Saya difahamkan dari dulu dan juga mengamalkan jika terlupa baca bismillahirrahmanirrahim maka baca bismilahiawwaluhuwa a-khiruhu, adakah ini adalah dari Sunnah?
JAWAPAN :
Amalan tersebut memang berasal dari sunnah Rasulullah saw.Ini dapat dilihat daripada hadis yang diriwayatkan oleh Baginda saw sebagaimana berikut :
إذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله فأن نسى أن يذكر أسم الله في أوله فليقل : بسم الله أوله وآخره
Maksudnya : “Sekiranya kamu ingin makan maka sebutlah nama Allah (ucapan Basmalah).Apabila terlupa untuk menyebut nama Allah pada awalnya (sebelum memulakan makan) maka bacalah : Bismillahi awwaluhu wa akhiruh.”
( HR Abu Daud no : 3767 , Tirmizi no : 341 , Ibnu Majah no : 3264 , Ibnu Hibban no : 1341 dan Ahmad dalam Musnadnya : 6 / 207 , 208 ) Ianya dinilai SAHIH oleh Albani.
Hadis ini adalah riwayat Saidatina A’isyah marfu’ dari Rasulullah saw , sebagaimana yang dinyatakan oleh As-Syaikh Albani dalam إرواء الغلـــيل في تخــريج أحــاديث منــار bab “al-Walimah wa adabu al-akl” .
WA
Leave a Reply