HANTAR SOALAN FEQH
KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENGEMUKAKAN SOALAN SEKITAR PERMASALAHAN FEQH , MAKA BOLEHLAH MENGHANTAR SOALAN TERSEBUT KE RUANGAN SOAL JAWAB FEQH AL-AHKAM.NET. SOALAN ANDA TERSEBUT , IN SYA ALLAH AKAN DIJAWAB OLEH PENULIS ATAU PARA PANEL FEQH YANG LAIN.
UNTUK MENGHANTAR SOALAN SILA KLIK DI BAWAH INI :
SEMUA SOAL JAWAB FEQH YANG TERDAPAT DALAM LAMAN BLOG INI ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA KOLEKSI SOALAN-SOALAN FEQH YANG DIJAWAB SENDIRI OLEH PENULIS SAMADA DI LAMAN AHKAM.NET ATAU PUN DI PROGRAM-PROGRAM KULIAH MINGGUAN DAN BULANAN SEKITAR KAJANG DAN SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN.

Supri said
Salam,saya nak minta pandangan ustaz..apa hukum lelaki memakai cincin suasa?sebahagian mereka mengharuskan dan sebahagian lagi mengharamkan..
Haszalinda said
salam ustaz..
saya baru kehilangan bayi dalam kandungan saya yang berusia 8 bulan..kini bayi saya masih didalam perut ini kerana menurut doctor pakar saya hendaklah menungu sakit bersalin seperti biasa.Untuk melakukan induse atau pembedahan mungkin saya akan mengalami beberapa resiko kesihatan.
1.Soalan saya adakah hukum disisi islam membolehkan bayi yg sudah meninggal didalam perut sehingga sakit bersalin itu datang sendiri.
2. Dimanakah letaknya roh-roh bayi yang meninggal sebelum dilahirkan di sisi Allah
aljawhar said
Salam , maaf kan saya kerana lambat membalas persoalan saudari…Memang saya telah lama tidak membuka laman blog saya ini atas kesibukan dengan tugasan-tugasan.
Mengenai dengan kandungan yang telah mati dalam kandungan.Saya tidak menjumpai perbahasan ulama yang membolehkan kandungan yang dah mati itu dibiarkan untuk berada dalam perut ibunya.Ini kerana secara logiknya , jasad yang telah mati akan membusuk dan boleh menyebabkan implikasi kesihatan yang lebih buruk terhadap ibu janin tersebut…
Walau bagaimana pun , sekiranya memang terdapat kenyataan dari sudut perubatan , bahawa jika bayi itu dikeluarkan akan mengakibatkan nyawa si ibu terancam dan pihak hospital dapat menjaga kandungan tersebut daripada membusuk dan mereput dengan kaedah-kaedah yang tertentu , maka ia dibolehkan dalam Islam.Ini kerana dalam hal-hal yang melibatkan perubatan , sesuatu hukum akan ditetapkan setelah melalui perbahasan dari sudut perubatan….
WA
masrina said
salam,saya ingin tahu apakah asal usul babi dan anjing menurut dalam ayat quran dimana tuhan menghramkan ummat islam menyentuhnya..
al faqir said
salam ustaz.seorang lelaki yang telah berkahwin didapati berzina dengan seorang wanita.sekarang wanita itu hamil 3 bulan.isterinya ingin mohon cerai,pada pandangan ustaz adakah ini penyelesaian terbaik?si isteri tertekan.apakah perlu perkahwinan dipertahankan sedangkan suami teruk?adakah akan ada implikasi kepada nasab/anak yang bakal dilahirkan?mohon jasa baik ustaz untuk memberi pandangan & cadangan
Muhammad Aizat said
salam, saya ingin tahu…
pengaruh islam dalam pentadbiran, pendidikan dan kebudayaan.
farisi said
apakah status jihad rakyat palestin dalam mempertahankan bumi palestin dari zionis?
iz said
Salam..diharap pihak agama memberi jawapan dgn secepat mungkin,fikiran saya terlalu kusut dgn masalah ini…begini keadaannya..
saya iz mpunyai teman wanita bernama ija,dan kami ini adalah sepupu rapat..iaitu ayah kandung saya dan ayh kandung ija adalah adikberadik LELAKI..ayah saya anak pertama,ayah ija anak kedua..persoalan nye ialah,boleh kah saya iz berkahwin dgn ija?? (iaitu sepupu sendiri yg memang rapat hubungan keluarga kerana ayah kami berdua adalah adikberadik kandung)..adakah akan muncul masalah wali?adakah haram kami berkahwin?kerana ada yg mengatakan kami tdk boleh berkahwin kerana waris kuat?dan kerana saya boleh menjadi wali kepada ija?dan juga kerana ayah kami berdua adalah adikberadik,akan muncul masalah wali,waris dikemudian hari..saya berharap sangat dpt membantu saya dengan menjawab persoalan ini..saya insan yg hina lg jahil tentang agama,bantulah saya dengan memberi keterangan yg jelas mengenai isu kahwin sepupu ini..
harap pihak anda membalas msg nie kepada email saya sendiri..malaylegend@yahoo.com..
sekian trima kaseh byk2..salam..
ramat said
Assalamualaikum…
Saya perhatikan kebanyakan disurau2 selepas
solat fardhu imam/orang awam mesti berubah tempat untuk solat sunat bakdiyah(sunat selepas fardhu)…
mengapa misalnya orang awam tidak solat sahaja ditempat dia solat fardhu tadi?????
aljawhar said
Wa’alaikumussalam…
Mungkin mereka berpandukan kepada pendapat sesetengah individu dalam masyarakat melayu yang berpegang dengan suatu riwayat bahawa , makin banyak tempat solat kita maka makin banyak syafaat yang akan diperolehi diakhirat nanti iaitu setiap tempat yang kita solat akan menjelma menjadi satu lembaga diakhirat kelak untuk menjadi saksi kepada Allah swt atas ketaatan yang dilakukan.
APa yang jelas , setakat pengetahuan penulis , penulis tidak menjumpai hadis tersebut.Apa yang jelas , terdapat hadis yang menyebut bahawa solat seseorang itu lebih afdhal di masjid kecuali dirumahnya.
Begitu juga dengan hadis yang menyebut suruhan baginda saw agar tidak menyambung satu solat dengan solat yang lain kecuali setelah bercakap atau keluar. (HR Imam Muslim : 1463)
WA
ain said
assalamualaikum…
saya ingin bertanyakan kpd ustaz berkenaan perkara yang menjadi kekeliruan kpd setiap ibu-ibu yang telah melahirkan anak. Soalan saya:
Adakah wajib kepada semua perempuan untuk mandi wiladah setelah melahirkan walaupun darah yang keluar bersama nifas. Ada pendapat yg mengatakan terangkatnya wiladah apabila keluar darah ketika melahirkan. maka apabila seseorang perempuan itu mandi wiladah adalah haram. dan mandi wiladah hanyalah wajib apabila berank tanpa keluarnya darah. sekiranya keluar darah tidak perlu mandi wiladah..
Ron said
assaamualaikum..
1) sila lihat senario ini.
isteri didapati keluar bersama lelaki lain. isteri cuma mengatakan itu mereka hanya kawan biasa. selangberberapa bulan, suami menemui teman bicara melalui internet. suami berbicara secara manja dengan teman onlinenya tetapi tiada bermaksud sebagai pasangan kekasih.
suatu hari isteri syak lalu meminta kata laluan bagi komputer suami. isteri marah lalu mengatakan “sekiranya abg ada bini2 (kekasih lain) yang lain.. kita bercerai!”..
suami khuatir kerana terdapat gambar teman onlinenya disitu.suami mengatakan “ok” tanpa bermaksud untuk menceraikannya. tpi untuk menyembunyikan perkara ini.
selang berberpa hari, isteri menjumpai emel-emel suaminya dengan teman online nya itu. dan marah. lalu meninggalkannya.
soalannya.. bagaimanakah halnya tentang perceraian itu? adalah sah bercerai atau tidak?
terima kasih.
RONNY