MENCINTAI ISTERI ORANG

Apa kah hukum menyimpan perasaan menyintai isteri orang ?


JAWAPAN :

Al-hamdulillah ,Al-Jawab :

Jawapan terbaik kepada persoalan saudara ialah : CINTA KEPADA YANG HALAL , ADALAH HALAL , DAN CINTA KEPADA YANG HARAM , ADALAH HARAM .

Cinta yang halal ialah cinta kepada isteri atau suami sendiri.Manakala yang haram ialah mencintai yang bukan hak dan kepunyaan kita iaitu isteri atau suami orang lain.Sesungguhnya perbuatan mencintai isteri atau suami orang lain adalah punca kepada keruntuhan dan kehancuran rumah tangga sesebuah keluarga , dan perbuatan tersebut amat dimurkai oleh Rasulullah saw sebagaimana dalam sebuah hadis :

ليس منا من خبب ( اي فسد ) إمـــرأة على زوجها

Bukan dikalangan kami (umat nabi Muhammad) orang yang merosakkan hubungan seorang isteri dengan suaminya”

(HR Abu Daud : 2175 dan dinilai SAHIH oleh As-Syaikh Al-Albani dalam “Sahih wa dho’if Sunan Abi Daud”)

Perlakuan suami mencintai isteri orang lain dan isteri mencintai suami orang lain adalah perbuatan yang telah lama berlaku , malah dirakamkan oleh Allah swt dalam al-Quran al-Karim.Kisahnya ialah bagaimana isteri seorang pembesar yang menyimpan perasaan cinta kepada orang lain yang bukan suaminya sehingga sanggup melakukan perbuatan yang diluar kewarasan akal fikiran.Wanita tersebut ialah isteri kepada Al-Aziz ( Gelaran bagi seorang Raja di Mesir ) yang mencintai Nabi Allah Yusof alaihissalam.( Surah Yusof ayat 23 – 35 )

Ketahuilah , sesungguhnya perbuatan mencintai isteri / suami orang lain adalah perbuatan keji yang datangnya dari godaan syaitan lantaran menuruti kehendak dan tuntutan nafsu syahwat yang tidak dibendung dengan iman dan taqwa kepada Allah swt.Rasulullah saw berpesan kepada umatnya agar sentiasa melawan hawa nafsu yang boleh menjerumuskan manusia kelembah dosa dan kehinaan sebagaimana sabdanya :

المهاجر من هجر ما نهى الله عنه والمجاهد من جاهد هـــواه

“Orang yang berhijrah ialah hijrah dari hal-hal yang dilarang oleh Allah swt dan orang yang berjuang itu ialah yang berjuang melawan hawa nafsunya.”

WA

60 thoughts on “MENCINTAI ISTERI ORANG

Add yours

  1. saya telah jatuh cinta dengan majikan saya..yang sudah berkahwin, saya juga sudah berkahwin. suami saya lelaki curang dan kaki pukul isteri, bersama majikan saya mula merasa bahagia cuba melupakan tapi tak mampu, dia difikiran selalu. biarlh semua ini menjadi takdir, jika salah simpatilah padaku yang mula merasa mencintai dan dicintai walau tidak memiliki.

    1. Assalamualaikum puan Zie

      Saya yang membaca masalah puan juga bersimpati dengan keadaan puan. Semoleknya, puan selesaikanlah dahulu masalah yang melanda rumah tangga puan. Bak kata ustaz al jawhar, masalah yang lama tak selesai, masalah baru yang timbul.

      Berusahalah seperti mana di awal puan ingin berusaha untuk membinanya dan sekuat itu juga puan harus mempertahankan. seperti sebuah masjid, kita dah pilih dah barang-barnag yang molek, mana nak tahu, sekali bila dan siap dibina, rupenya ada bahan tiruan yang menyebabkan masjid itu tidak stabil dan hampir runtuh. Dan seharusnya pembuat masjid itu haruslah memperbaikinya kerana membaiki masjid yang sedia ada memamakn masa sekejap berbanding cuba untuk membina masjid yang baru, harus bermula dari awal dan memakan masa yang lama.

      Di dalam hidup ini, tidak semuanya yang indah adalah milik kita. Barangkali yang indah di pandangan kita itulah tidak elok di pandangan Tuhan. Jika ujian itu ditmpuh dengan sebaiknya, pasti Allah memberikan ganjaran yang indah pada puan.

      Saya mendoakan agar Tuhan membuka jalan agar puan dapat menilainya dari sudut pandangan agama. Selesaikanlah dahulu masalah yang sedia ada, dan kemudia barulah melangkah setapak lagi…

    2. salam…

      yang baik datangnya daripada ALlah SWT dan yang buruk adalah kerana diri kita sendiri…kenapa perlu mengatakan takdir…KECUALI kita sudah berusaha sehingga ke titisan darah…..yang boleh mengubah diri kita adalah diri kita.ALlah itu tidak zalim….Berusahalah dan yakin kepada ALlah dan Yakin kepada diri anda sendiri…..

  2. mencintai suami orang bermula dan punca dari suami ku yang jahat. tidak menghargai aku sebagai isteri dan perlakukan aku seperti boneka.kecurangan suami ku yang menemukan aku denga lelaki yang juga suami orang… memanglah suami orang ni prihatin dan penyayang dengan perempuan luar, seperti itu juga aku diperlakukan suami orang itu…apatah lagi akhirnya aku jatuh cinta. aku sanggup lakukan ini kerana suamiku ternyata tidak mau berubah. punya simpanan yang juga telah punya anak luar nikahnya…hatiku pedih makin buat aku menyerahkan perasaan cinta itu pada lelaki lain.jadi aku juga faham dia, seboleh nya menjaga hubungan kami agar isterinya tidak menjadi penghalang. kita hanya kongsi kasih sayang bukan ikatan.

    1. Puan MIN dan ZIE , mencari jalan penyelesaian berlandaskan hawa nafsu adalah satu perbuatan yang dilarang dan haram disisi Islam.Tidak salah jika seorang perempuan yang belum berkahwin bercinta dan berkahwin dengan suami orang lantaran hukum Islam yang membenarkan poligami.Apa yang diharamkan ialah apabila seorang isteri yang belum bercerai dengan suaminya berlaku curang bercinta dengan lelaki.

      Maka apabila ini dilakukan…..tidak ada sebarang penyelesaian pun yang akan berlaku melainkan mencipta masalah baru…..

      WA

      1. Salam,Ustaz..
        Walaupun entry ni dh lama, sy ingin memohon nasihat ustaz. Saya buntu dan tak tahu nak mengadu dengan siapa masalah yg saya hadapi ini dan apakah yg perlu saya lakukan.

        Ustaz, masalah saya ialah ibu saya telah berjumpa kembali dengan bekas kekasihnya yang terpisah 30 tahun lalu. Setelah berjumpa semula dgn kekasihnya yang juga suami beranak 7, hubungan mereka makin intim. Hubungan yg dimaksudkan ialah mereka saling menelefon (1 jam sehari)dan bersms,bak pasangan kekasih.

        Saya sgt sedih melihat ibu yg berkelakuan begitu dan saya telah beberapa kali menasihatkannya, malah dia marah pula pada saya. Ibu menangis mengenangkan nasibnya mendapat suami (ayah saya) yang curang dan merana selama ini dan kembali gembira bila ada seseorang yg menggembirakan hatinya.

        Bila saya menegur ibu, katanya, dia tidak mempunyai apa2 hubungan, cuma telefon dan bersembang shj. Saya berasa sgt sedih kerana selama ini ayah saya yang buat hal, kini pula ibu yg buat hal. Buntu sy jadinya,ustaz. Kecurangan ibu sy ini saya rahsiakan, bimbang jika diketahui ayah.

        Ustaz, sy mohon nasihat, apakah yg perlu saya lakukan??

    2. salam..
      apa yang menimpa diri kita ada hikmahnya..apabila kita bertemu dengan situasi yang sama..maknanya apa? Allah tidak mahu kita mencontohi perbuatan tersebut..hati kita pedih…bagaimana pula hati wanita yang senasib dengan kita? pedih juga bukan? semuanya ada hikmahnya..hidup ini penuh dengan ujian…ujian yang sukar…kerana itu ganjarannya adalah Syurga..jika mudah ujiannya…jadi syurga itu hanyalah ganjaran kecil….

      berkorban dan tunduk diri kita kepada Allah SWT..jika kita mampu meletakkan diri kita dengan kesulitan orang lain..memahaminya…insyaALlah….Allah akan memberikan kita yang lebih baik daripada apa yang kita sangkakan….

    3. Asalam…harap min bersabar,sebenarnya min sedang di uji,tidak semua impian mesti kita capai tanpa pengorbanan. Percayalah Tuhan tidak sesekali menzalimi hambanya. Saya tertarik dengan kata2 min “memanglah suami orang ni prihatin dan penyayang dengan perempuan luar”. Min perasan tak…secara tidak sengaja lelaki tu berbuat baik bukan pada tempatnya,dia mengambil kesempatan keatas jiwa yang sedang sakit. Min masih lagi status isteri orang…membuat baik/berhubung dengan niat merobohkan rumahtangga orang adalah besar dosanya. Dia nampak baik di mata puan tetapi paling keji dari pandangan agama.

  3. saya ada sepupu sebaya saya,dulu dia tinggal dengan makcik di seremban lama juga.sekarang dah pidah ke perak,sepupu saya tinggal bilik sewa dengan saya.makcik saya dah kahwain mempunyai 4orang anak.masa di seremban makcik saya keja dan balik jauh malam.pakcik pulak keja tapi balik awal le dan jaga anaknya.bila dah duduk gan saya,bila mandi saya buka hp sepupu saya.amat terkerjut sepupu saya bercinta dengan bapak saudaranya.sekarang saya tak tau macamana nak selamatkan rumahtangga makcik saya.makcik daya tak tau hubungan mereka ni.sekarang saya dah nak kahwin,saya tak mau sepupu ikuttinggal dengan saya nanti suami saya pun dia goda.apa harus saya buat.

    1. Assalamualaikum.

      Ringkasnya , cara terbaik ialah dengan berterus terang kepada sepupu saudari tentang perkara ini.

      Cara lain ialah dengan berbincang dengan ibu dan bapa kepada sepupu saudari tersebut dan minta mereka menyelesaikan masalah tersebut tanpa perlu memberitahu kepada makcik saudaranya dan suaminya demi untuk mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

      Saudari hendaklah mencari alasan yang kukuh dan munasabah agar sepupu saudari itu tidak ikut sama tinggal bersama2 dengan saudari selepas berkahwin nanti sebagai langkah berhati-hati…WA

      1. Assalamulaikum Ustaz

        Saya mohon untuk mendapat pandangan ustaz mengenai masalah saya ini. Saya telah berkhawin dan berusia di awal 40 an. Saya telah mendirikan rumah tangga hampir 20 tahun. Masalah saya ustaz suami saya mempunyai masalah kesihatan dan hubungan batin kami memang sangat bermasalah lebih dari lima tahun. Pada awalnya memang saya sangat menderita kerana masih muda …kami sering bertengkar kerana masalah itu. Tetapi lama kelamaan sya sudah menjadi terbiasa dengan keadaan itu iaitu perkhawinan tanpa atau terlalu kurang seks. Saya cuba memujuk hati saya untuk menerima dirinya seadanya walaupun kadang kala batin saya sangat tersiksa. Saya cuba menyibukkan diri dengan menyambung pengajian kedoktoran. Suami saya seorang yang sangat baik, bertanggung jawab tetapi beliau mempunyai masalah kewangan dan lemah tenaga batin. Saya masih sayang pada nya walaupun semakin berkurangan. Kami pernah berbincang dari hati ke hati dan beliau sanggup melepaskan saya kerana kasihan kan saya. Beliau berkali2 mengatakan kepada saya jika saya hendak meninggalkan dirinya dia redha kerana dia tidak mampu menunaikan tanggung jawabnya sebagai suami.Tetapi saya kasihankan dia dan juga anak2 jadi saya masih bertahan dan sanggup berkorban.

        Saya sering menyibukkan diri dengan aktiviti2 dakwah di facebook. Dan di sinilah masalahnya bermula. Di sini saya telah berkongsi pandangan dengan berbagai masyarakat di seluruh dunia tentang isu permasalahan umat Islam terutamanya isu di Palestin. di sini saya bertemu dengan seorang pelajar dari university luar negara dan sering berbincang dengan saya dan bertanya mengenai pelbagai isu. Mula2 nya saya tiada apa2 perasaaan padanya kerana usianya jauh lebih muda daripada saya iaitu 20 tahun. Saya akui wajahnya sungguh tampan (muslim) dan pernah kawan2 saya melihat nya di facebook saya terkejut melihat wajah pelajar tersebut. Baru2 ini beliau ada memberi gambaran bahawa beliau sudah jatuh hati pada saya . Saya juga memaklumkan saya sudah berkhawin dan mempunyai 4 orang anak. Dia mengakui dan cuba menjauhkan diri daripada saya. tetapi malangnya gagal. Saya juga mula menyukai lelaki tersebut tetapi saya sering memuhasabahkan diri saya dan menasihatinya yang saya boleh di anggap ibu kepadanya.Saya sering bangun solat tahajud, taubat hampir setiap malam untuk mengadu pada Allah perasaan yang sedang saya hadapi ini. . Pada mulanya beliau berjaya mengatasi perasaannya itu tetapi hanya seketika. Saya sedaya upaya menyedarkan diri saya bahawa tidak mungkin saya akan meninggalkan suami saya kerana sedikit sebanayk hati saya sudah mula menyukainya. Suami saya sering berkata beliau bersedia jika saya meninggalakannya.

        Mohon ustaz memberi pandangan dan nasihat kepada saya.Saya sangat kasihan kan suami dan anak2 saya. tetapi bagaimana dengan diri saya ?? saya sangat dilemma ustaz
        Terima kasih

        Puan Nymy

      2. Assalamualaikum Puan..

        Apa yang boleh saya kongsikan ialah… Sebenarnya Puan tidaklah kekurangan nafkah batin dari suami…buktinya Puan dan suami telah mampu mempunyai 4 orang anak… ini bermakna suami puan masih boleh diubati..bukan seperti sesetengah pasangan yang langsung tidak merasa nafkah batin kerana penyakit yang lebih teruk seperti mati pucuk , siflis dan sebagainya…

        Puan, kadang-kadang manusia lupa akan tanggungjawab sebenar mereka atas muka bumi ini…. Nasihat saya, hentikan terus hubungan dengan pelajar terbabit…. kena usaha bersungguh2…mujahadah..sebab nak lawan hasutan dan godaan syaitan… Akhirnya , artikel terbaru saya ni mungkin boleh membantu :

        https://aljawhar.wordpress.com/2014/09/23/al-istiaazah/

        Wa Allahu A’alam.

  4. Assalammualaikum..

    Saya sudah berkahwin dan mempunyai anak 1tahun..masalahnya saya mencintai orang lain sejak di awal perkahwinan lagi..buat pengetahuan pihak anda, saya masih lg menuntut di IPTA untuk menghabiskan Ijazah, masalahnya saya menyukai lelaki tersenut sejat di pra u lagi dan apabila tiba di Universiti baru kami tahu yang kami saling menyukai satu sama lain.,.tetapi sedangkan waktu itu saya sudah berkahwin..Saya juga mennyintai suami saya tapi bagi saya teman saya itu lebih memahami diri saya, dan kerana dialah kini saya lebih mudah menjadi sabar dan tidak lalai dengan kewajipan sola..bila kami keluar dia selalu mengingatkan untuk pergi bersolat apabila masuk waktu..di sebaliknya pula suami saya tidaklah seperti dia dan saya yang kadangkala terpakasa mengingatkan dia untuk tidak lewat bersolat..Bersama teman saya itu saya rasa lebih selamat kerana kehidupan dan pendirian dia yang lebih teratur.

    saya berkahwin dengan suami tidaksampai setahun perkenalan, tidak saya sangka dia seoarang yang menongkong dan sya tahu sya bukan ciri2 wanita yang dicari kerana agak kasar..
    Dengan kerjayanya yang selalu merantau menyebabkan saya rasa keseorangan walaupun sudah berkawin..
    saya berkahwin kerana berasa kecewa setelah kematian ayah saya, ibu saya berkahwin lain dan jarang pulang ke rumah..saya tiada tempat bergantung dan m=berharap perkahwinan akan mengubah kehidupan saya tetapi sama juga kerap di tinggalkan walaupun sebelum berkahwin dia sudah berjajnji untuk mencari kerja yang sempurna..

    Salahkah pilihan teman hidup saya ini, dan saya tahu berdosa mencintai org lain..
    tapi jauh disusut hati sya yakin teman saya itu mampu membimbing saya jika kami di takdirkan hidup bersama..

    Harap dapat Mm=embantu..terima Kasih..

    1. salam,
      setiap permasalahan ada penyelesaiannya ….dan dalam rumahtangga perlu kepada keterbukaan….pertama sekali..berterus terang dengan suami..selesaikan permasalahan dengan baik..kerana hakikatnya dia masih suami puan….setiap orang ada baik dan buruknya..jangan membuat penilaian yang terlalu awal…terhadap orang yang kita cintai terutama orang yang belum pernah kita tinggal bersama…beri peluang kepada diri Puan dengan meluahkan rasa kepada suami puan dan berilah suami Puan peluang untuk mengetahui rasa hati Puan…jika masing2 masih ada hati..rebutlah peluang yang ada..tetapi jika masing2 membawa haluan masing2..maka buatlah keputusan dengan tenang…

  5. puan,

    adalah tidak wajar ouan membuat perhitungan hidup berlandaskan emosi dan rasa cinta serta berahi semata-mata.

    benar, cinta kepada manusia ini terlalu abstrak sehinggakan mengaburi peranan hidup kita sebagai khalifah di muka bumi. ingatlah, hidup sebagai isteri bukan bermakna sekadar melempiaskan nafsu serakah semata-mata dengan suami namun puan juga merupakan ‘tugu’ maruah suami puan.

    puan, adalah tidak manis menerusi rasa cinta terhadap seorang individu lain..

    ingatlah bahawa perbuatan puan ini boleh adalah menghampiri zina dan ia adalah berdosa besar..

  6. Assalamualaikum…

    Saya seorang lelaki bujang (25tahun). Saya menghadapi ujian yg sgt besar dlm kehidupan saya iaitu perasaan kasih dan cinta yg mendalam terhadap seorang wanita yg sudah bersuami dan mempunyai 2 orang anak dan usianya 3 tahun lebih tua dari saya. Namun saya tak mampu berbuat ape-ape kerana ianya menjadi kesalahan dalam agama mencintai wanita yg sudah berkahwin. Sudah hampir setahun perasaan ini terpendam atas sebab saya seorang yg taat pada agama dan tahu ianya tak sepatutunye hadir dalam kehidupan saya. Sehingga kini masih tidak mampu melupakan die. Saya telah banyak kali berusaha untuk mengelak dan selalu berdoa agar Allah menunjukkan jalan keluar. Namun hati masih kekal dgn perasaan yg sama kerana die adalah wanita yg mempunyai ciri-ciri yg menjadi keinginan saya untuk dijadikan isteri. Malah banyak kali berlaku perkara-perkara pertembungan antara saya dengan die (kebetulan) itu pun atas kehendak Allah taala. Saya tak dapat elak. Sehingga orang melihat perwatakan dan sifat saya dgn die orang menyangka saya dan die adalah suami isteri. Ini menjadikan saya lebih risau dgn keadaan ini. Semoga ruangan ini dapat membantu saya keluar dari keadaan dan perasaan ini…

    1. Aslm, saya amat fham perasaan tuan, tidak ada cara lain bg insan yg mncintai tp juga ingin ptuh pd ajaran agama dn masih ingat dosa pahala selain drpd perbnykkn ibadah, cuba jauhkan diri dr dia walaupn ia amat berat, kalau boleh tukarlah tmpt kerja. Saya tahu perasaan tuan amt mndalam tp itulah cara terbaik. Cubelak bersama dia dn mnta pertolongan Allah dgnsebulat hti. Ingatlah bhw Allah mndengar rintihan hambaNya, Jk memang jodoh tuan dgn dia, suatu hri nanti pasti dia akanjd milik tuan

  7. Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

    Saya berumur 27 tahun mempunyai anak dan telah berumahtangga selama 9 tahun.Suami saya berumur 43 tahun.Pada ketika ini saya menghadapi ujian yang begitu berat untuk diri saya.Saya hanyalah wanita biasa yang mengimpikan seorang suami yang taat kepada perintah Allah dan membimbing keluarga ke jalan yang diredhai olehNya.Namun setelah berkahwin barulah terbongkar segala sifat-sifat sebenar suami saya. Suami saya seorang kaki judi dan jarang melaksanakan ibadah solat.Selama saya berkahwin saya begitu mengharapkan dapat bersolat berjamaah bersama-sama suami dan anak2 namun sehingga hari ini perkara tersebut belum pernah terjadi.Setiap malam dia akan keluar dan balik pada jam 1 atau 2 pagi.Tanpa disengaja saya telah berkenalan dengan seorang arab dari Mesir melalui internet..dia seorang duda dan berumur 42 tahun..dari seorang kwan biasa lama-lama hati saya tertarik terhadapnya..dialah tempat saya meluahkan perasaan…bukan kerana paras rupa ataupun harta saya tertarik kepadanya kerana dia seorang yng begitu mementingkan urusan solatnya…walaupun ketika sedang berchatting bila masuk waktu solat dia akan terus tinggalkan dan pergi solat..itu yang membuat saya betul2 jatuh cinta terhadapnya…saya tidak bertepuk sebelah tangan kerana dia pun mempunyai perasaan yang sama terhadap saya..Namun dalam pada itu saya sedar yang saya merupakan seorang isteri dan tidak patut mempunyai perasan yang sedemikian…dia juga tahu yang saya merupakan isteri orang…

    Baru-baru ini dia telah pergi ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah dan ketika berada disana dia telah bermimpi bertemu saya dan memberikan saya hadiah sepasang baju dari Mekah…saya tidak tahu apakah makna disebalik mimpinya padahal sebelum ini dia tidak pernah mimpikan saya..

    Sejak kembali dari Mekah dia menjadi seorang yang lebih baik dan ini membuatkan saya semakin sayang terhadapnya..Saya telah berusaha untuk melupakannya namun semakin kuat ingatan saya terhadapnya…

    saya sedar siapa diri saya dan saya tidak patut terus hanyut dalam perasaan ini…apakah hikmah sebalik semua ini…mengenalinya membuatkan saya menjadi insan yang lebih baik dan memberi saya semangat untuk hidup…Namun saya harus melupakannya dan itulah perkara yang amat susah untuk saya lakukan dan begitu menyiksa jiwa saya…saya hanya dapat beristighfar bila mengingatinya..
    Ya Ustaz tolonglah apa yang perlu saya lakukan…saya betul2 buntu

    1. Saudari Lily,

      Nasihat sy kepoada saudari, jangan mudah percaya pada lelaki asing. banyak kes sekarang ni wanita mangsa penipuan internet. Saya harap saudari tidak termasuk dalam golongan mangsa tersebut. sekian, terima kasih.

  8. Isteri saya suka kat laki orang dan sebaliknya. bermula dengan blog soSIAL. Saya terbuka emailnya secara tak sengaja dan ternampak deretan email berbaur lucah dan cinta-cintun. cerita bilik pun diceritakan pada jantan keparat tu. saya harap allah melaknat beliau. sampai mati saya takkan maafi jantan itu.

    dirumah dia adalah isteri yang baik. anak2 bahagia. dialam maya, dia bak syaitan yang meruntuhkan rumah/masjid sendiri. sembahayang tak tinggal…megitu juga ngaji quran.

    hati saya dicarik…saya dalam dilema…saya rapat dengan surau/masjid…tetapi allah menguji saya dengan isteri yang bersikap cemar.

    dia insaf…nagis bagai nak RAK….taktau la pulak hatinya. harap ustaz komen.

  9. salam…
    saya adalah seorang anak gadis yang dalam kerungsingan…sedang saya mencari pengalaman untuk mengenal kehidupan saya menemui dan ditetapkan untuk berkerja di sebuah kedai di kawasan rumah saya maka itu…majikan saya telah menaruh hati terhadap saya..sedang saya tahu bahawa mencintai lelaki atau suami orang itu adalah haram dalam agama islam.Namun,apakah yang harus saya lakukan……….

    1. Salam saudari….

      Mencintai suami orang tidak haram dalam Islam….Ini kerana Islam membolehkan seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang….Mungkin saudari keliru , kerana yang sebenarnya diharamkan ialah seorang isteri yang masih sah sebagai isteri mencintai orang lain yang bukan suaminya….

      Maka dalam hal ini , terpulanglah kepada saudari samada rela untuk hidup bermadu atau mahu mencari lelaki lain yang bukan suami orang….

      Tepuk dada tanyalah Iman…..Apa yang penting ialah jangan terjebak kepada perbuatan maksiat yang dilarang dalam agama….

      WA

  10. Salam Ustaz,
    Saya ingin bertanya….saya bercinta dengan suami orang…awal perkenalan…mati-matian saya fikirkan dia bujang….tp sebenarnya tidak..setelah setahun bercinta…baru saya tau dia masih suami org dari sumber yang boleh di percayai…yang hairannya…tidak pernah ada pmpn bersamanya….saya minta penjelasannya….dia berterusterang memang dia masih suami org…tp dah 4 tahun xda nafkah zahir dan batin…isteri dia ni di nikahi 2006 dan punya seorg anak…d awal perkahwinan isterinya dah tunjuk curang seorg isteri …di mana berjumpa dengan bekas kekasih d depan suami sah….dan si suami hanya mampu duduk menunggu dan terus menunggu perjumpaan sepasang bekas kekasih….
    Si suami cukup tersiksa hingga dia memberi pilihan utk si isteri.Si isteri memohon cerai tak;lik…tp tiba2 mengandung….xjadi cerai…tp perangai si isteri yang sumpah seranah suami masih sehingga kini…Tidak ada kemanisan dalam rumahtangga…si suami memang berhasrat menceraikannya…tapi si isteri menarik balik cerai taklik…4 tahun yang lalu n hanging sampai sekarang….sumpah seranah umpama makanan harian …..jadi saya dia inginkan sebagai seorg isteri….sekali gus utk mematahkan hati si isteri utk melepaskannya….is isteri xnak melepaskan nya dgn ugutan yang boleh menggugat masa depan si suami dan ugut akan bunuh anak mereka…si suami akur….tidak dapat berbuat apa2…..Ustaz….apakah jalan penyelesaian utk semua ini??adakah saya pemusnah rumahtangga org??adakah saya kaum yang hina??

  11. berkata aljawhar, “Mencintai suami orang tidak haram dalam Islam….Ini kerana Islam membolehkan seorang lelaki berkahwin lebih daripada seorang….Mungkin saudari keliru , kerana yang sebenarnya diharamkan ialah seorang isteri yang masih sah sebagai isteri mencintai orang lain yang bukan suaminya….”

    Pandangan saya, mencintai suami orang adalah HARAM dlm Islam melainkan sudah bergelar isteri baru dihalalkan. selagi dia suami orang, selagi itulah haram kedudukannya. Harap dpt dibetulkan kenyataan ustaz tu.

    1. Jangan keliru antara :

      Rasanya enta ‘tersalah’ dalam memahami kenyataan ana.

      Jangan terkeliru antara :

      1) Isteri orang yang masih sah sebagai isteri mencintai orang lain yang bukan suaminya yang mana seorang isteri tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain selagi mana ia masih bergelar isteri.

      dengan

      2) Perempuan yang belum berkahwin (bujang) mencintai suami orang yang mana lelaki / suami tersebut dihalalkan/dibolehkan untuk berkahwin lebih daripada seorang.Maknanya jika betul hubungan mereka maka mereka boleh berkahwin.

      Maknanya , si perempuan bujang tadi boleh bercinta dengan suami / lelaki tersebut dengan perhubungan yang tidak melanggar batasan syarak..Kemudian apabila sudah mencapai kata sepakat , maka pernikahan pun dilaksanakan antara mereka berdua dan jadilah perempuan bujang tadi isteri yang ke 2…

      Cuba faham betul2…..

      WA

      1. mungkin fekahnya sah sikap begitu. Tetapi bagi orang yang menjaga dosa, dalam hatinya terdetik mencintai suami orang dikira terjebak dalam dosa hati. Hanya orang beriman cinta boleh disuburkan setelah berkahwin.

  12. salam..bagi mereka khasnya perempuan yg mudah terpedaya dan terjebak dengan cinta terlarang yg boleh menimbulkan masalah dan kegusaran hati, eloklah dijauhkan pergaulan bebas..suka berkenal-kenalan, bermanje-manje..nti bagi org yg jadi suami, akan terpaut hati kerana kononya isterinya dh tk romantik dan tk manje, dia akan pasang umpan supaya perempuan yg diminati itu jatuh cinta. kira x bertepuk sebelah tanganlah..sekarang bertepuk dgn kedua2 belah tangan..berjayanya syaithan memperdaya..bila terjebak, syaithan tadi lepas tangan, sebab itulah kadang2 rasa menyesal bila terlanjur atau dtg masalah bila diketahui isteri suami itu…syaithan akan bersorak kerana telah berjaya menggoda..
    Oleh itu eloklah jauhi pergaulan bebas dan melayari dan bersosial dalam lama web sosial spt facebook, twitter dll.
    Taatilah Allah nescaya Allah peliahara kamu drpd berlaku kecahatan dan dosa.

  13. kdg2 masalah ini juga berlaku pada muslimah yg bertudung litup dan kuat ibadah, lahirnya taat pada suami. tetapi dibelakang curang dan berzina hati…mungkin disebabkan dia terasa sunyi kerana suami sebok bekerja dan berusrah tanpa ambil berat apa yg berlaku pd isteri. Jgn salahkn isteri sahaja, suami juga kena ambil peranan dan tanye apa sebab berlaku isteri curang..tentu ada sebabnya..mungkin sebab kurang layanan sex, mungkin x pernah bermanje-manje kerana kepenatan mengurus anak2 yang masih kecil..Ketahuilah suami, isteri masuk neraka, suami akan dipertanggungjawabkn walaupun suami ahli ibadah dan kuat berjuang namun belum tentu selamat kalau belum berjaya mendidik anak dan isteri…

  14. hamba SEDIH HATI kerana melihat watak manusia zaman ini tidak kira lelaki dan perempuan Islam, mudahnya terjebak dengan zina drpd kejahatan2 lain. Ini berpunca rapuhnya Iman di dada. Bagi yg agak kuat iman dgn kuat ibadah pun terjebak sebab tidak faham konsep iman tadi. Kdg2 tak kenal langsung siapa sebenar Allah itu? hingga dirasakan adanya Allah atau xde, tidak kisah pun dalam hidupnya…buktinya, mana lebih terkesan dihati dgn menyebut harimau dgn Allah. tentu lebih takut harimau dgn Allah. Kalau disebut cawan dgn Allah..rasanya sama sahaja..sebab itulah mereka lebih mudah terpedaya dengan syaithan drpd mudah terpengaruh dgn Allah.

  15. Salam,Ustaz..

    Walaupun entry ni dh lama, sy ingin memohon nasihat ustaz. Saya buntu dan tak tahu nak mengadu dengan siapa masalah yg saya hadapi ini dan apakah yg perlu saya lakukan.

    Ustaz, masalah saya ialah ibu saya telah berjumpa kembali dengan bekas kekasihnya yang terpisah 30 tahun lalu. Setelah berjumpa semula dgn kekasihnya yang juga suami beranak 7, hubungan mereka makin intim. Hubungan yg dimaksudkan ialah mereka saling menelefon (1 jam sehari)dan bersms,bak pasangan kekasih.

    Saya sgt sedih melihat ibu yg berkelakuan begitu dan saya telah beberapa kali menasihatkannya, malah dia marah pula pada saya. Ibu menangis mengenangkan nasibnya mendapat suami (ayah saya) yang curang dan merana selama ini dan kembali gembira bila ada seseorang yg menggembirakan hatinya.

    Bila saya menegur ibu, katanya, dia tidak mempunyai apa2 hubungan, cuma telefon dan bersembang shj. Saya berasa sgt sedih kerana selama ini ayah saya yang buat hal, kini pula ibu yg buat hal. Buntu sy jadinya,ustaz. Kecurangan ibu sy ini saya rahsiakan, bimbang jika diketahui ayah.

    Ustaz, saya merayu pada ustz, mohon ustaz tunjuk kan jalan pada saya mengatasi masalah ini.

  16. assamualaikum?saya ingin berkongsi cerita tetang dari saya bersama isteri,saya dah berkahwin selama 16 thn dan dikurniakan 3 org cahaya mata,isteri saya seorg surirumah,apa yg membuat saya btl2 sakit hati ialah selepas dia bermain dgn fb dia jumpa dgn kekasih lama yg skrg dia nk mengahwini lelaki itu,dia mintak saya lepaskan nya…apa yg saya perlu laku skrg ni?saya rasa mmg x guna lah saya selama mencintai nya selama 16 thn ni..

  17. Salam Ustaz,

    Saya amat kecewa terhadapat isteri saya yang telah saya kahwini selama 20 tahun. Beliau telah berjumpa semula dengan kekasihnya melalui Facebook dan telah memadu asmara. Beliau sekarang kecewa dan lelaki tersebut telah menghilangkan diri setelah saya mendapat tahu mengenainya.

    Ustaz,
    Dalam doa saya setelah solat saya sering mengatakan, “Ya Allah bagaimana aku telah disatukan dengan isteriku di dunia ini dan berbaiah melalui ijab kabul, maka kau satukanlah kami di akhirat nanti sebagai suami isteri bersama anak-anak kami dan dapat berjiran dengan Nabi Muhammad S.A.W.” Soalan saya ialah adakah saya akan berjumpa dengan isteri saya lagi sedangkan dia mencintai orang lain? Adakah doa saya itu doa yang baik? Saya amat terganggu dan kadang-kadang saya rasa saya tidak sepatutnya mencintainya kerana dia sayang kepada orang lain dan masih berharap untuk bersama dengan orang tersebut.

  18. salam,bagaimana pelajar mencintai gurunya sendiri.Sdangkan gurunya itu sudah berkahwin.saya adalah pelajar tersebut yang telah mencintai guru saya,tetapi beliau tidak mengetahui akan hal ini.hampir 4 tahun saya tidak boleh melupakannya.saya sudah berusaha untuk melupakannya tetapi payah buat saya.apakh cara2 untok saya melupakannya?

  19. Assalamualaikum.
    saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang persoalan ni. saya juga merasakan hal sedemikian. isteri orang ini mencintai suami ku. ia malah menceritakan hal rumahtangganya kepada suami ku dan rakan2 sepejabatnya. perempuan itu meraih simpati suamiku. suami seorang yang peramah dan bersimpati akan masalah orang lain. perempuan itu juga membangga2kn dan menceritakn kepada rakan2 termasuk suami ku bahawa anak sulungnya adalah anak luar nikah. dulu suami ku selalu cerita apa yang berlaku dipejabatnya dan setiap hari ia akan sebut nama perempuan itu sebab itu saya tahu perempuan ini ada anak luar nikah. selain itu perempuan itu juga ada memberitahu suamiku bahawa suami perempuan itu tidak menyukainya dan jarang sekali menyentuh dirinya serta bila suami berkehendak baru disentuh. bukankah ini berdosa menceritakan hal dalam bilik tidur kepada orang lain? setiap pagi perempuan itu missed call suami untuk membangunkan suami saya tidur. setiap kali mobile suami berbunyi, suami selalu menutup n mengelak dari saya. rasa tidak tahan dan bertanya kepada suami. suami memberi tahu kawan lelakinya, dan bila saya paksa, menangis dan bersumpah baru ia memberi tahu itu perempuan yang bernama ‘S’. saya terasa dikhianati, terluka dan sakit hati. sekarang saya hanya minta pertolongan dari Allah SWT. selain itu saya meminta Tuan untuk menjelaskannya lebih lanjut supaya saya dapat melihatkan kepada suami saya. saya tidak mahu suami saya berdosa kerana perbuatan c ‘S’ ini. saya mahu menjaga nama baik suami saya.

  20. Saudari SEDIH HATI…
    Berbahaslah dengan iman. Jangan terlalu ikut hati yang sedih itu. Fahami kata-kata ustaz tadi dengan bijaksana. Saya percaya saudari Sedih Hati banyak ilmu. Gunakanlah ilmu itu dengan rasional supaya umat Islam kita mendapat rahmat. Jika hukum kata boleh maka kita terimalah sebagai BOLEH. Maksud ustaz bahawa wanita bujang (dan janda) boleh mencintai suami orang itu bukanlah bermakna boleh berpacaran semahu-mahunya, tetapi diharuskan untuk mengharapkan agar Allah menyediakan ruang yang sah bagi mereka menjadi pasangan suami isteri. Bagi saya dan rakan-rakan, apa yang ustaz kata itu amat benar dan berjalan di landasan hukum. Buat ustaz, tahniah kerana sanggup berkata atas kebenaran. Jangan goyah pendirian. Selagi yang ustaz perkatakan itu menepati hukum syarak, maka teruskanlah. Memang benar, ustaz bahawa, berkata benar itu amat pahit. Kita diserang bukan oleh ‘musuh’ sahaja bahkan oleh saudara seagama kita sendiri. Semoga Allah merahmati kita termasuklah saudari Sedih Hati. Sekian, mohon maaf atas bicara ini.

    1. perasaan suka pada seseorang itu adalah fitrah. Ia bukan hukum. berlaku secara automatik. sebab itu kalau datang perasaan bukan kepada hak, mohon istighfar banyak2 pd Allah bagi mereka yg takutkan Allah. Tak mungkin dibolehkan mencintai dengan harapan ia akan menyalurkan kepada perkara yg baik kerana ia dtg dari nafsu…Pelajarilah ilmu tasauf.

  21. Assalamualaikum Ustaz;

    Saya juga mengalami masalah yang sama, suami saya bercinta dengan isteri orang yang bekerja satu pejabat dengannya. Suami saya berterus terang akan perhubungannya itu dengan alasan mengatakan dia hanya ingin membantu wanita itu yang terlalu inginkan anak kerana sudah lebih 10 tahun perempuan itu berkahwin dan tak dikurniakan anak. Sudah saya nasihatkan suami saya bahawa ianya bersalahan dalam Islam untuk berhubungan dengan isteri orang, tetapi suami saya beritahu saya bahawa dalam islam dibolehkan wanita itu menuntut cerai dgn suaminya jika beliau tidak mampu bagi anak, malahan suami saya beritahu yang dia telah rujuk perkara ini dengan seorang ustaz. Saya juga ada bercakap dengan suami perempuan tersebut dan beliau mengaku masih suami kepada perempuan itu dan belum lagi menceraikannya. Dia sendiri walaupun sedih tapi seperti tidak mahu memikirkannya, menceritakan bahawa isterinya ada hak utk berbuat demikian dalam masa yang sama tidak menceraikannya. Saya juga menghubungi perempuan itu untuk menasihati supaya melupakan semua ini dan saya rasa sangat geram dengan ayat dia yang mengatakan bahawa apa yang terjadi adalah kehendak Allah dan apa yang Allah beri itu yang dia terima, mudah saja saya rasa dia bermaksud bahawa dia tak akan berundur, semua yang berlaku adalah ketentuan Allah kepadanya. Saya berasa amat2 keliru dengan semua ni, saya faham akan hak berpoligami bagi seorang suami yang mampu dan saya sendiri tak halang kalau suami saya nak kawin lagi tapi bukanlah dengan cara begini. Harap Ustaz dapat terangkan samada apa yang suami saya lakukan ini betul atau salah. Terima Kasih dan Wassalam.

    1. Assalamualaikum dan maaf sebab lambat reply…

      Pertama sekalinya , memang apa yang dilakukan oleh suami puan itu adalah tidak menepati kehendak syarak.Ini kerana permpuan tersebut masih lagi menjadi isteri orang lain yang sah dan mereka masih belum bercerai.

      yang kedua , adakah masalah perempuan tersebut tidak memperolehi anak setelah 10 tahun berkahwin memang berpunca dari masalah kesihatan suami atau tidak?..Contoh , Pemeriksaan doktor telah mengesahkan bahawa , si isteri subur dan si suami mandul…..atau ianya adalah alasan yang digunakan untuk meng’halal’kan hubungan terlarang tersebut.?…

      Berdoalah kepada Allah , agar segalanya dapat diselesaikan dengan baik dan bertepatan dengan syariat Islam.

      WA

  22. benar kata hamba allah itu…
    yg penting iman perlu ada.. maka hindarlah maksiat itu..
    (si suami itu perlu menjaga etika nya bila berhadapan dgn si gadis yg mencintainya) justeru itu bila suami org itu berterus terang sama ada ia mahu menikahin gadis itu (berpoligami) sekiranya tidak.. tinggal sj bagi mengelakkan cinta nafsu..

    jalan yg terbaik adalah dgn menggingati allah s.w.t

    wa’allahualam…

  23. kenapa sering saya bermimpi yang disebelah suami saya, ada seorang wanita berkulit putih lansat tidur disebelah suami saya.saya sudah istihara tetapi tetap juga dapat bermimpi yang suami saya berada di dalam kamar mandi bersama wanita.Ini adalah mimpi yang terang saya nampak walaupun saya sudah buat istihara.

  24. salam ustaz…

    saya ada persoalan yg sebenarnya telah lama saya pendam selama ini. saya telah berkahwin dgn suami sejak setahun lebih atas dasar pilihan orang tua dan bukan atas dasar cinta. Sejak dari pernikahan kami sehingga ke hari ini, agak malang saya belum dapat menerima suami saya apatah lagi mencintainya. Saya cuba paksa perasaan itu namun gagal sehingga hubungan di ranjang hanya demi memenuhi kewajipan sya sbgai isteri walaupun batin saya terseksa. Saya tiada hubungan dgn lelaki lain sepanjang perkahwinan kamu. Namun, baru2 ini saya jatuh hati pada seorang jejaka tapi saya tidak sampai hati meluahkan perasaan tersebut kpd lelaki berkenaan demi menjaga maruah suami saya. Akan tetapi sampai bilakah hidup saya terseksa bersama suami yg saya tidak cintai langsung. Mohon ustaz beri sedikit nasihat dan pandangan terhadap saya. Saya buntu.

  25. Assalamualaikum wbr Ustaz;

    Bekas isteri saya ingin kembali menjalin cinta/kahwin semula dengan saya selepas 5 tahun saya bercerai dengan dia . dia telah berkahwin lain (atas dasar terpaksa dengan suaminya sekarang) dan telah 4 tahun mendirikan r/tagga hingga sekarang.bekas isteri menyatakan dia langsung tidak ada rasa sayang & cinta pada suaminya itu, namun suaminya seorang yg baik dan sayang kepadanya walau mereka belum mendapat anak sepanjang perkahwinan mereka.saya sendiri pun masih ada rasa sayang pada bekas isteri itu namun saya faham hukum agama melarang mencintai isteri orang.bekas isteri benar2 ingin kembali pada saya walau perceraian kami dulu penyebab penceraian berpunca daripada saya yang bersikap suka berpoya-poya. apa pandangan ustaz. terima kasih

  26. asalam mualaikum
    baru2 ini aku telah mencintai isteri orang, & setelah aku tahu dia sudah bersuami saya sadar tidak mungkin untuk mencintai nya. akhir nya kamipun saling mlupakan. tapi yg jadi persoalan mengapa bugitu sulit melupakan nya

    1. Waalaikumussalam..syahril,cinta mencintai antara lelaki dan prempuan adalah fitrah tetapi jangan sesekali hak milik orang. Fokus jawapan saya ialah kepada wanita yg bersuami memburu kasih lain menunjukan satu sifat yang teramat keji[derhaka].

  27. saya bersyukur menemui laman ini…saya seorang isteri yang keliru dan serba salah dgn perasaan sayang saya terhadap seorang lelaki yang sudah bertunang…sebelum saya berkahwin, saya menaruh perasaan sayang terhadap lelaki ini, namun saya pendam kerana merasa tidak layak untuk mencintai lelaki tersebut…saya tidak berani meluahkan isi hati saya sehinggalah saya berkahwin dengan seorang lelaki yang lebih muda setahun dari saya…saya bersetuju untuk berkahwin kerana desakan makcik dan pakcik saya yang tidak mahu saya keluar dengan mana-mana lelaki tanpa sebarang ikatan…pada masa yang sama lelaki itu(suami saya sekarang) benar-benar berharap saya menerima dia sebagai teman hidup saya walaupun saya memberikan pelbagai alasan untuk menolak cintanya…sedangkan dalam usia semuda 19 tahun, saya belum terfikir untuk serius dalam perhubungan saya dengan sesiapa…saya masih ingin melanjutkan pelajaran dan ingin memperolehi kerjaya yang baik…akhirnya saya berkahwin juga apabila saya ketahuan keluar dengan lelaki (suami saya sekarang) oleh makcik dan pakcik ku…sepanjang tempoh bertunang, saya cuba memutuskan pertunangan kami sebanyak 2 kali..namun gagal…saya mula melihat kenakalan suami saya, beberapa kali kedapatan oleh saya dengan perempuan lain…malah perempuan2 yang ada hubungan dengan suami saya pernah berbicara dengan saya melalui handpon suami saya….malam sebelum kami berkahwin, kami bergaduh besar apabila dia tidak mahu mengikut adat keluarga saya dalam melangsungkan perkahwinan..dia banyak memprotes adat yang diamalkan oleh keluarga saya…kerana mahu menjaga nama baik keluarga, saya teruskan juga perkahwinan kami sehinggalah dianugerahkan 4 cahaya mata…namun sepanjang perkahwinan kami, saya menyaksikan bagaimana anak2 saya dikasari, dilayan dengan keganasan..dengan kata lain anak-anak saya mengalami deraan psikologi, begitu juga dengan diri saya sendiri, saya ditendang semasa mengandung anak ke-2, dicekik, ditampar semasa mengandung anak ke-3, di maki hamun dan dibiarkan ketika mengandung anak pertama dan anak yang terakhir..anak saya mengalami trauma kerana keganasan dan kekasaran dari suami saya…keganasan ini semakin menjadi-jadi setelah suami saya berhenti kerja dan merancang untuk menjalankan perusahaan sendiri…dengan kata lain setelah kami tinggal sebumbung. Ini kerana selama 9 tahun kami jarang bersama dan tidak tinggal sebumbung…setelah 10 tahun barulah kami tinggal bersama…suami saya bekerja di pulau sedangkan saya pula melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah dengan 2 orang anak pada ketika itu…kami cuma bersama seminggu dalam sebulan….dan setelah saya memperolehi kerja tetap barulah suami saya berhenti kerja dan tinggal bersama-sama dengan kami anak beranak…saya kembali berhubung dengan lelaki yang suatu ketika dulu saya minati dan cintai..kepada dialah saya luahkan segala yang saya lalui, itupun setelah lelaki itu perasan saya menyembunyikan sesuatu dan minta saya ceritakan dengan hati yg terbuka dan percaya kepada dia…sehingga kini..apa sahaja yang saya lalui, saya akan luahkan kepada lelaki itu…terutama sekali bila saya dalam keadaan tertekan saya akan sms lelaki itu untuk menghilangkan stress yang saya hadapi…dan..kalau boleh setiap saat dan waktu saya ingin berbicara dengan lelaki itu walaupun hanya melalui SMS…saya merasa tenang, gembira dan selesa apabila bergurau dengan lelaki itu melalui sms…saya cuma mengelak terjumpa dengan lelaki tersebut kerana saya takut saya tidak dapat kawal perasaan dan tersalah langkah dalam persahabatan kami…persoalan saya sekarang, adakah perbuatan saya ini dianggap curang??? dan melakukan sesuatu yang ditegah oleh ajaran agama Islam…

  28. Sy kerap digoda suami org & lelaki bujang. Sy dpt menjauh/mengelak/mengubat sndiri (dgn b’jumpa kakak angkat sy, s’org pengamal perubatan al-Qur’an) kerana sy amat m’cintai suami & anak2 sy. mmg sy X alim ttp masih b’akal lg. Moga Allah terus memelihara hati sy & suami sy.

  29. salam ustaz,

    saya ingin meminta nasihat ustaz berkenaan hubungan saya dan suami saya. saya berkahwin dengan seorang duda dan mempunyai 2 orang anak. saya jauh lebih muda dari suami saya, beza kami 20tahun.saya berkenalan bersama suami saya selepas dia bercerai selama 1tahun lebih.kami baru 6 bulan berkahwin. kini anak2 suami saya dijaga oleh bekas isterinya.tapi dalam diam suami saya berhubung dengan bekas isterinya. saya tidak kesah jika berhubung untuk bertanya tentang anak2nya. tapi bekas isterinya cuba untuk kembali kepada suami saya. dan dia selalu mengganggu saya seperti menghina saya melalui sms.dan dia selalu minta duit kepada suami saya untuk kepentingan sendiri seperti membeli beg tangan dan sebagainya.setiap bulan suami saya bank in duit kepada anak2nya untuk belanja harian dan wang sekolah. tanpa pengetahuan saya suami saya berjumpa anak2nya dan bekas isterinya dan dia membawa mereka keluar bersama sama.saya dapat tahu perkara ini melalui telefon suami saya yang di hantar bekas isterinya.tapi suami saya tetap tidak mengaku.dan rupanya 1 bulan sebelum kami berkahwin, suami saya pergi bercuti bersama bekas isterinya tanpa membawa anak2 mereka.sekarang saya hanya minta pertolongan dari Allah SWT. selain itu saya meminta Ustaz untuk menjelaskannya lebih lanjut supaya saya dapat melihatkan kepada suami saya.

  30. as’kum,…
    sy zana berumur 31 thn seorg isteri dan ibu kpd 5 org ank,…sy telah jtuh cnta kpd sorg jejaka yg brumur 23 thn lbh muda dr sy 8 thn,..kami saling mnyintai,..sy tahu bhwa sy telah berlaku curang kpd suami sy.sy ingin berubah,tp sy tak mampu krn sy amat menyayanginya.cinta kpd suami telah pdam,tak ada apa2 lg.sy mengaku telah melakukan kesalahan yg amat besar,sy telah melakukan zina dgn kekasih sy.skrg sy mula rasa menyesal di atas perbuatan sy ini,sy memang rasa amat menyesal,…dan sy juga rasa amat malu kerana semua ahli keluarga tahu akan perbuatan sy ini.niat hati sy mahu bercerai kerana tidak mahu suami menanggung dosa sy,adakah patut sy minta cerai scara baik krna tak mahu suami menanggung dosa sy? sy amat malu di atas perbuatan sy ini,..sy ingin bercerai bkn kerana kekasih sy,tetapi kerana rasa amat berdosa kpd suami sy… ustaz,apa tindakan yg betul harus sy lakukan???

  31. saya juga tak terkecuali menerima ujian sebegini rupa. Saya berkahwin atas dasar pilihan org tua, saya seorang pompuan yg cukup sabar. Sering diherdik suami, dan sikap suami yg panas baran bila kita mengur kesalahnya. Saya cuba tipu diri saya, kata bahagia, namun adalah sebaliknya. Apa yang paling saya tertekan dan sedih kerna suami menengkin ibu saya, itulah waktu dan saat ygn membencikan saya. Ibu tahu masalah saya, beliau barharap saya berpisah dgn suami. Saya juga memang dah tiada kasih dan sayang padanya..dah 8 tahun kami berkahwin, mempunyai 2 org anak lelaki. Entahlah hidup saya ni. Tapi bila adanya suami org prihatin dgn nasib saya, saya bergitu ceria..Saya tidak pernah buat jahat, hanya sekadar berchat dan telefon dan tidak pernah berjumpa denganya. Kalau webcam pun saya tutup aurat. Dia juga seperti saya, hanya menharapkan cinta bukannya ingin tubuh.

  32. Assamualaikum,,saya telah jatuh cinta dgn suami org teman sekantor saya. Begitupun saya rasa dengan dia. tapi kita blum prnah brbuat zina,dan saya harapkan juga tdk trjadi.pak apakah boleh kalau kita brjodoh,,bole poligami pak Ustadz ???? Apakah tdk berdosa kalau saya brdoa agar brjodoh dengan dia ?

  33. Salam..

    Saya mempunyai masalah lebih kurang seperti Jasmin. Saya mempunyai keluarga yang cukup sempurna. Namun baru-baru ini saya telah pulang ke kampung. Ibu memberitahu bahawa dia sekarang bekerja sebagai pembantu kedai. Katanya sekadar nk mengisi masa lapang memandang pulak adik saya sudah besar. Sewaktu menonton tv bersama-sama ibu tidak berenggang dengan telefonnya. Sekejap-sekejap ada sms..kemudian melihat gelagatnya diperhatikan oleh saya..ibu terus masuk ke dalam bilik saya. Saya terasa sgt pelik dengan kelakuan ibu. Setiap malam adik bongsu saya memberitahu bahawa ibu tidak tidur dengan ayah di bilik mereka sebaliknya semasa ketiadaan saya ibu menggunakan bilik saya. Alasannya dia tertidur..tetapi sebenarnya ibu asyik bersms..dengan lelaki yang baru dikenalinya. Saya mula syak yang bukan2 apabila ibu berjaga sehingga 4 pagi hanya utk nk bersms dengan seseorang lelaki. Saya sudah tidak tahan melihat perbuatan ibu. Saya nekad utk menyiasat apa yg disms dan siapakah gerangan lelaki tersebut. Pada satu malam saya berjaya mencuri membaca sms dalam telefon ibu semasa dia tertidur…Rupa-rupanya terbongkar dia mmg bersms dengan seorang lelaki…..bernama Y. Saat itu terasa lemah sendi saya…saya langsung tidak menyangka ibu yang selama ini saya cukup hormati boleh berlaku curang dengan ayah. Lelaki tersebut selalu mengunjungi tempat kerja ibu…melalui sms yang berbaur perkataan sayang..cinta…seks…menjadi saya hilang hormat pada ibu. Sekarang ini saya buntu…Saya ingin memohon pandangan ustaz..bagaimana cara untuk saya membantu ibu…moga dia kembali ke pangkal jalan..

  34. Assalammualaikum Ustaz . . saya mempunyai masalah yg besar kerna menyintai isteri rakan sepejabat yg sesungguhnya mengetahui perkara ini..saya memang mengetahui dosa yang telah kami lakukan dan hukumnya kelak . . walaupun pasangan itu tidak bahagia namun saya x mmpunyai hak menentukannya tapi isteri itu bersungguh jua myintai saya dan saya turut mnyintai dia sepenuh hati ini . . malah kami pernah tidur bersama . . kini si isteri INGIN memohon cerai d mahkamah syariah . .
    Bgimnkah saya menyelesaikan masalah ini ? ?
    Saya mohon kepada ustaz supaya dpt membantu mnyelesaikan masalah saya ini . . Apakah yang patut saya lakukan ? ?

  35. Assalammualaikum Ustaz . . saya mempunyai masalah yg besar kerna menyintai isteri rakan sepejabat yg sesungguhnya mengetahui perkara ini..saya memang mengetahui dosa yang telah kami lakukan dan hukumnya kelak . . walaupun pasangan itu tidak bahagia namun saya x mmpunyai hak menentukannya tapi isteri itu bersungguh jua myintai saya dan saya turut mnyintai dia sepenuh hati ini . . malah kami pernah tidur bersama . . kini si isteri INGIN memohon cerai d mahkamah syariah . .
    Bgimnkah saya menyelesaikan masalah ini ? ?
    Saya mohon kepada ustaz supaya dpt membantu mnyelesaikan masalah saya ini . . Apakah yang patut saya lakukan ? ?

  36. saya jatuh cinta dgan seorg wanita.. sebelum ni sy x tahu dia ada suami… setela 3 bulan bercinta akhirnya dia berterus terang dgan saya yg dia telah bersuami tetapi akan bercerai tidak lama lagi..bila di tnya dia katakn penceraian mereka tidak ada kena mgena dgan sya.. jika tidak mengenali sya pn mereka tetap akan bercerai..skrg hanya mnuggu surat dari mahkamah sahaja lagi… dia katakn suami nya telah memberi tahu org sekeliling bahawa dia telah menceraikn isteri nya..dan ada kh telah jatuh talak tersebut? apa kah sya berdosa kerana mencintai dia? dan perlukah sya meninggalkan dia?

  37. apakah hukum menyayangi sesama umat lelaki perempuan.demi persaudaraan bukan kerana nafsu.

  38. dahsyat2 jugak problem org da kawin ni..bla kurang kasih sayang,kita pon mula mencari kasih dari yg tak speatutnya..emm..mohon dijauhkan la..

  39. Asalamualaikum ustaz, saya telah berkahwin dgn suami saya dah 20 tahun dan mempunyai 5 orang anak yg dah masuk IPTA pun. Suami saya adalah seorang suami yg sangat baik, beriman dan saya sangat menyayanginya. Masalah saya sekarang ialah apabila suami saya bertemu semula dengan bekas kekasihnya yg merupakan isteri orang. Perempuan tersebut mengadu yg kononnya dia mangsa deraan suaminya. Mereka selalu berhubung setiap hari . Suami saya beritahu saya adalah menjadi tanggungjawab dia utk menyelamatkan perempuan tersebut yg kononnya sudah tersasar dari ajaran islam. Masalahnya dia isteri orang.Dah macam2 nasihat yg sy bagi kat suami tp nampaknya mrk masih berhubung di luar pengetahuan saya. Sy pernah meminta cerai dr suami tp dia ckp sy akan tetap menjadi isterinya sampai bila2. Sy sgt tension & stress. Apa yg harus saya buat ustaz. Bolehkah saya memohon cerai sekiranya suami saya masih tetap dengan perbuatan maksiatnya.Tolonglah saya ustaz…

Leave a reply to UMI Cancel reply

Blog at WordPress.com.

Up ↑