BANTUAN KEPADA AGAMA LAINS

Boleh tak kiranya kita membantu agama lain dari sudut memberikan bantuan kewangan atau bantuan tenaga….

Yang kedua : bolehkah kita menaruk syak wasangka yang buruk terhadap peminta sedekah.Ini kerana kita merasa bimbang kemungkinan besar peminta sedekah yang datang kepada kita adalah terdiri dari kalangan bukan orang miskin…..Tapi ada seorang ustaz kata , bahawa kita tak perlu menyelidiki tentang latar belakang peminta sedekah tersebut , kaya atau miskin…cukup sekadar kita menilai apa yang ada didepan mata kita sahaja…..betul ke pendapat ini??


JAWAPAN :

Islam adalah agama yang toleransi dan ia menggalakkan umatnya untuk bertoleransi dengan sesiapa sahaja hatta kepada orang kafir juga selagi mana mereka tidak memerangi umat Islam.Ini adalah sebagaimana firman Allah swt dalam Al-Quran surah al-Mumtahanah ayat 8 :


لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang Yang tidak memerangi kamu kerana Agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil.”

Cumanya dalam bab sehingga kepada menolong dan memberi sumbangan kepada agama lain yang tidak diiktiraf Allah swt sebagai agama , adalah satu perbuatan yang salah dan tidak diterima oleh Allah swt.Sikap toleransi Islam tiidak sampai kepada mengiktiraf agama lain.Maka hendaklah kita sebagai umat Islam tidak boleh mengiktiraf dan mengakui agama lain apatah lagi dengan menghulurkan sumbangan bagi membantu dan melancarkan pergerakan agama tersebut.

Ini adalah berdasarkan firman Allah swt dalam surah al-kaffirun ayat 6 :

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

“bagi kamu agama kamu dan bagiku agama ku (Islam)”

Juga firman Allah swt :

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Dan sesiapa Yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang Yang rugi.” (Ali Imran : 85)

Sesungguhnya agama yang hanya diterima Allah swt adalah agama Islam sahaja.Sebagaimana firman Allah swt :

إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللّهِ الإِسْلاَمُ

“Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” (Alli Imran : 19)

Maka sebagai kesimpulan , adalah tidak dibolehkan kita menderma dan membantu kepada pertubuhan agama selain Islam bagi melancarkan pergerakan dan operasi agama tersebut.

Bagi menjawab persoalan kedua pula :

Memang benar seperti yang dikatakan oleh ustaz tersebut bahawa kita disuruh untuk membuat keputusan atau pertimbangan secara zahir sahaja tanpa membuat sangkaan buruk dan sebagainya samada ingin menderma atau tidak berdasarkan kepada sebuah hadis Rasulullah saw dibawah :


Di zaman Rasulullah saw , terdapat satu kisah bagaimana 2 orang sahabat telah datang bertemu dengan Baginda saw dan menceritakan masalah yang menimpa mereka dengan tujuan untuk memohon sedekah / zakat daripada Rasulullah saw…Kemudian , Rasulullah saw telah memandang mereka berdua dengan pandangan yang penuh dengan kehairanan.. begitu juga Rasulullah saw mendapati bahawa mereka berdua mempunyai tenaga dan masih kuat…Maka Rasulullah saw pun berkata , jika aku mahu , aku akan berikan kepada kamu….(berdasarkan cerita kamu ) , Sesungguhnya zakat / sedekah tidak boleh kepada yang kaya dan yang mempunyai keupayaan.

Hadis SAHIH riwayat Ahmad (no: 17291) , Abu Daud (no:1633) , An-Nasai (no:2598). Berkata Ibnu Abd Hadi , Hadis ini sahih dan perawinya dipercayai ( siqah )

Pengajaran :

1. Hadis ini menjadi dalil bahawa sedekah tidak boleh diberikan kepada 2 golongan iaitu yang kaya dan yang mempunyai keupayaan / tenaga / kemampuan untuk mencari rezeki.


2. Hadis ini juga menjadi dalil kepada kita bahawa kita berhak untuk memberi atau tidak memberi kepada seseorang yang datang kepada kita mengadu masalah dan meminta derma atau sedekah.


3. Zahir hadis ini yang dapat diambil dari potongan (
إن شئـــتما أعطيــــتكما ) ialah “Jika Rasulullah saw ingin memberi , dia akan memberikan sedekah yang diminta oleh 2 sahabat tersebut berdasarkan kepada apa yang diceritakan oleh sahabat tersebut…Akan tetapi , kehadiran 2 orang sahabat tersebut menimbulkan tanda Tanya pada Rasulullah kerana mereka berdua mempunyai keupayaan dan kekuatan untuk mencari rezeki…..Akan tetapi Rasulullah saw tetap juga member mereka berdua sedekah atas dasar hajat /masalah yang diceritakan oleh 2 orang sahabat tadi… Ini adalah berdalilkan kepada sebuah hadis yang menyebut bahawa Rasulullah saw berhukum dengan apa yang Rasulullah saw dengar… Berhukum dengan apa yang zahir , dan selebihnya (perkara batin / hakikat sebenar ) diserahkan kepada Allah swt.

4. Hadis ini juga menjadi dalil , boleh untuk kita mendengar dan mempercayai kata-kata dari seseorang yang meminta pertolongan / sedekah dari sudut berhukum kepada yang zahir. Kemudian terpulang kepada kita untuk menderma atau tidak.

WA

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: