Assalamualaikum…
Ustaz..betul ke kalau kita lupa ayat alquran yg kita dah hafal dosa?
JAWAPAN :
Al-hamdulillah , Al-jawab :
Ulama berbeza pendapat dalam menetapkan hukum berdosa atau tidak hafalan al-Quran yang dilupakan oleh penghafaznya.Ini kerana kebanyakan hujah dari hadis Rasulullah saw yang digunakan oleh sesetengah ulama untuk menghukumkan berdosa adalah terdiri dari riwayat yang dhoif , seperti hadis :
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ” ما من امرئ يقرأ القرآن ثم ينساه إلا لقي الله عز وجل أجذم “
Tiada siapa pun yang membaca Al-Quran kemudian melupakannya kecuali ia akan bertemu Allah SWT di hari kiamat dalam keadaan kerdil”
( HR Abu Daud ; Al-Munziri mengatakan di dalamnya terdapat perawi yang bernama Yazid Bin Abi Ziyad,yang mana hadithnya tidak dijadikan hujjah; dan dinilai Dhoif oleh Albani ; no 1474, hm 176)
Begitu juga dengan hadis dibawah ini :
“عرضت عليّ ذنوب أمتي فلم أر ذنباً أعظم من سورة من القرآن – أو أية – أوتيها رجل ثمّ نسيها“
“Dibukakankan kepadaku dosa-dosa umatku dan tidak aku lihat dosa yang lebih besar dari dosa seorang lelaki yang diberikan satu surah atau satu ayat dari al-Quran kemudian dia melupakannya”
( HR At-Tirmidzi, no 2840 ; Dinilai gharib oleh At-Tirmidzi sendiri , Manakala al-Munziri pula mengatakannya Dhoif kerana terdapat perawi yang bernama Abd Majid Bin Abd Aziz ; rujuk Tuhfatul Ahwazi)
Walaupun begitu , terdapat juga ulama-ulama yang menghukumkan berdosa jika melupakan hafalan al-Quran seperti Ar-Ruyani, Al-Qurtubi dan lain-lainnya.
Apa yang jelas ialah , seharusnya menjadi peringatan dan kewajiban kepada umat Islam agar menjaga bacaan al-Quran yang telah dihafal agar ianya tetap terpelihara utuh disanubari setiap umat Islam. Sesungguhnya Al-Quran dan As-Sunnah adalah panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian kita yang tidak boleh diabaikan sampai bila-bila..
WA
Leave a Reply