
Kisah As-Syaikh al-‘Allamah Dr Yusof al-Qaradhawi disesat dan dikafirkan oleh segelintir individu yang ‘perasan’ dirinya tu hebat , amat memualkan aku…. Pelik bin ajaib , bila ada orang nak mempertikaikan kehebatan al-Qaradhawi.Aku bukanlah ‘taksub’ pada al-Qaradhawi , tapi aku sedih pasal pada waktu dan ketika umat Islam dalam perpecahan dan pertelingkahan yang memerlukan kepada perpaduan dan penyatuan , masih ada umat Islam yang mahu menyemarakkan lagi api persengketaan sesama muslim.
Bukankah al-Qaradhawi adalah seorang tokoh ulama yang banyak jasanya terhadap dunia Islam dulu dan masa kini.Tidak terhitung rasanya jasa dan pengorbanan al-Qardhawi dalam membela dunia Islam…Tidak terkira segala macam buku dan artikel yang telah dikarang oleh al-Qaradhawi…. Tiba-tiba , kita yang hanya dok mengajar surau aje daripada dulu sampai leni , nak meng’komen’ serta mengkritik al-Qardhawi dengan kritikan yang tidak ada asasnya…..
Apa punya orang laa nii….!!!
Like this:
Like Loading...
Related
Leave a Reply