MENYEMBUNYIKAN ILMU AGAMA

30 Apr

Satu fenomena yang berlaku pada masa ini , yang mana penulis menganggapkan ianya suatu yang serius ialah sikap atau perangai segelintir golongan ahli agama yang menyembunyikan sebahagian kenyataan atau perintah agama daripada pengetahuan umum atas dasar mengambil kira kepentingan peribadi yang mungkin hilang bilamana kenyataan agama tersebut tidak di ‘sorok’…….

Firman Allah swt :

إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنزَلْنَا مِنَ الْبَيِّنَاتِ وَالْهُدَى مِن بَعْدِ مَا بَيَّنَّاهُ لِلنَّاسِ فِي الْكِتَابِ أُولَئِكَ يَلعَنُهُمُ اللّهُ وَيَلْعَنُهُمُ اللَّاعِنُونَ

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dila’nati Allah dan dila’nati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat mela’nati,” [1]

Ayat di atas adalah merupakan satu amaran dari Allah swt tidak menyembunyikan ilmu yang telah dipelajari khususnya ilmu agama…Lihat sahajalah apakah dia balasan yang akan diterima oleh si ‘penyorok’ ilmu agama…..Sesungguhnya tidak ada yang lebih dahsyat hukumannya selain dari laknat dari Allah swt dan dilaknat pula oleh golongan yang boleh melaknat…..wal ‘iya zubillahi min zalik………

Sebenarnya , jika dilihat pada sejarah , golongan yang suka menyorok-nyorokkan sesuatu perkhabaran dan berita ini adalah bangsa Yahudi dan Nasrani.Mereka menyorokkan sebahagian daripada perkhabaran yang terkandung dalam kitab mereka apabila ditanya akan sesuatu perkara atau sekiranya ketika keadaan memerlukan.Mereka juga sengaja tidak me’war’-‘war’kan berita kedatangan penutup sekalian Nabi dan Rasul , iaitu Junjungan Baginda Muhammad saw.Bahkan mereka juga menyorokkan perkhabaran tentang hukuman bagi kesalahan zina yang menyebutkan hukuman sebat dan rejam untuk penzina seperti Islam.Malahan mereka sanggup mengubah suai segala apa yang termaktub dalam kitab mereka mengikut hawa nafsu.[2]

Jelas daripada apa yang penulis faham , ialah apa sahaja kebenaran yang termaktub dalam kitab Allah swt adalah perkara yang sepatut dan sewajibnya disampaikan serta diberi penjelasan yang sewajarnya oleh mereka yang faham dan tahu akan kebenaran tersebut.Lebih-lebih lagi jika masyarakat pada ketika itu memang memerlukan suatu bentuk penjelasan dan huraian terhadap sesuatu permasalahan yang timbul , bimbang akan tersalah tafsir atau disalah fahamkan.Itulah yang sepatutnya …Itulah peranan golongan yanga ahli dalam agama….. Bukan disembunyikan atau disorok-sorokkan…….!! Makin ditanya , makin kuat disorokkannya…….

Nasihat pada golongan Agama , sampaikanlah setiap sesuatu ketetapan dan perintah Allah swt dan Rasul saw itu walaupun ianya amat pahit dan sukar untuk dilaksanakan…..(mafhum hadis)

WA


[1] Al-Quran 2 : 159

[2] Tafsir ayat ahkam , Syaikh Muhamad Ali as-Sobuni , jilid. 1 ms.113 , cetakan Dar Ihya al-Turath al-‘Arabi , Beirut , Lubnan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: