SOLAT SUNAT SEBELUM MAGHRIB

Dilihat ramai yang melakukannya.
1. Adakah dalil larangan solat sunat 2 rakaat sebelum solat maghrib.
2. Solat sunat selepas solat asar?
3. Solat sunat tahyatul masjid sebelum solat maghrib?

JAWAPAN :

Al-hamdulillah , insya Allah akan dijawab sekadar kemampuan .

1. Tidak ada dalil larangan solat sunat sebelum maghrib.Boleh dilakukan sekiranya mahu , tetapi bersyarat , iaitu tidak boleh melazimkan melakukannya pada setiap hari , kerana dikhuatiri menjadikannya solat sunat rawatib yang muakkad.

Ini kerana memang ada dalil hadis Nabi saw yang menyuruh solat 2 rakaat sebelum maghrib yang mana dalam hadis tersebut dikatakan boleh solat 2 rakaat bagi yang ingin solat dan dikatakan tidak boleh ianya dianggap sebagai solat sunat rawatib (HR Bukhari , no : 1183)

2. Adapun solat sunat selepas asar , tidak terdapat dalil yang menyuruh kita melakukannya , malah ianya termasuk dalam waktu-waktu haram solat padanya.

(HR Bukhari 586 , Muslim : 827)

3. Solat sunat Tahyatul adalah solat yang dituntut untuk dilakukan ketika masuk ke masjid sebelum duduk (HR Bukhari : 444 , Muslim : 417).Sehinggakan jika seseorang yang masuk ke dalam masjid pada hari jumaat ketika khatib sedang membaca khutbah juga disuruh untuk melakukan solat Tahyatul Masjid sebelum duduk mendengar khutbah (HR Muslim :875).Ini kerana mengikut pendapat yang rajah , solat tahyatul masjid boleh dikerjakan pada bila-bila masa , walaupun pada waktu haram solat.

Maka dengan itu , apabila kita masuk ke masjid sebelum iqamah , iaitu sebelum solat fardhu hendak didirikan dalam apa waktu solat sekalipun maka kita hendaklah melakukan solat tahyatul masjid dahulu sebelum melakukan solat rawatib.Apa yang menjadi kesalahan para jemaah pada hari ini ialah mereka mendahulukan solat rawatib daripada tahyatul masjid apabila masuk ke masjid.

WA

Ruj:

Taudih al-ahkam min bulughul maram , As-syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-bassam

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: