HUKUM TABIR LELAKI DAN PEREMPUAN

19 May

salam..nak tnaya apakah hukum tabir antara lelaki dengan perempuan?tq

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Hukum tabir antara lelaki dan perempuan adalah berdasarkan kepada ayat al-Quran , surah al-Ahzab : 53 :

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِن وَرَاء حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ

Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri- isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir. Cara yang demikian itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.”

Asas kepada permasalahan ini ialah berkait rapat dengan hukum ikhtilat antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Maka tabir adalah diperlukan untuk membentuk satu ruangan khas bagi golongan wanita ketika bersolat, lebih-lebih lagi dalam keadaan saf lelaki dan perempuan yang terlalu dekat antara satu sama lain yang mana tabir tersebut boleh menjadi pemisah antara dua golongan serta berupaya mencegah daripada timbulnya segala macam fitnah dan perkara buruk yang mungkin akan berlaku walaupun ketika masing-masing datang ke masjid dengan niat dan tujuan untuk beribadah kepada Allah swt.

WA

Ruj :

Al-Ajwibah al-Nafi’ah ‘an al-Masail al-Waqi’ah , As-Syaikh Dr. Abd Rahman Abd Wahab.

One Response to “HUKUM TABIR LELAKI DAN PEREMPUAN”

  1. shaz 21/03/2009 at 8:52 pm #

    Salah satu isu yang timbul di kalangan umat islam di Australia ialah berkaitan dengan tabir di antara saf lelaki dan saf perempuan di masjid. Seorang perempuan islam mempertikaikan amalan ini dengan mengatakan amalan ini merupakan satu diskriminasi. Rentetan perkara ini, seorang Ulama yang jawatannya ketua majlis ulama mengakui bahawa perkara Tabir antara saf lelaki dan perempuan adalah tidak diamalkan di zaman Nabi. Oleh itu Sheikh tersebut akan berusaha untuk mengubah persepsi ulamak2 lain. Sebelum isu ini timbul pun sememangnya terdapat masjid yang tidak meletak tabir di antara saf lelaki dan saf perempuan (saf lelaki di depan, perempuan di belakang).
    Apa pendapat Tuan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: