seminggu sebelum tarikh yang telah dipilih untuk balik kampung menjelma , dia telah pun bersiap sedia berkemas itu dan ini…Memang cukup jelas terpancar riak kegembiraan di wajahnya…… tak sabar rasa dihatinya untuk berjumpa dan memeluk ke dua ibu dan bapanya melepaskan rasa rindu yang bersarang….

Begitulah ragamnya manusia , bilamana hidup berjauhan di perantauan………….

Al-hamdulillah , segalanya berjalan lancar….

Buat Isteri tercinta…… Abang akan sentiasa bersikap adil padamu dan pada anak-anak kita…..

Semoga Allah mengurniakan kebahagiaan yang sebaiknya pada kita sekeluarga…..Amin

p/s…..Nak pergi jalan-jalan kat mana ye…..gi SUKMA kot… SUKMA sedang berlangsung di Kuala Terengganu sekarang ni

Posted in KENANGAN KU | Leave a Comment »

SAYUNYA…..

Posted by aljawhar on 5 May, 2008

Sayu sungguh bila mendengar azan Mekah ni……Teringat seketika semasa diberi izin oleh Allah swt berada di sana bersama anak dan isteri pada penghujung 2005 yang lepas………Sungguh aku rindu pada Makkah dan Madinah……..

Posted in KENANGAN KU | Leave a Comment »

RAGAM ANAKKU…

Posted by aljawhar on 21 April, 2008

Hari ini , penulis dikejutkan lagi dengan satu berita dari sekolah tempat anak penulis bersekolah , bahawa ia hampir-hampir mengulangi peristiwa pada tanggal 1 April 2008 yang lepas.

Kali ini alasannya , ialah tertinggal jam tangan.Jadi dia nak keluar dari sekolah nak balik rumah semata-mata untuk ambil jam tangan tersebut…..Aduhhh , penulis jadi bingung sebentar kerana memikirkan keberanian yang ada dalam diri seorang murid sekolah rendah yang berumur 7 tahun dengan tekad dan azam untuk keluar seorang diri dari sekolah.Gerun , takut dan bimbang menyelubungi hati penulis bila memikirkan kejadian demi kejadian kanak-kanak hilang yang berlaku sejak kebelakangan ini.

“Ya Allah , aku mohon pada Mu agar peliharalah diriku , isteri ku dan anak-anak ku dari segala macam kejadian yang tidak diingini ….ya Allah…”

Penulis ke sekolah sejurus lepas menerima panggilan dari guru yang menghubungi penulis.Hati ini pada mulanya rasa marah dan geram dengan perangai anak penulis tersebut.Rasa nak dibubuh aje kat sekolah nanti….Tapi , bila difikirkan kembali , betapa penulis amat menyayangi anak penulis itu dan tak sampai hati rasanya nak melakukan apa yang difikirkan tadi.

Bila sampai di sekolah , guru yang menghubungi penulis memberitahu sepatah dua kata dengan menceriitakan dari ‘A’ sampai ‘Z’ apa sebenarnya yang berlaku.Bermula daripada gaya ala-ala askar yang dilakukan oleh anak penulis dengan menyusup dari satu kereta ke satu kereta hinggalah kepada penangkapan anak penulis oleh ‘Jaga’ sekolah yang memang berada di kawasan pagar sekolah.

Akhirnya , tak ada apa yang hendak dikatakan oleh penulis kepada guru tersebut melainkan : “Tak pe lah cikgu , nanti saya nasihati anak saya ,….Anak saya ni jiwanya lembut , sentimental…dia mudah terusik…mungkn kerana 6 tahun kami sekeluarga berada di Yaman tanpa orang lain antara kami menyebabkan dia cukup manja dan masih belum biasa dengan suasana yang ada sekarang ni..Lepas kami balik ke Malaysia , barulah fathissalam mempunyai seorang adik perempuan”…….

Penulis mengajak anak penulis ke kantin untuk rehat dan membeli makanan.Bekal yang dibawa pagi tadi masih berada dalam kelas….tak pe lah , penulis membelikannya makanan di kantin dan semasa makan , penulis cuba menasihatinya…. :

“Fathi , kenapa fathi nak balik?….Fathi cakap mula-mula dengan cikgu pasal fathi nak main ngan adik Hani , tapi ayah rasa sebenarnya Fathi tak sayang pun pada adik Hani dengan ayah dan ummi….betul tak ?…..Ya ayah tahu Fathi tak sayang…..sebab , fathi berani keluar sekolah seorang diri….nanti kalau ada orang jahat ambil Fathi pas tu dia jual Fathi …Fathi dah tak jumpa adik Hani dah…Fathi nak macam tu….?”

Anak penulis senyap dan matanya tak berkedip memandang wajah penulis.Tiba-tiba , berjurai air matanya dan pada ketika itu juga penulis merasa sedih dengan situasi yang berlaku…Rasa marah yang meluap-luap tadi terus padam dijirus dengan linangan air matanya……

Moga-moga lepas ni , Fathi akan lebih memahami , bahawa ayah dan umminya cukup menyayangi dirinya……….

Posted in KENANGAN KU | 1 Comment »

UKHUWWAH BERSAMA GENG AHKAM.NET

Posted by aljawhar on 20 April, 2008

Pada 13 April yang lalu , penulis berpeluang sekali lagi bertemu dan beramah mesra dengan beberapa geng Al-Ahkam.net di Pesta Buku Antarabangsa PWTC…..Sebelum tu disebelah paginya , kami telah pun mengadakan perjumpaan tertutup ( Mesyuarat ) bagi membincangkan beberapa perkara berkenaan dengan Al-Ahkam di Menara AmCorp Petaling Jaya.

Bila dipikir-pikir betul-betul , terasa begitu manisnya ukhuwwah yang terbina antara kami atas jalinan iman dan taqwa…..Kami daripada asalnya tidak kenal mengenali antara satu sama lain (hanya kenal di alam maya) boleh menjadi mesra adalah semata-mata atas dasar iman dan ukhuwwah islamiah…..Begitulah yang digariskan oleh Islam kepada penganutnya…..Berkasih , bercinta kerana Allah , berpisah jua keranaNya..

Penulis amat berharap , agar jalinan ukhuwwah yang terbentuk akan berkekalan hingga ke akhir hayat..Semoga Allah swt meredhai ikatan persauadaraan kami…..Amin.

WA

P/s…..Kredit buat Sifoo Al-Fadhil Ustaz Zain-ys atas tindakannya memasukkan penulis ke dalam Warga Kerja Al-Ahkam.net…..

Posted in KENANGAN KU | Leave a Comment »

Kenangan Program Al-Huffaz Sek Men Agama Bistari Subang Jaya , Dis 2006

Posted by aljawhar on 18 November, 2007

Sebahagian gambar-gambar kenangan semasa program ‘KEM HAFAZAN AL-HUFFAZ’ yang telah diadakan di Sek Menengah Agama Bistari Subang Jaya .Program yang berjalan selama 2 minggu itu bermatlamat untuk mendedahkan kepada para peserta tentang teknik dan cara menghafaz al-Quran dengan dengan mudah menggunakan kaedah ‘AL-HUFFAZ’…..Ia juga merupakan program intensif bagi peserta-peserta yang telah dan sedang menghafaz al-Quran.

Posted in KENANGAN KU | Leave a Comment »

Majlis Penyampaian hadiah PASTI.

Posted by aljawhar on 18 November, 2007


Majlis Penyampaian hadiah kecemerlangan kanak-kanak PASTI As-Syakirin Taman Kajang Utama…….

Al-hamdulillah , pada malam tersebut anak ku mendapat tempat pertama dalam kelas tahap 2 (umur 6 tahun)

Semoga ia menjadi seorang anak yang soleh dan berjaya didunia dan akhirat….amin

Posted in KENANGAN KU | Leave a Comment »

Memori di Bumi Iman dan Hikmah….Yemen

Posted by aljawhar on 25 September, 2007

Kenangan semasa berjalan-jalan di dalam Bab al-Yaman , sebuah kota lama Yaman. Bersama-sama ku isteri yang tercinta , anak sulong ku dan adik adik ipar ku………………..

Posted in KENANGAN KU | Leave a Comment »