MAKAN DENGAN TANGAN KIRI

19 May

assalam mualaikum wrt…

ana nak tanya sikit pasal makan menggunakan tangan kiri ni, adakah dikira kita makan menggunakan tangan kiri kalau kita makan kedua-dua belah tangan, cthnya seperti makan buger yang mana kita menggunakan kedua2 belah tangan. atau pun yang dikira menggunakan tangan kiri itu jikalau kita menggunakan tangan kiri semata2…?dan apa dalil2 dan hukum nya?

baarakAllah hufik.

JAWAPAN :

Bismillahi wal hamdulillah ,

Dalil yang diguna pakai agar tidak makan atau minum dengan menggunakan tangan kiri ialah sebuah hadis daripada Ibnu Umar ra :

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ ، وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ ، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ ، وَيَشْرَبُ بِشِمَالِه

“Apabila kamu ingin makan , maka makanlah dengan tangan kanan dan apabila ingin minum , maka minumlah dengan tangan kanan.Sesungguhnya , syaitan makan dan minum dengan tangan kiri.”

(HR Imam Muslim : 2020)

Begitu juga dengan hadis daripada Jabir bin Abdullah ra :

لا تَأْكُلُوا بِالشِّمَالِ ؛ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِالشِّمَالِ

“Jangan kamu makan dengan tangan kiri , kerana sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri”

(HR Imam Muslim : 2019)

Kedua-dua hadis di atas menunjukkan kepada larangan daripada makan dan minum dengan tangan kiri.Apa yang dimaklumi ialah , Rasulullah saw melarang daripada makan dan minum dengan tangan kiri adalah kerana perbuatan tersebut merupakan salah satu daripada perbuatan syaitan , yang mana Islam menyuruh kita sentiasa menganggap syaitan itu adalah musuh nyata bagi umat Islam.Oleh yang demikian , mengikut segala ketetapan yang ditentukan oleh syarak melalui al-Quran dan Hadis Rasulullah saw adalah sesuatu yang amat digalakkan.

Seterusnya , tidak ada masalah untuk kita makan dan minum dengan kedua-dua belah tangan kita.Banyak terdapat hadis dan riwayat yang menyebutkan Rasulullah saw dan para sahabat mengguna pakai kedua-dua tangan ketika makan dan minum dalam sesetengah keadaan terutamanya ketika minum dengan menggunakan bekas yang besar , seperti mangkuk , baldi dan sebagainya seperti contoh :

1. HR Tirmizi no : 2477 (Dinilai sahih oleh Albani dalam Sahih Sunan Tirmizi) : Ketika mana Rasulullah saw memberikan sebuah bekas yang berisi susu untuk diberi minum kepada ahlu Sofah :

فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقَدَحَ فَوَضَعَهُ عَلَى يَدَيْه

“Rasulullah saw mengambil mangkuk (yang berisi susu) tersebut dan meletakkannya ke atas kedua tangannya ( tangan Abu Hurairah)”

Kemudiannya , Rasulullah saw menyuruh Abu Hurairah untuk minum susu yang didalam mangkuk tersebut.Apa yang difahami daripada hadis tersebut ialah Abu Hurairah minum dengan kedua-dua tangannya.

2. Hadis Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari : 1556 , dan Muslim : 2027 , berkenaan dengan bagaimana Rasulullah saw minum air zamzam dengan menggunakan baldi dan dalam keadaan berdiri.Hadis ini menunjukkan Rasulullah saw yang minum dengan menggunakan baldi sudah tentu akan menggunakan kedua-dua tangannya untuk mengangkat bekas berisi air zamzam itu yang besar.

3. Begitu juga dengan hadis riwayat Tirmizi 1892 dan Ibnu Majah 3423 yang dinilai Sahih oleh Albani dalam Sahih Tirmizi juga menceritakan Rasulullah saw minum dalam keadaan berdiri dengan mengangkat bekas berisi air dengan menggunakan kedua-dua belah tangannya.

4. Begitu juga dengan apa yang dinukilkan dari Imam an-nawawi dalam al-majmu’ : 1 / 316 :

لو شرب بكفيه وفي أصبعه خاتم فضة : لم يكره

“Sekiranya minum dengan kedua tanganya dan pada jarinya terdapat cincin yang diperbuat daripada perak , maka ianya tidak mengapa / tidak dibenci.”

WA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: