BACAAN DUDUK ANTARA DUA SUJUD

19 May

Apakah bacaan duduk antara 2 sujud yang thabit dari Rasulullah saw.

JAWAPAN :

Bacaan duduk antara dua sujud tersebut adalah disebut dalam sebuah hadis Rasulullah saw dari Ibnu Abbas ra seperti dibawah ini :

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان يقول بين السجدتين : اللهم اغفرلي وارحمني واهدني وعافـــني ورزقـــني

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud (850) , Tirmizi (284) , Ibnu Majah (89 8) dan al-Hakim (1/262) dan Al-Hakim mensahihkannya dan menilainya Hasan.

Lafaz hadis di atas adalah lafaz dari Abu Daud , manakala tambahan perkataan ( واجــبرني ) adalah dari lafaz hadis Tirmizi tetapi tidak menyebut pula perkataan (وعافـــني ).

Lafaz dari Ibnu Majah pula menghimpunkan (ارحمني ) dan ( واجــبرني ) serta menambah lafaz ( وارفعــــني ). Manakala lafaz ( واهدني وعافـــني ) tidak ada pada riwayat Ibnu Majah.

Al-Hakim pula menghimpunkan semua lafaz di atas kecuali lafaz (وعافـــني ).

Kesemua riwayat di atas terdapat seorang perawi yang bernama ( كامـــل بن العـــلاء التــميمــي ) yang mana ianya dicela oleh sebahagian ulama dan di percayai oleh sebahagian lain.

WA

Ruj :

1. Taudhih al-ahkam min bulughul maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman al-Bassam

2. Tuhfatu al-Zakirin , Al-Imam Muhammad bin Ali asy-Syaukani.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: