MINYAK WANGI HILANGKAN BAU NAJIS

contohnya lepas kita buang air besar dan masih ada bau kurang menyenangkan..bolehkah kita sembur minyak wangi untuk menghilangkan bau tersebut?adakah sah solat kita?

minta rujukan dan dali

l

JAWAPAN :

Al-hamdulillah ,

Setiap najis mempunyai 3 sifat : Rasa , bau dan warna.Maka , apabila kita ingin membersihkan diri daripada sesuatu najis , hendaklah dihilangkan ke tiga-tiga sifat yang ada pada najis tersebut . Ulama menyebutkan bahawa jika selepas dibasuh dengan betul masih terdapat 2 sifat najis iaitu bau dan rasa , maka ianya bermakna najis tersebut masih lagi belum hilang dan anggota yang terkena najis tersebut tidak boleh dianggap sebagai telah suci.Ini berbeza jika yang masih belum hilang ialah dari segi warna , maka ianya dimaafkan. Ini kerana kesan bau dan rasa adalah lebih hampir kepada wujudnya najis tersebut berbanding dengan kesan warna , sebagaimana sabda Rasulullah saw berkenaan dengan darah haid yang tidak hilang kesan warnanya pada baju dan anggota badan seseorang setelah dibasuh :

يــكفيك المـــاء ولا يضــرك أثــره

“Cukuplah bagi mu (dibasuh) dengan air dan kesan (yang tinggal) tidak memudharatkkan kamu”

(HR Abu Daud : 365 , Al-Baihaqi : 2/408 , Ahmad : 8549.Dinilai SAHIH oleh Albani dalam Sahih Sunan Abu Daud)

As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam mengatakan dalam mensyarahkan hadis ini bahawa kesan darah haid dan sebarang bentuk najis yang tertiinggal dari sudut kesan warnanya selapas dibasuh adalah dimaafkan dan solat yang dikerjakan selepas itu adalah sah.

WA

Ruj :

Taudhih al-Ahkam min bulughil Maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Jilid 1 , bab Izalatun Najasah.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: