SANTAI SEKEJAP….

Malam ni , rasanya tak ada apa yang hendak dicoretkan…..Tiba-tiba , terasa ringan tangan ni untuk membelek majalah-majalah berbahasa arab yang sempat saya beli semasa di Yaman.Antara yang menjadi pilihan saya setiap bulan ialah majalah Al-‘Arabi al-Soghir.

Majalah tersebut merupakan majalah untuk kanak-kanak.Saya melazimkan membelinya , kerana disamping ianya menggunakan gaya bahasa Arab Fushah yang mudah difahami , ianya juga amat berguna untuk bacaan anak saya yang sulong.

Sedang saya belek-belek , tiba pada satu ruangan yang disebut sebagai Thoroif wa Ibtisamaat.Satu ruangan yang menghimpun karya-karya lawak dari para peminat dan pembaca seluruh tanah arab yang menghantarkan hasil karya mereka ke majalah tersebut.

Ha…ha…ha…nak pecah perut juga bila dibaca lawak-lawak mereka tu semua….ha..ha..haa…. Kemudian tetiba terasa ingin berkongsi sama dengan pembaca sekalian akan lawak-lawak tersebut…maka dibawah ini saya coretkan beberapa cerita yang sempat say abaca kembali :

Cerita 1 : Kali pertama

Seorang wanita telah menaiki sebuah teksi and kemudian semasa dalam perjalanan , wanita tersebut berkata kepada pemandu teksi tersebut : “Jangan laju sangat wahai saudara , kerana ini adalah kali pertama saya menaiki teksi” Lalu dijawab oleh pemandu teksi tersebut : “Jangan takut puan , sebab saya juga baru pertama kali bawa kereta…kira samalah kita”

Cerita 2 : Gila

Seorang doctor bertanya kepada seorang pesakit : “Kenapa mereka semua menghantar kamu ke Hospital gila ni ?” Lalu berkata si pesakit tadi : “Saya merasakan mereka tu semua gila , akan tetapi mereka tu semua pula merasakan saya ni yang gila.Maka hendaklah kita berpegang dengan pandangan Jumhur”……..

Cerita 3 : Uzur

Seorang pelajar yang tidak datang ke sekolah tanpa uzur telah menelefon guru besar sekolahnya dengan menggaraukan suaranya seolah-olah meniru suara bapanya dan dia berkata kepada guru besar tersebut : “Hello guru besar , anak saya Salim sakit sejak semalam dan tidak dapat hadir ke sekolah.Saya minta jasa baik tuan agar dapat memberinya cuti.”

Berkata guru besar : Boleh saya tahu siapa yang bercakap ni?”…..Lalu ia berkata : “Saya ialah anak dia….”

Cerita 4 : Gagal

Seorang bapa memarahi anaknya yang gagal dalam peperiksaan 2 tahun berturut-turut : “Kenapa kakmu gagal lagi seperti tahun lepas??….Lalu jawab anaknya : “Sebab guru-guru bagi soalan tahun lepas”…

Cerita 5 : Kenalan.

Seorang lelaki telah pergi ke rumah sahabatnya karibnya yang selalu diziarahinya.Sampai dihadapan pintu rumah tersebut ia pun mengetuk pintu rumah dan tiba-tiba anak tuan rumah itu pun membuka pintu.Lelaki tersebut berkata : Apa khabar?”…..Adakah bapa awak ada dirumah?… Budak itu menjawab : “Ada”….Lelaki itu bertanya lagi , : “Kenal tak siapa niiii?…. Budak lelaki tersebut terus berlari mendapatkan bapanya sejurus mendengar soalan tersebut dengan berkata kepada ayahnya : Ayah…ayah…diluar tu ada orang yang tak tahu siapa diri dia..

Cerita 6 : Surat beranak.

Seekor ayam bertanya kepada seekor kambing : “Kenapa masa hari raya korban yang lepas , kamu tidak dikorbankan? Kata kambing : “Sebab bapa saya tulis dalam surat beranak , saya ni ayam”……..

Begitulah serba sedikit ceritanya …..ha…ha…haa…..

Advertisement

One thought on “SANTAI SEKEJAP….

Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: