KAEDAH SOLAT WITIR 3 RAKAAT 1 SALAM

21 Sep

Ustaz, saya nak tanya tentang solat witir.

1) Sekiranya saya melakukan tiga rakaat sekaligus, adakah saya patut duduk dua tahiyat ataupun satu sahaja, yakni pada rakaat ketiga. Kerana tak silap saya ada hadith yang mengatakan Nabi saw ada buat witir dengan bilangan 3, 5 dan lebih dengan duduk satu rakaat.

2) Sekiranya saya menjadi Imam dan ingin melakukan solat witir dengan tiga rakaat sekaligus, bagaimana kah bacaan yang patut saya lakukan.
Adakah jahar pada tiga rakaat semuanya ataupun hanya dua rakaat yang pertama sahaja.

Mohon pencerahan.

___________________________________________

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

:

Solat witir dikerjakan sebanyak 3 , 5 , 7 ,9 dan 11 rakaat .Bagi yang mengerjakan solat witir 3 rakaat , hendaklah ia tidak duduk (tahiyyat awal) kecuali pada rakaat yang akhir.Iaitu membaca tasyahhud akhir dan salam.Ini berdasarkan hadis Rasulullah saw , daripada Saidatina A’isyah ra :

لا يجلس في شيء إلا في آخــرها.

(Baginda saw) tidak duduk sama sekali semasa mengerjakannya melainkan pada rakaat yang terakhir. (HR Muslim no : 737)

Berkata Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah : Tidak harus menjadikan solat witir seperti solat Maghrib.

Apa yang dapat difahami daripada kata-kata Ibn Taimiyyah ini ialah solat witir itu mestilah berbeza dengan solat maghrib , walaupun sama dari segi bilangan rakaatnya.Maka pada solat witir itu tidak boleh dilakukan tahiyyah awal yang mana jika dilakukan akan menyebabkan persamaan pada kedua-dua solat tersebut (maghrib dan witir).

Hujjah di atas juga dikuatkan dengan dalil hadis Rasulullah saw :

لا توترا بثلاث تشــبهوا المغــرب

Janganlah Kamu mengerjakan solat witir 3 rakaat seperti solat maghrib.

(HR Al-Hakim.Ibn Hajar al-‘Asqalani mengatakan sanad hadis ini sahih mengikut Bukhari dan Muslim.Rujuk Fath al-Bari m jilid 4 ,ms :301)

Bagi soalan kedua :

Sekiranya solat witir yang dilakukan secara jahr , maka bacaan yang perlu dijahrkan hanyalah pada 2 rakaat pertama sahaja , iaitu rakaat pertama dan kedua.Manakala pada rakaat ketiga dibaca secara perlahan (sirr)

Walaubagaimana pun , sauadara boleh mengerjakan sunat witir dengan dibaca secara jahr pada ketiga-tiga rakaat tersebut seperti mana amalan masyarakt Islam di Madinah al-Munawwarah pada masa ini.

WA

Ruj :

Al-Mulakhkhas Al-Fiqhi , Asy-Syaikh Dr.Salih bin Fauzan

Taysir al-‘Allam syarh ‘umdatu al-Ahkam , Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam.

One Response to “KAEDAH SOLAT WITIR 3 RAKAAT 1 SALAM”

  1. kifah 15/10/2008 at 10:25 pm #

    adakah solat witir jugak boleh dilakukan dengan 2 rakaat terlebih dahulu 9selepas memberi salam) kemudian menyambungnya dengan 1 rakaat?.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: