AHLI KUBUR YANG HIDUP….

17 Aug

Perbuatan khurafat dan bid’ah yang dilakukan oleh golongan sufi di Hadramout adalah perbuatan yang memang memalukan Islam itu sendiri.

Golongan ini mendakwa bahawa apa yang dibawa adalah ajaran Islam tulen yang sahih dan warid dari Rasulullah saw.Lebih menyedihkan lagi apabila “tok-tok guru” mereka ini tanpa segan silu mendakwa bahawa mereka adalah dari keturunan Ahli bayt yang sampai terus ke Rasulullah saw.

Sudah tentu masyarakat akan menaruh kepercayaan yang tinggi dengan dakwaan mereka-mereka yang “berketurunan” Rasulullah saw ini.Apa sahaja dakwaan mereka , akan disambut dengan kata-kata “sami’na wa atho’na” ……….. sampailah kepada ziarah kubur , tawaf kubur , tahlil atas kubur , meratap dan meraung atas kubur dan sebagainya.Tak perlulah penulis ceritakan lagi benda yang sudah penulis ceritakan beratus-ratus kali , samada dalam ceramah-ceramah , email , soal jawab agama dan sebagainya semenjak dari penulis masih lagi berada di Yaman dalam tahun 2001 hinggalah ke hari ini.

Maka dengan sebab itu juga tidak hairanlah , pada setiap tahun dalam bulan sya’ban penduduk sekitar Hadramout , Syibam , Tarim dan lain-lain akan berbondong-bondong dan berduyun-duyun menuju ke Makam Nabi Hud as untuk melakukan ziarah.Rasanya tidak keterlaluan sekiranya penulis katakan mereka-mereka tu semua lebih “menyayangi dan mengasihi” Nabi Allah Hud as daripada Nabi Muhammad saw.

Apa yang penting telah ramai sekarang ini penulis-penulis dan para ulama Yaman yang bertungkus lumus menyedarkan masyarakat  hadramout Yaman tentang kekhurafatan golongan sufi ini sehingga ada yang menggelar mereka dengan gelaran “Ashabul Quburiyyah” ( ahli kubur ) , malah , terdapat juga satu kajian / tesis pelajar  Sarjana dari luar Yaman yang menulis sebuah buku yang bertajuk : “Ashabul Quburiyyah fil Yaman” ( Golongan / ahli kubur di Yaman)

4 Responses to “AHLI KUBUR YANG HIDUP….”

  1. skawars 07/09/2008 at 11:08 am #

    salam ustaz,

    kenapa isu tahrif Al-quran di dlm kategori salah faham ajaran islam teleh didelete?saya masih keliru tentang isu itu.minta penjelasan ustaz dgn lebih detail tentang perkara itu.thanx

  2. asri abu thalib 25/12/2008 at 12:17 am #

    minta tuan blog tuliskan berkenaan dgn isu menjisimkan Allah oleh wahaby dan kenapa pengasas wahaby mengatakan penduduk palestin lebih kafir dr yahudi dan kristian.banyak penyelewengan yg dilakukan oleh mereka.sehinggakan berani mengkafirkan org lain yg tidak membaca buku Bin Baz, albani dan lain-lain idola wahaby

  3. aljawhar 03/01/2009 at 11:34 pm #

    Salam kepada akhi Asri Abu Thalib..

    Isu wahabi , kafir mengkafir dan sebagainya hanyalah akan merugikan umat Islam.Penulis tidak berminat untuk membicarakan persoalan yang enta bangkitkan.Malah , asas penubuhan blog ini juga adalah bertitik tolak atas dasar ingin mencurahkan sedaya mungkin ilmu dan maklumat yang mungkin boleh dikongsikan bersama khususnya dalam bidang feqh…

    Maka , rasanya saudara boleh mencari sendiri jawapan kepada persoalan tersebut dengan bantuan Mr.Google….sekian

    WA

  4. zafry 20/09/2010 at 1:29 pm #

    assalamualaikum w.b.t ustaz,
    saya ada sdikit persoalan dsini, sy kurang memahami apa itu salah faham skop ajaran islam di malaysia. adakah seperti riba? semua orang tahu riba itu haram tapi jika kena pada syarat-syaratnya ia akan jadi halal? apa pendapat ustaz? terima kasih..
    assalamulaikum..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: