Hari ini genaplah 131 hari kehilangan adik sharlinie…..Mungkin ramai diantara kita yang mungkin sudah melupakan berita kehilangan kanak-kanak tersebut , atau mungkin masih ramai lagi yang selalu mengikuti perkembangannya…..Apa pun penulis merasa sangat sedih dengan kehilangan kanak-kanak malang tersebut.Apalah nak jadi dengan masyarakat kita sekarang ini….. sifat kemanusian telah tenggelam dengan sifat kebinatangan yang makin hari makin rakus melahap daging-daging manusia suci yang tidak bersalah dan yang tidak mengerti apa-apa……
Pada awal kehilanganya , penulis merasakan dan berharap pada yang Maha Esa agar kanak-kanak tersebut akan menerima nasib yang sama dengan nasib Adik Nurin Jazlin Jazimin yang dijumpai semula setelah beberapa hari berada dalam jagaan orang yang menjumpainya….Memang itulah sebenarnya harapan penulis dan harapan seluruh rakyat Malaysia….
Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya…..hari demi hari keluarga kanak-kanak malang tersebut , penulis dan seluruh rakyat Malaysia menunggu , menanti dan terus menanti…..Sesungguhnya penantian itu adalah suatu yang amat menyeksakan , lebih-lebih lagi bagi orang yang terlibat secara langsung dalam penantian tersebut…..
Berita hari ini menceritakan betapa keluarga adik Sharlinie terlalu merindui akan kanak-kanak tersebut…….”Hati dan firasat saya mengatakan anak saya masih hidup dan selamat.”…Demikianlah luahan bapa kanak-kanak tersebut…
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Jenayah&pg=je_01.htm
Sesungguhnya tidak ada seorang bapa pun dalam dunia ini , apabila berlaku kes sebegini akan mudah berputus asa dengan mengatakan , “Biarlah ,….dah takdirnya macam tu….mungkin dia dah m*t*…”…..
Walaubagaimana pun apa yang berlaku sememangnya adalah ketentuan dan takdir dari Ilahi…. Kita sebagai hamba-Nya yang lemah tidak mampu dan terdaya untuk menghalang perkara tersebut dari berlaku…..Penulis sendiri rasanya tidak dapat membayangkan apa agaknya tindakan penulis jika perkara tersebut berlaku kepada keluarga penulis….kerana , manusia biasanya akan mudah bercakap itu dan ini , tapi amat payah dan terlalu susah untuk melakukannya apabila ianya berlaku pada diri sendiri…….Itulah lumrah manusia….bukan dalam bab musibah sahaja , tapi dalam apa saja perkara dalam kehidupan seharian….PANDAI CAKAP , TAPI TAK PANDAI BUAT…..
Semoga Mohd. Nashar Mat Hussein, dan keluarga akan sentiasa tabah dan terus cekal dalam menghadapi ujian yang maha hebat ini……
Leave a Reply