ASAL SELAWAT

19 May

Salawat Munjiyat
Salawat Nariyah atau Tafrijiyyah
Salawat Syifaa
Salawat Li Tausii’il Arzaaq
Salawat Fatih
Salawat Ibrahimiyah
Salawat Nur
Salawat Futuh
Salawat Sir
Salawat Tafrijiyah Lil Imam As Sanusi

dari mana asal semua selawat ini?


Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Memang banyak terdapat selawat-selawat Nabi saw yang ‘direka-reka’ oleh golongan tertentu dengan disertai fadhilat serta kelebihan-kelebihan tertentu yang akan diperolehi oleh mereka-mereka yang membacanya dengan jumlah-jumlah tertentu.Seperti :

1. Jika membaca 300 kali selawat munjiyat akan terselamat dari karam atau tenggelam di lautan.Bila

membacanya 500 kali pula akan mendapat rezeki yang banyak.

2. Membaca Selawat al-Fatih seperti yang dinukil oleh Al-Kabir Sayyid Muhammad al-Bakri sebanyak 11 kali setiap kali lepas sembahyang akan mendapat hati yang tenteram dan diampun segala dosa-dosanya.Jika dibaca 21 kali akan dilapangkan rezeki dan bila dibaca 1000 kali akan bermimpi berjjumpa Rasulullah saw.

3. Jika membaca sebanyak 313 kali selawat Nariyah / tafrijiyyah akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

Dan banyak lagi……..

Apa yang jelas , kesemua selawat-selawat di atas adalah hasil karangan beberapa tokoh ulama dimasa lalu sehinggalah ianya dijadikan amalan dan pegangan masyarakat Nusantara.

Kami ingin memetik sebuah hadis Baginda rasulullah saw tentang persoalan bagaimana caranya untuk kita berselawat kepada baginda saw :

قد أمرنا الله أن نصلى عليك ، فكيف نصلى عليك ؟ قال : قولوا : اللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل ابراهيم وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل ابراهيم ، والسلام كما قد علمتم.

Maksudnya : “Sesungguhnya kami telah diperintahkan untuk berselawat ke atas kamu , maka bagaimanakah caranya kami ingin berselawat ke atas kamu?….Berkata Rasulullah saw : Katakanlah oleh kamu : Allahumma solli ‘ala Muhammad……………………………………………………….. dan berilah salam sebagaimana yang kamu ketahui.

( Hadis SAHIH Riwayat Imam Muslim : 1 / 305 / 405 , Tirmizi : 3220 , Malik (Al-Muwattho) : 1/165/397 , Ahmad : 22406 )

Maka , berselawatlah dengan bentuk selawat yang diajarkan oleh Baginda saw kepada kita dalam amalam harian kita semua.

WA

Ruj :

Jalaul Afham fi as-Solati was Salami ‘ala khairil Anam , oleh al-Imam Ibnu Qayyim al-Jauziah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: