SALAH SUNGGUH SOLAT ANDA.!!

Macam-macam ragam manusia yang ada dimuka bumi ni….Sehinggakan dalam bab solat aje terdapat 1001 macam ragam dalam masyarakat…..Baru-baru ni terdapat satu artikel yang menyuruh untuk memperbaiki solat…..Pada mulanya penulis tak berkeinginan untuk membacanya.Ini kerana , setiap individu yang penulis jumpa sudah pastinya akan berbincang dan bermunaqasyah tentang persoalan solat ini…..Kebanyakkan dari mereka ini akan bersandarkan kepada hujjah dan sandaran yang terdapat dalam buku Sifat solat Nabi karangan As-Syaikh Al-Albani…..Sehinggakan ada yang begitu emosi dan dengan lantang mengatakan bahawa , sesiapa yang bersolat tidak ikut petunjuk Nabi melalui buku yang disusun oleh Syaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani , maka solatnya tak betul……tak tepat ……tak sempurna sehinggakan ada yang mengatakan , bahawa kalau solat tak ikut buku Al-Albani , maka SOLATNYA TAK SAH..!!!…….

Apa cerita ni???…….

Berapa ramai ulama-ulama lain yang hebat-hebat yang telah mengarang dan menyusun kitab yang membahaskan permasalahan solat……..dan yang terbaru ialah karangan dan susunan As-Syaikh Abd Aziz bin Marzuq al-Thorifi………..

Bacalah…… bacalah…….dan bacalah…….buat semakan dan kajian yang menyeluruh……..Jangan kerana “sebiji” buku yang dah khatam 99 kali baca , maka kita pun suka-suka nak menghukum orang , Ini salah , ini tak betul , itu bid’ah dan ini tak menepati sunnah dan sebagainya….….AWAT HANG BIADAP SANGAT?? Kelam kabut dan gelojoh tak tentu pasal………

Satu soalan cepu emas buat mereka-mereka yang “perasan” hebat dan bagus sangat tu , …… “AGAK-AGAK KAMULAH , SOLAT KAMU YANG KONONNYA 100 % MENGIKUT CARA NABI TU DITERIMA OLEH ALLAH SWT KE ??…….TAK DE CACAT CELANYA LANGSUNG KE….???…BOLEH JAMIN KE???

Advertisement

9 thoughts on “SALAH SUNGGUH SOLAT ANDA.!!

Add yours

  1. Salam, nak tanya sikitlah.

    Pertamanya, bagaimanakah ustaz mempunyai tanggapan bahawa penulis artikel itu hanya memabaca buku Sifat Solat Nabi Albani sahaja? Adakah ini merupakan persangkaan ustaz sahaja atau ustaz ada bukti.

    Keduanya, betulkah ustaz pernah bertemu dengan mereka yang berkata kalau solat tak ikut buku Al-Albani , maka SOLATNYA TAK SAH..!!!……. atau sekali lagi ia juga merupakan sangkaan ustaz semata-mata.

    Ketiganya, Siapakah As-Syaikh Abd Aziz bin Marzuq al-Thorifi. Saya pernah mendengar ada yang menyarankan agar buku ini diterjemah ke dalam bahasa Inggeris dalam laman Multaqa Ahl al-Hadeeth, namun ia disambut dengan dingin oleh moderator lama tersebut yang iaitu akhi Ayman

    Sekian dahulu

  2. Salam kembali….

    Pertamanya , ana pun nak tanya sikitlah pada enta ni…..Siapakah gerangannya orang yang bersembunyi di sebalik nickname “KING OF MALAYSIA” ni…..??

    Kalau betul King , tak payahlah nak sembunyikan diri…King seharusnya berani….heheheh..Mungkin enta adalah salah seorang yang menjadi peminat kepada laman web yang menyiarkan artikel tersebut…..

    _____________________

    Berbalik kepada persoalan……

    Soalan 1 : Ada ke ana cakap penulis artikel tu hanya baca satu buah buku??…..Ayat yang ana gunakan ialah “Kebanyakkan dari mereka ini akan bersandarkan ………bla…bla…bla…….” Maka di perenggan kedua sebelum akhir itu yang mengatakan baca sebiji buku khatam 99 kali merujuk kepada pernyataan di atas……bukan kepada penulis artikel…. Baca betul-betul akhi…. So , sekarang sebenarnya enta yang bercakap atas dasar sangkaan….

    Soalan ke 2 : Ana tidak akan menulis atas dasar sangkaan semata-mata….kalau tak berlaku dan tak terkena pada ana , ana tak kan tulis…pasal , kebanyakkan manusia ni suka mengambil kesempatan atas setiap kenyataan yang keluar dari mulut seseorang….

    Soalan ke 3 : nak tahu siapa dia ….lawat laman ini :

    http://www.islamlight.net/attarefe/index.php?option=content&task=view&id=2224&Itemid=51

    WA

  3. salam ustaz..boleh ustaz bagi biodata sheikh al-albaani..ana nak tahu..sbb ada pro dn kontra profil dia..ana dah pening nak ambik yg mana..mohon ustaz …

    1. ٍSalam kembali buat saudara/i yang bertanya …..

      Maaf kerana lambat reply…..sesungguhnya ana terlalu sibuk kebelakangan ini sehinggakan banyak soal jawab feqh di Laman Al-Ahkam.net dan juga diemail ana yang tak dapat disegerakan jawapannya….Maklumlah , ana dalam proses akhir tesis Master Syariah (UKM)…

      Walaubagaimana pun untuk tidak menghampakan permintaan saudara/i , maka disini ana sertakan url biodata Syaikh Al-Albani ..in sya Allah ianya betul dan tepat lantaran ia diambil dari laman webnya sendiri yang kebanyakan pengendalinya adalah dari anak muridnya sendiri….

      Url nya adalah seperti berikut :

      http://www.alalbany.net/albany_serah.php

      Semoga bermanfaat ….

      Sekian….

      WA

  4. setuju dgn ustaz.. sblm ni pun ada dgr gak sorang ustaz tu mengkritik golongan yg terlalu taksub dgn syaikh Al-Albani.. menurut ustaz trsbt, golongan tu claim camtu la, sapa tak solat cara Al-Albani dikira tak sah.. seolah2 “Sifat Solat Al-Albani” plak yg perlu diikut, bukannya “Sifat Solat Nabi”..

    Syaikh Al-Albani tu manusia biasa gak, ada kelebihannya, ada kekurangannya.. jgn terlalu taksubkan Al-Albani sampai mencela ulama lain.. ulama2 lain pun ada tulis psl “Sifat Solat” gak, tp atas bbrp prinsip (misalnya perbezaan antara mereka dlm menghukum status hadits) akan wujudlah perbezaan hukum fiqh..

    wallahu a’lam..

    1. typo : terlibat

      salam ustaz al-jawhar, Alllah hu akbar 3x!

      ana setuju dgn ust al-jawhar.

      erm, kepada KING OF MALAYSIA, sebenarnya ana antara yg terlibat dgn projek penterjemahan kitab2 dlm Multaqa’ English,tugas ana ialah apabila multaqa terjemah ke engliash, maka kerja ana ilah terjemha ke bahsa malaysia, sebenarnya kitab sifat solat al-torifi bukan la disambut dingin, tetapi kita semua sedang memberi prioriti kepada kitab2 aqidah dulu utk di terjemahkan, dan kalau enta nk tahu syaikh ayman anatara yg pro mutaqaddimin dan byk guna pendpaat syaikh al-torifi dlm multaqa english.

      salam,
      Abu Ismail

  5. salam,

    Saya berpendapat, mengikut buku albani tu is immaterial, tapi tak ikut cara rasulullah yg original tu yg dipertikaikan. ‘Sollu kama ro’aitumuni usalli’ kan. Hadis dah menerangkan secara tepat kaedah rosulullah sembahyang. Sekian pandangan saya yg jahil ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: