HUKUM PAKAI SELIPAR ATAS KUBUR

Boleh saya tahu , apakah hukum pakai selipar atas kubur?

JAWAPAN :

Berkaitan masalah memakai selipar di kawasan perkuburan, ana jumpa ada khilaf ulama. Ada kata makruh, ada kata harus, dan ada kata haram pada selipar jenis kulit. (Ibn Hazm).

بينما أنا أماشي رسول الله صلى الله عليه و سلم مر بقبور المشركين فقال لقد سبق هؤلاء خيرا كثيرا ثلاثا ثم مر بقبور المسلمين فقال لقد أدرك هؤلاء خيرا كثيرا وحانت من رسول الله صلى الله عليه و سلم نظرة فإذا رجل يمشي في القبور عليه نعلان فقال يا صاحب السبتيتين ويحك ألق سبتيتيك فنظر الرجل فلما عرف رسول الله صلى الله عليه و سلم خلعهما فرمى بهما

Hadis di atas membawa maksud , bahawa ketika mana Rasulullah saw melihat seseorang lelaki yang berjalan dikawasan perkuburan dengan memakai selipar / kasut yang dibuat daripada kulit lembu yang telah disamak. , Baginda memerintahkan agar dibuka / ditanggalkan kasut tersebut.Lelaki tersebut terus menanggalkannya dan membalingnya jauh.

(HR Ahmad : 224 , Abu Daud : 3230 , An-Nasaie : 964 , Ibnu Majah : 1568 dan al-Hakim 1/373.Az-Zahabi mensahihkannya.Begitu juga dengan Albani dalam Sahih Abu Daud )

Sebahagian ulama berdalilkan kepada hadis di atas dalam menetapkan hukum makruh memakai kasut / selipar di kawasan perkuburan.Manakala sebahagian yang lain hanya menetapkan kasut yang dibuat dari sebarang jenis kulit binatang yang disamak sebagaimana mafhum hadis tersebut.

WA

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: