Salam ya ustaz,
Ana straight to the point,
Lepas akad nikah, undang2 telah menetapkan kita supaya melafazkan taklik kt isteri. antara kandungannya, kalo kita hilang dlm masa 4 bulan, jatuh talak.
so terjadi la kes suami menghilangkan diri tanpa berita selama 5 bulan. si isteri plak sabar menanti.
soalan.
1. bila suami balik semula, apakah status perkahwinan mereka?
JAWAPAN :
Bismillahi wal hamdulillah,
Lafaz taklik sebenarnya akan dikira sah melalui dua perkara utama :
1. Berlaku perkara yang dilafazkan sebagai taklik seperti : “Sekiranya saya meninggalkan isteri saya selama 4 bulan berturut-turut tanpa sebarang nafkah zahir dan batin”………..Iaitu berlakunya perbuatan meninggalkan isteri selama 4 bulan berturut-turut tanpa sebarang nafkah.
2. Isteri tidak redho dengan keadaan tersebut dan telah membuat pengaduan ke pejabat kadi dan apabila sabit perbuatan tersebut ( perbuatan meninggalkan isteri ) maka tertalaklah isteri tersebut dengan talak satu.
Berikut adalah contoh lafaz taklik negeri Selangor :
“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”
contoh lafaz taklik negeri Terengganu :
“Saya dengan sesungguhnya melafazkan bahawa tiap-tiap kali saya tidak bersekedudukan dengan isteri saya (nama isteri) bagi selama tempoh empat bulan dengan tidak putus-putus, sama ada saya meninggal akan dia atau dia meninggal saya dengan ikhtiar atau dengan terpaksa dan tatkala ia mengadu ia kepada kadi dan tatkala sabit pada sisinya di atas ketiadaan sekedudukan selama itu maka tertalaklah isteri saya (nama isteri) itu dengan satu talak.”
Kesimpulannya : Isteri akan tertalak dengan talak satu apabila si isteri membuat pengaduan.Sekiranya isteri tidak membuat pengaduan dan si isteri tetap setia menunggu kepulangan suaminya , maka pernikahan mereka tetap kekal walaupun telah melebihi 4 bulan.
Maka status pernikahan mereka itu adalah bergantung kepada situasi yang telah disebutkan di atas.
Ringkasnya :
1. Isteri tertalak dengan talak satu jika membuat pengaduan , dan kes tersebut sabit disisi mahkamah.Bila suami pulang selepas daripada itu , maka ianya hendaklah merujuk kembali sekiranya belum tamat ‘iddah.Sekiranya telah habis tempooh ‘iddah , diwajibkan bernikah kembali.
2. isteri masih sah sebagai isteri kepada suami yang menghilangka diri sekiranya isteri redho dan sabar menanti serta tidak membuat pengaduan walaupun telah melebihi tempoh yang disebut dalam teks taklik.
Perlu diingat , bahawa cerai secara taklik ini dibuat adalah bertujuan untuk memberikan pembelaan yang sewajarnya kepada isteri apabila berlaku keadaan si suami meninggalkan isteri tanpa sebarang nafkah dan rasa tanggungjawab.
WA
Asalamualaikum…
Bagaimana pula halnya jikalau pasangan suami isteri ini menikah secara adat kampung & tiada satupun dokumen yg menyatakan mereka menikah??
Dan selepas itu, suami telah meninggalkan isterinya lebih daripada 2 tahun tanpa nafkah zahir mahupun batin.
Adakah dari segi hukum Islam, isteri itu telah tertalak?? Adakah wanita itu boleh berkahwin lagi??
..even though suami yang remote ni dah bank-in duit, si isteri tak pakai pun (sebab dia kaya raya kan, and dia mintak cerai, suami tak nak lepas), apakah si suami masih di kira meninggalkan isteri tanpa sebarang nafkah dan rasa tanggungjawab.
salam..
saya mempunyai permasalahan berikut:
1.sudah tidak tinggal bersama suami sejak tahun 2007
2.mempunyai 2 orang anak perempuan, yang pertama tinggal bersama suami, yang kedua tinggal bersama saya
3.suami tidak memberi nafkah kepada saya dan anak kedua kami
4.suami pernah memukul saya
bolehkah saya memohon cerai secara taklik dan jika dibolehkan,bagaimana caranya untuk berbuat demikian?
Saya telah mendirikan rumah tangga pada bulan lepas, 2 hari lepas, ada pertengkaran antara kami dan saya telah melafazkan “Aku menyesal denganmu” tanpa niat untuk menceraikannya..
Adakah telah jatuh talaq terhadap perkara tersebut? Minta penjelasan…
Jika saudara tidak berniat untuk menceraikannya , maka talak tidak jatuh.Ini kerana lafaz tersebut adalah lafaz kinayah yang memerlukan kepada niat perkataan tersebut dilafazkan.Jika berniat cerai maka gugur talak satu , jika tidak berniat , maka tidak gugur.
WA
soalan pertama:
Assalamualaikum.. bagaimana ustaz, jika sama ucapan “abang menyesal kahwin dengan …..” di mana dalam hati kita betul2 menyesal tapi mungkin tak sampai nak ceraikan, adakah jatuh talak juga..
soalan kedua:
bagaimana pula dengan ucapan “kalau abang tahu perangai ….. macam ni sebelum kahwin, abang tak kan kahwin dengan ……..”
terima kasih ustaz, harap membantu..
Assalamualaikum…mohon maaf sebab lambat reply…
Secara mudahnya, lafaz cerai ni ada 2 jenis… Sorih dan Kinayah.
Sorih ni ialah lafaz yang jelas bunyinya dan memang membawa maksud cerai…seperti “Aku Ceraikan kau”….atau “Aku talak ko dengan talak satu”…. maka hukumnya jelas telah jatuh talak.
manakala lafaz kinayah ni ialah lafaz yang tidak jelas dan ia mesti dikaitkan dengan niat si pelafaz smada bermaksud cerai atau tidak…seperti “Aku lepaskan kau”…. “Ko pergilah balik rumah mak ko”…. “Aku tak nak tengok muka ko lagi” dan sebagainya..
Maka lafaz2 jenis kinayah ini termasuklah lafaz2 yang tuan nyatakan di atas, mestilah dikaitkan dengan niat si pelafaz tadi…. sekiranya ia bermaksud cerai, maka gugurlah talak satu….tapi,sekiranya ia tidak bermaksud cerai, maka talak tidak gugur…. Biasanya kes2 yang sebegini, hendaklah dibawa ke Mahkamah syariah sebagai tujuan pengesahan lafaz… Hakim akan bertanya kepada si pelafaz, adakah ia bermaksud cerai atau tidak…
harap dapat membantu …
Wa Allahu A’alam..
salam
bagaimana pula jika dlm tempoh 4 bulan@lebih, suami tidak memberi nafkah terhadap isteri, tetapi wakilnya menghulurkn bantuan kewangan khusus utk keperluan barangan anak yg bakal lahir sahaja. adakah isteri itu tertalak?
salam..sy ikut istri sy bertaklik klau sy bersms,emel dgn temen wanita sy jatuh talak xcakap pn talak berapa..sy cuma ikut main2 je tanpa niat setuju utk kta begitu…dan sy telah pn bersms beberapa kali..apakah status perkahwinan sy..tq
sambungan dari atas ..dengn bersms berkali2 begitu adakah talak sya telah jatuh kerkali2 jgk..tkasih
assalammualaikum
pada satu malam sy telah bertengkar dgn suami sy krn dia sering berhubungan dengan seorang perempuan melalui hpnya. dgn rasa marah, sy telah menyuruh suami sy berkata’klu ko pegang dan buka hp aku maka jatuhlah talak tiga’ barasaan marah sy telah memegang hpnya dan barulah sy taat dan x memegang hpnya lagi..suami pun melafaz.. dgn perasaan marah sy tlh pegang dan buka hpnya dan berkata jatuhlah talak 3 ke atas aku.. selepas itu suami berkata dia tiada niat tuk lafazkannya, cuma menurut sj kata sy. soalannya adakah jatuh talak ke atas sy? bgaimana dgn iddah sekiranya jatuh talak kerana sy mengandung 5 bulan..
wassalam
asalamualaikum..
saya ada beberapa pertanyaan
1- isteri meninggalkan saya tanpa keizinan saya dalam tempoh yg pnjng kemudian dia telah memohon notis penceraian mahkamah trhadap saya kemudian yg terbaru dia telah menarik blk semula permohonan cerai tersebut.
2- isteri ingin menggunakan cerai taklik dengan sengaja tidak bersekedudukan degan saya selama 4bulan biarpun saya telah cuba sedaya yg mungkin untuk bersekedudukan semula dengannya seperti memintanya pulang kepada saya tetapi dia enggan.
3- ketika saya berhajat ingin bersama dengan isteri tetapi isteri menyuruh saya berzina dengan perempuan lain sekiranya saya tidak boleh menahan nafsu shawat saya.
4- campur tangan abang isteri saya dalam hal rumah tangga saya seperti memukul saya dan membawaa rakan-rakannya dalam menyelesaikan hal rumah tangga saya.
apakah yang perlu saya lakukan dan apakah hukum-hukumnya sekiranya isteri saya berbuat demikian??
Assalamualaikum,
Saya ingin bertanya, isteri saya telah pergi meninggalkn rumah sejak Awal bulan Mei yg lalu bersama seorg lelaki.Saya telah meminta dia pulang ke rumah dan meninggalkn RM300 bsama kunci rumah di rumah makcik saya. Dia datang bersama lelaki tersebut mengambil wang dan kunci rumah tetapi tidak pulang. Sejak dari itu saya tidak meberi apa-apa nafkah lagi padanya. Sekarang dia pergi ke Pejabat Agama menuntut cerai taklik dari saya. Apakah ianya sah sedangkan saya pernah lafazkn taklik saya seperti di bawah di mana ada tatkala dia taatkan saya,tetapi sekarang dia tidak taat.
“Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya (nama isteri) selama empat bulan hijrah berturut-turut atau lebih dengan sengaja atau paksaan, dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh yang tersebut pada hal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada mahkamah syariah, dan apabila sabit aduannya di sisi mahkamah syariah, dan ia memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khuluk.”
salam
saya ingin mengajukan soalan berkenaan cerai taklik ,.,.berlaku pergaduhan antara saya dan suami,dan saya mintak cerai dgn suami saya ,sejak itu saya tidak tingal serumah lg dgn suami saya selame 4 bulan ,dan suami saya tidak menberi nafkah kpd saya ,cuma dia ade dtg melihat anak sahaja,.,. pada awal2 perpisahan kami, kluarga suami saya ade datang memberi pempers &susu ,.,. adakah boleh jatuh talak?
salam nk tny mslh sy dh lma sy pendam. Sbelum ni sy ada desak suami supaya lafazkn taklik krn dh xtahan suami suka menghina mak bpk saya. Sy tak mahu pulang kerumah dgn dia masa tu sebab dh trauma sgt2.Sy suruh dia janji bahawa “abg takkan hina mak abah lg, takkan kasari mama lagi, takkan toce mental mama lg dan abg takkan ambil tahu hal mak abah lg dan taknak cakap lg pasal mak abh, kalau abg langgar janji abg, jat0h talak!”. Sy cuma suruh dia janji 3 perkara je tp suami pandai2 tambah sendiri taknak ambil tau hal mak abh lg dan taknak ckp pasal mak abh lg.. Lpas lafaz tu dia bgtau sy, kalau lpas ni jd apa2, abg taknak rujuk lg dah. Tp dlm hati sy kata nk rujuk mcm mana dh talak 3. Dia dh langgar. Mcm ne tu?
Sekiranya si suami melafaz kan “aku menyesal kahwin dengan kau” adakah termaktub cerai?
assalamualaikum ustaz sy ada soalan dan ingin kepastian. saya telah berlaku pertengkaran dengan isteri sy. pada wktu itu isteri sy ingin keluar dari rumah. apabila berlaku perkara tersebut sy terpaksa melarang dengan mengugut dia agar tidak keluar dari rumah jika keluar jatuh talak. niat sy ketika itu tidak mahu sesuatu yg buruk boleh berlaku kerana dia tiada sedara mara. di sini. kami tinggal di sabah. semua sedara berada di semenanjung. pada keesokan harinya kami telah berbaik semula. tapi isteri sy ingin pergi ke kerja dan keluar dari rumah. adakah jatuh talak. semoga ustaz dapat memberi jawapan untuk kepastian sy dan isteri sya.
Assalamualaikum wmt..
Saya ingin bertanya beberapa soalan yang saya muskhil..
1.pada tahun lepas suami saya ada bertaklik “kalau awak melenting lagi jatuh talak 1”..dan dia juga ada berkata “kalau awak telefon dia (kekasih dia),saya cerai awak”…kadang-kadang rasa nk marah melenting jugak,,adakah jatuh talak?.
2. pada bulan 1 baru-baru ni, suami saya berkata “saya cerai awak talak 1” sebab dia kata saya melenting..beberapa hari selepas itu kami rujuk..Adakah lafaz dikira atau tak jika talak taklik dah jatuh?..
3. akhir bulan2 saya telefon ke perempuan tu,,suami saya tahu..suami saya telefon saya dan menceraikan saa dengan talak2…Adakah taklik sebelum cerai yang pertama kali dikira selepas kami rujuk..dan bagaimana dengan lafaz talak 2 itu?dikira @ tak?
saya keliru sekarang ni…penceraian kami dengan talak berapa sekarang ni?boleh dirujuk lagi ataupun dah tak boleh rujuk?
As-salam… Sy nak bertanya.. sy dan suami mmg tidak sefaham walau sebelum kahwin.. kami sudah berkahwin selama 6 bulan dan pernah ‘bersama’ sekali shj.. kami tinggal berasingan krn sy bekerja di kl dia di pahang.. dia pun tidak mencari sy di kl..hanya menghantar sms ugutan dan mengaibkan hal rumah tangga kami di facebook.. kami hanya ‘bersama’ hanya sekali di awal bulan januari 2014. Dan tidak ‘bersama’ hampir 5 bulan.. dan sudah 2 bulan tiada nafkah zahir di beri atas alasan ‘dlm masa 3 bulan di beri rm50 pon tak pa’.. jika sy pergi ke mahkamah syariah berdekatan..patutkah sy minta cerai taklik?