Malam ini aku tak boleh melelapkan mata……sebab apa ??….Aku baru je membuka laman blog Ust Zain-ys……aku lihat posting terbaru Ustaz Zain-ys ada gambar kapal dan sauh yang mana , bagi aku gambar tersebut sudah cukup untuk membawakan satu harapan yang cukup bermakna dan penuh dengan semangat baru. Aku dapat rasakan bahawa AAN akan mula kembali meneruskan usaha dakwah sybernya setelah berehat seketika menghilangkan penat lelah melayan karenah pengunjungnya , termasuklah aku…….sebagaimana lagaknya kapal yang ditunjukkan oleh Ustaz zain-ys dalam blognya…….yang mana menjadi adat kapal yang berlabuh untuk mengangkat kembali sauhnya bagi meneruskan perjalanan di alam lautannya setelah berhenti berehat akibat penat melayan kerenah anak kapal yang macam-macam ragam dan songelnya……….Boleh jadi juga kapten kapal telah mendapat berbagai-bagai idea dan buah fikiran untuk menyelesaikan ragam anak-anak buahnya selepas ini tanpa perlu melabuhkan kembali sauhnya buat kali kedua…..kerana jika sauhnya berlabuh lagi , maka akan lambatlah perjalanan kapal untuk sampai ke destinasi seperti dalam jadualnya….
Ah , tak sabar rasanya ingin bersua kembali dengan mu wahai al-ahkam.net.Akan ku layari dikau dengan penuh adab dan tatasusila demi menghormati dikau selayaknya…….Oh , sauh …sungguh berguna rupanya dikau….
Like this:
Like Loading...
Related
Leave a Reply