AZAN CARA SUNNAH

19 May

kepada panel al-ahkam, maaf bertanya bnyk sgt…..sesungguhnya bnyk yg sy tau rasa makin jahilnya sy..smpi terkadang bajet dh pandai.. saya nak tau azan ikut sunnah mcm na, sy pernah terdengar yg kalu kita azan x bleh panjang sgt..harap diberi pencerahan….. adakah bila kita sebut “hai ya ‘alalfala” lain maksudnya dgn “hai ya ‘alalfalah”..

JAWAPAN :

Al-hamdulillah….

Bagi kami , masalah azan yang dikatakan tidak menepati azan cara Nabi Muhammad saw adalah berpunca daripada sebutan huruf yang tidak berapa tepat sehingga boleh mengubah makna dan maksud sesuatu lafaz azan tersebut.

Sebagai contoh , antara kesalahan yang kerap dilakukan oleh para muazzin ialah :

1. Menghilangkan bunyi / sebutan huruf “HA” pada lafaz ( حي عـــلى الصــلاة ) dengan membacanya menjadi ( حي على الصــلا آ آ آ )

2. Menukar huruf ( الحاء ) kepada huruf ( الهاء ) pada lafaz (حي عـــلى الفــلاح ) yang mana menjadikan bacaan kepada (حي عـــلى الفــلاه )..Ini adalah satu bentuk tahrif yang tidak dibolehkan dalam Islam kerana ianya secara jelas telah menukar makna lafaz azan tersebut daripada “Marilah menuju kejayaan dunia dan akhirat dengan menunaikan solat” kepada “Marilah menuju ke padang pasir”.Ini kerana makna perkataan (الفــلاه ) ialah : Padang pasir yang kering kontang tanpa adanya tumbuhan dan air.

Jika dilihat pada 2 kesalahan di atas , kesalahan kedua adalah kesalahan berat yang perlu diambil perhatian oleh para muazzin agar kesucian dan ketulenan Islam itu terjaga.Ini kerana selagi mana setiap lafaz azan itu tidak diubah sehingga menyebabkan maknanya tersasar daripada kehendak ruh Islam itu , maka ianya adalah kesalahan-kesalahan kecil yang tidak sampai kepada hukum haram.Cumanya pihak Jawatan kuasa masjid atau mana-mana pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam perlulah memberikan kursus dan pengajaran yang sepatutnya dalam memperbaiki mutu kerja dan khidmat para Bilal , Imam dan sebagainya..

WA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: