TURUN KETIKA SUJUD

26 Apr

Baru ni semasa memberi kuliah bulanan di suatu tempat sekitar Kajang , ada seorang jemaah bertanyakan kepada penulis , bagaimanakah cara turun untuk sujud dari i’tidal yang sebenarnya mengikut sunnah Rasulullah saw.Beliau juga menyebutkan bahawa kalau mengikut Albani , kita perlu turun tangan dahulu bukannya lutut.Ini berdasarkan bahawa terdapat hadis Rasulullah saw yang melarang untuk turun sujud dari I’tidal dengan mendahului lutut kerana ianya menyerupai turunnya unta , sepertimana yang termaktub dalam sebuah hadis Rasulullah saw yang dinukilkan oleh Syaikh Albani dalam buku sifat solat nabi :

إذا سجد أحدكم فلا يبرك كما يبرك البعير وليضع يديه قبل ركبتيه.

“Apabila salah seorang di antara kalian sujud, maka janganlah turun untuk sujud sebagaimana turunnya unta, dan hendaklah ia meletakkan dua tangannya sebelum dua lututnya”

اخرجه البخاري في ( التاريخ ) ( 1 / 1 / 139 ) وأبو داود ( 845 ) وعنه ابن حزم ( 4 / 128 – 129 ) والنسائي ( 1 / 149 ) والدارمي ( 1 / 303 ) والطحاوي ( مشكل الآثار ) ( 1 / 65 – 66 ) وفي ( الشرح ) ( 1 / 149 ) والدارقطني ( 131 ) والبيهقي ( 2 / 99 – 100 ) وأحمد ( 2 / 381 )

Lalu persoalan tersebut penulis cuba untuk menjawabnya dengan sebaik mungkin.

Jika dilihat pada perkataan yang pertama dalam hadis tersebut iaitu : ”janganlah turun untuk sujud sebagaimana turunnya unta” , yang mana ayat (فلا يبرك كما يبرك البعير ) yang membawa maksud larangan dari melakukan perbuatan yang menyerupai binatang unta tersebut.Secara jelasnya ayat ini hanya menunjukkan larangan tentang sifat sujudnya yang ditunjukkan oleh huruf “kaf” yang membawa maksud penyerupaan (tasybih).Ianya bukanlah larangan tentang kesamaan pada anngota badan yang digunakan untuk sujud.

Apa yang perlu kita lihat ialah , sekiranya perintah larangan yang termaktub dalam hadis di atas menjurus kepada larangan terhadap kesamaan anggota badan yang digunakan untuk turun kepada sujud , maka sudah tentulah bunyi hadits tersebut akan menjadi seperti : “Maka janganlah kamu turun seperti lagaknya turun seekor unta”.Jika memang begitulah lafaz hadis tersebut , maka seharusnya akan dikatakan seperti : “Janganlah Anda turun sujud di atas dua lutut karena unta akan melutut di atas dua lututnya”.

Oleh sebab itulah Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah dalam kitabnya Zaadul Ma’ad (1/215) menyebutkan bahwa perawi hadits di atas telah terbalik dalam meriwayatkan perkataan terakhir dalam hadits tersebut yang mana perkataan terakhir tersebut iaitu: “Hendaklah ia meletakkan dua tangannya sebelum dua lututnya” sepatutnya diriwayatkan seperti : “Hendaklah ia meletakkan dua lututnya sebelum dua tangannya”. Ini kerana sekiranya perintah tersebut menyuruh meletakkan dua tangan terlebih dahulu sebelum dua lututnya , maka tentu ia akan bersujud sebagaimana turunnya unta yang mana jika dilihat unta itu apabila turun ianya akan mendahulukan tangannya sebelum kakinya.

Maka apa yang benar dan jelas ialah jika kita ingin menyelaraskan atau menyamakan hadits di atas antara lafaz terakhir dengan lafaz hadis yang pertama, iaitu: “Hendaklah ia meletakkan dua lututnya sebelum dua tangannya.” karena jika ia meletakkan dua tangannya sebelum dua lututnya sebagaimana yang penulis katakana dari awal tadi tentulah ia akan turun sujud sebagaimana turunnya unta.Maka akan hadis tersebut akan menjadi bertentangan antara satu sama lain dari awal hinggalah akhir hadis tersebut.

Maka apa yang sebenarnya mengikut sunnah ialah meletakkan dua lutut dahulu semasa turun untuk sujud.

WA

3 Responses to “TURUN KETIKA SUJUD”

  1. syed ali 29/04/2008 at 6:48 pm #

    assalamualaikum.

    satu penjelasan yang baik untuk menambah ilmunya. cadangan saja jika dapat memberi contoh dengan bergambar dan juga dapat kiranya ustaz menerangkan larangan cara duduk syaitan dan binatang buas semasa duduk antara sujud dan semasa sujud.

  2. aljawhar 03/05/2008 at 12:12 am #

    Wa’alaikumussalam…..

    Syukran atas kesudian enta membaca posting-posting ana dalam blog ini ….

    Cadangan enta tu , in sya Allah akan diusaha.. Memang betul , jika kita sertakan dengan ilustrasinya sekali akan lebih menarik minat pengunjung untuk membacanya….

    Cuma , buat masa ni mungkin cadangan tersebut tidak dapat dilaksanakan atas sebab kesibukan dengan tugasan-tugasan lain…

    Syukran ,….

  3. yasir 23/05/2008 at 8:33 pm #

    1. ustaz, macam mana perawi tu boleh silap? dia tentu seorang yang ‘dabit’ kerana hadisnya ada dalam sahih bukhari. kalau dia silap, bermaksud dia tak dabit, dan hadis itu tak bernilai sahih kan?
    2. boleh ustaz tolong nyatakan nas menunjukkan kena turun lutut dulu?

    sekian, terima kasih…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: