SPONGE BOB

Siri kartun SPONGE BOB sangat digemari oleh segenap lapisan masyarakat.Tak kira samada kanak-kanak , remaja , mahupun golongan dewasa.Telatah yang melucukan antara sponge bob dan kawan baiknya si Patrick membuatkan sesi rumah tergelak sakan apabila melihatkannya.

Apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah , sejauh mana siri kartun tersebut membawa kesan dan pengaruh terhadap minda dan pemikiran anak-anak kita khususnya diperingkat umur 5 hingga 9 tahun.Tinjauan penulis disekitar Kajang mendapati , rata-rata masyarakat mengetahui dan meminati siri kartun sponge bob ini , malah ada antaranya yang meniru gaya dan percakapan si sponge bob mahu pun Patrick.

Fenomena ini , adalah satu senario biasa yang akan berlaku kepada minda manusia apabila meminati sesuatu rancangan television.Lihat sajalah bagaimana setiap daripada kita semua yang menghafal dialog dan gaya lakonan allahyarham P.Ramlee dalam sesetengah filem allahyarham….Tak kurang juga yang menghafal lirik sesuatu lagu / nasyid yang diminati lalu tanpa segan silu menyanyikannya dikhalayak ramai….

Apa yang ingin penulis tekankan disini , ialah walau apa sahaja bentuk hiburan yang ingin kita lakukan.. hendaklah ianya dilakukan dengan penuh kesederhanaan dan berhati-hati , agar ianya tidak berlebih-lebihan yang menyebabkan kita terlajak melampaui batasan syara’…..kerana prinsip syara’ telah menetapkan bahawa apa-apa perkara yang dilakukan dalam situasi yang berlebih—lebihan dan melampau akan jatuh kepada hukum haram, walaupun hukum asalnya adalah dibolehkan…….

WA

P/s…… salah satu lukisan yang dilukis oleh salah seoarang kanak-kanak yang meminati rancangan kartun sponge bob ini :

Advertisement

4 thoughts on “SPONGE BOB

Add yours

  1. Assalamualaikum…

    menarik juga ustaz ulas pasal kartun sponge bob ni, hehehe, bukan kanak-kanak sahaja yang minat kartun ni ustaz…pelajar2 universiti pun ada rasanya yang melekat tengok kartun ni.

    Saya nak tanya, apa pandangan ustaz mengenai lukisan kartun yang berbentuk sponge bob ni, adakah ia termasuk dalam kategori melukis haiwan yang bernyawa??..

  2. Wa’alaikumussalam…

    Syukran atas kesudian enta membaca celoteh ana tentang kartun kegemaran ramai Sponge Bob…..heehhhhe

    Mengenai dengan masalah melukis kartun sponge bob , ianya tidak dikira sebagai melukis haiwan yang bernyawa…Ini kerana kaedah dalam Islam menetapkan sesuatu hukuman itu hendaklah dibuat berdasarkan sifat asal sesuatu benda/perkara itu…Sponge bob sebagaimana yang kita tahu adalah sejenis span yang sifatnya tidak bernyawa dan hanya diimaginasikan oleh manusia yang menjadikan ianya bernyawa , maka dalam hal ini melukis sponge bob tidak termasuk dalam larangan yang disebutkan dalam hadis larangan melukis makhluk bernyawa.

    Walaubagaimana pun larangan melukis makhluk bernyawa ini adalah perkara khilaf , iaitu yang diperselisihkan hukumnya oleh para Ulama.

    WA

  3. hmm….. sponge bob square pants

    komen saye..
    nengok boleh.. jangan sampai kebesaraan sponge bob masuk dalam hati dah laa…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: