HAD PUKUL ANAK

15 Jun

Saya ingin tahu cara mdidik anak secara tepat. Apakah kita dibenarkan pukul anak, dan apakah had-had pukul anak. Apakah hanya dibenarkan menggunakan tangan semata-mata atau rotan juga dibenarkan. Ketika ini anak saya berumur 2 tahun lebih dan ketika ini anak sekecil itu perlukan kawalan disebabkan keaktifannya. Kawalan, kadang2 perlu juga memarahi (terkadang pukul) bagi mengawal anak dari perilaku yg kita tidak suka. persoalannya, apakah had pukul anak.

___________________________________________

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Islam amat menitik beratkan soal pendidikan terhadap anak-anak.Ini kerana pendidikan yang betul dan menepati kehendak syarak , in sya Allah akan melahirkan anak yang beriman serta mentaati perintah Allah swt dan Rasul-Nya.Sebagaimana Firman Allah swt dalam surah al-Tahrim ayat 6 :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka”

Apa yang menjadi persoalan sekarang ini ialah , apakah dibolehkan anak itu dipukul dan apakah pula had pukulan yang dibenarkan dalam Islam , jika Islam mengizinkan pukulan semasa dalam proses pendidikan terhadap anak-anak.

Apa yang penting ialah , hukuman adalah sesuatu yang disyariatkan dan termasuk salah satu sarana

pendidikan yang mendatangkan kesan dalam diri anak-anak.Namun berlebih-lebihan dalam menggunakan pukulan semasa proses pendidikan akan mengakibatkan kesan yang sebaliknya.

Ada beberapa kaedah dalam menggunakan pukulan dalam proses pendidikan seperti :

–  Tidak dipergunakan hukuman ini kecuali jika tidak ada cara lain lagi.

–  Pendidik tidak baleh memukul ketika dalam keadaan marah , karena dibimbangi akan membahaya dan mencederakan anak.

–  Tidak memukul pada bahagian-bahagian yang menyakitkan, seperti:wajah, kepala dan dada.

–  Pukulan bukanlah bertujuan untuk menyakitkan , tetapi sebagai pengajaran.

–  Tidak boleh dipukul anak yang berumur di bawah sepuluh tahun.Sebagaimana sabda Rasulullah saw :

مُرُوا أَوْلاَدَكُمْ بِالصَّلاَةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرِ سِنِينَ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِى الْمَضَاجِعِ

“Latihlah anak-anak kamu bersolat ketika usianya 7 tahun , dan pukullah mereka (jika tidak mahu menunaikan solat) diwaktu telah berumur 10 tahun , dan pisahkanlah tempat tidur mereka (antara lelaki dan perempuan)”

(Hadis Abu Daud , dinilai HASAN SAHIH oleh Al-Albani dalam Sahih wa Dhoif Sunan Abu Daud : 495)

Perlu diingat , bahawa kaedah pukulan adalah kaeah terakhir digunakan dalam mendidik anak , setelah pendekatan secara nasihat dan teguran tidak mendatangkan kesan pada si anak.

Walaubagaimana pun , anak-anak adalah ibarat kain putih yang tidak mengerti apa pun dalam muka bumi ini…Maka , didiklah ia dengan penuh kasih sayang tanpa ada rasa putus asa dengan meminta bantuan dan pertolongan dari Allah swt….Mudah-mudahan diberikan kekuatan oleh-Nya…in sya Allah.

WA

2 Responses to “HAD PUKUL ANAK”

  1. Gadis Malang 18/06/2010 at 11:47 am #

    Saya bercinta dengan suami org….DIA DAH 3 TAHUN XDOK SEBUMBUNG….Xsefahaman…asyik bergadoh….n masalah….dia kata…isteri die ni…bile bergadoh ngn dia…anak jadi mangsa….di pukul…di heret….atas jalan…anak baru nak berjalan tatih….siapa yang harus d salahkan…..isterinya?atau suami nya?saya mengenali si dia setelah 2 tahun dia bergelumang dgn masalah isterinya yang ingkar suami….kuar tanpa izin….ada affair…..mohon nasihat….

    • Aku juga manusia... 25/02/2011 at 6:23 pm #

      Awak tak sepatutnya mengambil kesempatan diatas masaalah yang dihadapi oleh orang lain. Kehadiran orang ketiga biasanya akan membuatkan rumahtangga yang bermasaalah menjadi bertambah kacau bilau. Dan kemungkinan awak hanya mendengar cerita dari sebelah pihak yang pastinya akan mengatakn semua masaalah berpunca dari pihak sebelah satu lagi…., adat manusia begitulah.

      Jadi, sebaiknya minta dia (lelaki tadi) kepejabat agama yang terdekat dan minta nasihat dari pegawai agama yang bertauliah atas masaalah rumahtangga yang dihadapi. Khidmat nasihat rumahtangga memang ada disemua pejabat agama dinegara kita. Kemudian nanti pejabat agama akan memanggil si isteri untuk mendengar penjelasan dan demi berlaku adil kepada kedua-dua belah pihak. Seterusnya pejabat agama akan memanggil kedua-dua sekali untuk diberikan nasihat dan cuba memyelamatkan serta mengukuhkan semula rumahtangga.

      Jika awak sayangkan dia, awak seharusya sanggup berkorban untuk kebahagiaan seluruh keluarga dia. Bayangkan nasib anak-anak dia yang sedang membesar dan memerlukan perhatian dan kasih sayang seorang ayah jika berlaku berlaku apa-apa keatas rumahtangga mereka.

      Sekian, Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: