assalamualaikum ahli panel yang dirahmati Allah,
ana nak tny, pd zaman rasuluLlah, adakah org2 bukan Islam diberi apa jawatan atau kedudukan penting dalam kerajaan?
ada x ayat al-Qur’an yg mengharamkan mengambil org kafir sbg pemerintah, menteri dsb?
Bismillahi wal hamdulillah,
Al-Jawab :
Sesungguhnya , setakat maklumat dan pencarian yang kami lakukan , kami tidak menemukan contoh dizaman Rasulullah saw yang melantik orang bukan Islam sebagai orang yang berkedudukan penting dalam kerajaan.
Apa yang berlaku ialah , kaum muslimin pada zaman dahulu ( zaman selepas kewafatan Rasulullah saw ) pernah melantik orang-orang Ahli Zimmah menjadi menteri atau penguatkuasa , terutama pada zaman khilafah Abbasiyyah dan tidak ada seorang pun alim ulama yang menginggkari perkara tersebut.Kecualilah jika para menteri / penguatkuasa non muslim itu bersikap sewenang-wenangnya terhadap kaum muslim. ( Fiqh al-Daulah , As-Syaikh Dr. Yusof al-Qaradhawi )
Mengenai dengan ayat al-Quran yang mengharamkan mengambil orang kafir sebagai pemerintah ialah seperti mana yang berikut :
1. Surah an-Nisa , ayat 141 :
وَلَن يَجْعَلَ اللّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلاً
“dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk memusnahkan orang-orang yang beriman.”
2. Surah Ali Imran , ayat 28 :
لاَّ يَتَّخِذِ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاء مِن دُوْنِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنَ اللّهِ فِي شَيْءٍ إِلاَّ أَن تَتَّقُواْ مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمُ اللّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللّهِ الْمَصِيرُ
“Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang-orang kafir menjadi wali (pelindung,teman,pemimpin) dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Barang siapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena (siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri (siksa)-Nya. Dan hanya kepada Allah kembali (mu).”
3. Surah al-Mumtahanah , ayat 1 :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاء تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءكُم مِّنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ أَن تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِن كُنتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاء مَرْضَاتِي تُسِرُّونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنتُمْ وَمَن يَفْعَلْهُ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاء السَّبِيلِ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.”
Walaubagaimana pun ayat tersebut tidaklah boleh dijadikan dalil mutlak untuk menolak terus kepimpinan masyarakat non-muslim dalam struktur pentadbiran sesebuah Negara Islam.Ini kerana pendapat kebanyakkan majoriti ulama ialah membenarkan pembabitan masyarakat non-muslim dalam pentadbiran selagi mana majoriti para pemimpin / perwakilan dalam sesebuah pentadbiran itu masih lagi dikuasai / dimonopoli oleh orang Islam.
Dalilnya ialah firman Allah swt dalam surah al-Mumtahanah , ayat : 8 :
لا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
“Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil.”
WA
Salam,
Pada zaman Rasulullah saw tidak pernah ada orang-orang kafir dilantik sebagai orang-orang penting dalam kerajaan. Namun selepas zaman Rasulullah saw ada sekali sekali orang-orang kafir zimmi dilantik ke jawatan-jawatan pegawai yang tinggi. Bilangannya terlampau kecil dan tidak merbahayakan, itupun jarang-jarang sekali. Lebih baik tidak dilantik langsung kerana Rasulullha saw sendiri tidak berbuat demikian.
Orang-orang kafir zimmi adalah orang-orang kafir yang menerima dan taat kepada negara Islam, mereka setuju dan redha untuk berada di bawah peraturan dan undang Allah dan mereka menerima dan akur kepada segala dasar dan sistem kehidupan di bawah kerajaan Islam. Mereka akur dan setuju untuk membayar cukai khas kepada kerajaan Islam yang diberi nama ‘JIZYAH’ sebagai menandakan KETUNDUKAN mereka kepada kerajaan Islam dan umat Islam. Mereka menerima hakikat bahawa mereka adalah rakyat ‘KELAS KEDUA’ yang dikehendaki untuk sentiasa mengalah, tunduk dan menghormati umat Islam, agama Islam dan kerajaan Islam. Mereka dikehendaki untuk sentiasa mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang dikenakan khas ke atas mereka sahaja seperti berikut :
1. Mereka tidak boleh mendirikan rumah-rumah ibadat yang baru selain daripada yang sedia ada sahaja;
2. Mereka tidak dibenarkan untuk membaik pulih rumah-rumah ibadat mereka yang telah dirosak dan dimusnahkan oleh orang-orang Islam;
3. Mereka tidak boleh menghalang orang-orang Islam daripada menumpang rumah-rumah ibadat mereka;
4. Mereka dikehendaki untuk membenarkan sesiapa sahaja daripada orang-orang Islam yang ingin untuk menduduki rumah-rumah mereka selama tiga hari dengan memberi layanan sebagai tetamu yang istimewa, dan seandainya tetamu Islam mereka itu jatuh sakit, mereka dikehendaki untuk membenarkan tetamu tersebut untuk menduduki rumah mereka lebih lama;
5. Mereka tidak boleh mengamalkan sikap permusuhan terhadap umat Islam atau untuk membantu musuh-musuh Islam;
6. Mereka tidak boleh menghalang kaum mereka daripada memeluk agama Islam;
7. Mereka hendaklah sentiasa mengalah, tunduk dan menghormati orang-orang Islam;
8. Mereka dikehendaki untuk membenarkan orang-orang Islam untuk menyertai apa-apa permesyuaratan walaupun yang berbentuk peribadi di kalangan kaum mereka;
9. Mereka tidak dibenarkan untuk memakai pakaian-pakaian yang sama dan serupa dengan pakaian-pakaian orang-orang Islam;
10. Mereka tidak dibenarkan untuk menamakan anak-anak mereka dan diri mereka dengan nama-anam yang sama dengan nama-nama Islam;
11. Mereka tidak dibenarkan untuk menunggang kuda-kuda mereka dengan pelana-pelana dan tali-tali kekang;
12. Mereka tidak dibenarkan untuk memiliki apa-apa senjata sekalipun;
13. Mereka tidak dibenarkan untuk memakai apa-apa bentuk cincin dijari-jari mereka yang berupa pengenalan diri, pangkat atau cop mohor;
14. Mereka tidak dibenarkan untuk menjual atau meminum minuman keras di khalayak ramai;
15. Mereka dikehendaki untuk memakai pakaian-pakaian yang khas dan berbeza yang bertujuan untuk menunjukkan kerendahan status mereka berbanding dengan orang-orang islam;
16. Mereka tidak dibenarkan untuk mempromosikan kebudayaan, adat istiadat dan cara hidup mereka kepada orang-orang Islam;
17. Mereka tidak dibenarkan untuk mendirikan rumah-rumah mereka berdekatan dengan sesatu komuniti umat Islam;
18. Mereka tidak dibenarkan untuk membawa mayat-mayat kaum mereka sehingga mendekati mana-mana perkuburan Islam;
19. Mereka tidak dibenarkan untuk mempamirkan cara mereka beribadat kepada orang-orang Islam dan mereka juga dilarang daripada meratapi orang-orang mati dengan suara yang kuat yang dapat didengar oleh umat Islam;
20. Mereka tidak boleh mengambil hamba Islam untuk mereka.
Inilah peraturan dan undang-undang yang khusus untuk ditaati dan dipatuhi oleh orang-orang kafir yang berada di bawah sistem pemerintahan Islam yang bermula pada zaman Rasulullah saw di Medinah dan kemudiannya diikuti di bawah Khulafa ar-Rasyidin dan seluruh pemerintahan Islam di bawah beberapa Khilafah Islam di Baghdad, di Mesir, di Sepanyol dan di bawah Khilafah Islam Turkey yang meliputi Eropah Timur. Inilah konsep KETUANAN ISLAM ke atas orang-orang kafir dan ketundukan orang-orang kafir kepada umat Islam yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya. Inilah KEADILAN ISLAM mengikut neraca-neraca petimbangan daripada Allah dan Rasul-Nya yang dikehendaki untuk diterap dan dipraktikkan di dalam sistem kehidupan kita dan sistem kehidupan di antara kita dengan mereka di bumi kita ini yang diperintahkan Allah untuk dicapai melalui Jihad, Perang dan Revolusi. Inilah ertinya umat NOMBOR SATU di bumi kita ini seperti yang diperintah dan dikehendaki Allah!