DILEMA ANTARA SUAMI DAN ISTERI

28 Sep

saya seorang perempuan berumur 30 tahun. sudah mendirikan rumahtangga sejak tiga tahun dan dikurniakan seorang anak perempuan. saya selalu dengar tentang keluhan para isteri yg tidak puas hati dengan tindak tanduk mak mertua masing2. tapi utk kes saya ini lain.

sekarang ini saya & suami serta anak tinggal dirumah emak saya sejak 2 tahun selepas bapa saya meninggaldunia. tujuan saya memutuskan utk tinggal bersama emak saya kerana hendak menemani emak kerana dia tinggal seorg memandangkan kakak tinggal dirumah lain bersama suami dan adik lelaki tinggal di subang.

saya tahu saya sebagai seorang anak mesti membantu, mentaati, melayani emak sebaik mungkin, mungkin saya ade buat silap kpd mak saya sbb saya tahu yg saya tak perfect, hanya manusia biasa. tetapi, mak saya masih tak puas hati dengan layanan saya terhadap dia. dia ckp yg saya ni sayang suami lebih dari dia (cara dia ckp mcm sy tak pedulikan die & mcm mendera dia). selain daripada itu,bila saya britau die saya hendak balik kampung suami saya, dia tak setuju sbb membuang duit dan lebih afdal kalau balik pada hari raya shj. dan semalam, baru je terjadi lagi pergaduhan hanya kerana cara saya mendengar perbualan dia. dia ckp kalau dia bercerita dgn saya, saya seperti tidak mendengar dgn betul & tidak pandangnyer. padahal mmg saya dengar & dia berada di hadapan saya, cuma mata saya ke tv. pastu, dia ckp bila saya berbual ngan suami saya, saya siap pandang belakang mengadap suami saya.

jadi soalannye ialah

1. syurga anak perempuan yg berkahwin terletak di mana? di bawah ibunya atau suaminya?

2. emak saya menuduh suami saya menceritakan hal tak elok tentang dia (emak) kat sepupu suami, padahal tidak. ini terjadi bila emak menjemput sepupu masuk ke rumah, dan sepupu menolaknye kerana hanya hendak berbual di luar rumah & mungkin taknk menyusahkan mak sya. jd ape hukumnye jika seorang emak menuduh anak & menantunye tanpa selidik?

3. dengan siapakah perlu saya ikut ckp terlbih dahulu, emak atau suami.

4. siapakah lebih afdal menjaga emaknya? anak lelaki atau perempuan?

5. selama saya tinggal dgn emak, saya telah byk mengendahkan suami saya kerana hendak memenuhi keperluan emak, tetapi emak saya tetap mgatakan saya ni anak yg teruk. dan adakah saya berdosa sekirenya saya mengabaikan tanggungjawab saya sbg seorg isteri utk melayan sepenuhnye kpd emak? kiranya saya terpaksa mendahului emak, baru suami.

6. adakah saya menderhaka kpd emak, jika dia(emak) menuduh suami saya & saya mempertahankan kerana ia tidak benar? sbb dia akan ckp yg saya melawan dia. bagi saya, saya cuma mempertahankan suami saya.

7. benarkah seorg emak boleh ckp ape saje benda tak baik kat anak, tetapi emak tidak mendapat dosa?

itu sahaja. saya harap akan mendapat jawapan dgn detail lagi. insyaAllah sy akan ikut nasihat ustaz.

hubungan dengan emak saya kira ok tetapi kadang2 kami sering berselisihan pendapat shingga menjadi pergaduhan. dan emak kecewa dgn jawapan yg saya beri jika dia bertanya sehingga dia mengatakan saya melawan ckp dia. bagi saya, sebagai serorg berumur 30, saya hanya meluahkan pendapat saya.

contohnya, emak tidak setuju suami saya bekerja menjual kereta, tetapi saya cuma katakan yg itu shj offer yg suami dpt dan tiada offer lain lagi. tapi dia tak puas hati sbb bg dia ade byk lg peluang pekerjaan. tapi saya masih ckp tiada peluang pekerjaan lain, sudah hantar byk resume, tapi cuma itu je yg dpt. lepas tu timbul le rase tak puas hati emak terhadap suami saya. dia ckp dia tak berkenan kt suami sya sejak dari zaman saya berkawan. then dia ckp kenapa cari suami mcm tu ler, dia lebih berkenan dgn sorg lelaki ni. saya ckp, kalau dh jodoh nk buat mcm mana. then dia ckp jodoh lain, ini lain. dengan perkara2 mcm ini yg membuat emak saya ckp anak2 dia melawan ckpnya. saya tak paham.

lepas je bergaduh, emak saya ckp yg dia doakan bahawa anak2 saya akan melawan saya suati hari nanti. saya tahu, anak akan berbuat demikian, tapi bagi saya tak perlu lah berdoa seperti begitu utk cucu2nya. dan dia juga berdoa agar anak saya dpt suami seperti menantu lelaki (yg tidak digermari) supaya saya rase ape yg dia rasa. bagi saya, seorg ibu mesti sentiasa doa kebaikan utk anak2 walaupun anak tu menderhaka. tapi emak saya membuat demikian sbb kecewa dgn saya.

jd ape perlu saya buat? adakah saya perlu berdiam sahaja tanpa memberi pendapat saya?

___________________________________________

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:

Jawapan kepada keseluruhan persoalan di atas secara ringkasnya adalah seperti berikut :

Secara umumnya Islam meletakkan hak suami sebagai perkara yang wajib dilaksanakan serta didahului berbanding dengan memenuhi keperluan dirinya (isteri) sendiri dan juga ibu dan bapanya , selagi mana ianya bukan kepada perkara-perkara yang dilarang atau maksiat kepada Allah swt.

Sabda Rasulullah saw , maksudnya :

Sekiranya Aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang yang lain , nescaya aku akan menyuruh si isteri untuk sujud kepada suaminya.

(Hadis Sahih riwayat Abu Daud dalam Kitab an-Nikah bab 41 , Tirmizi no : 1159 , Ahmad : 4/381 dan Al-Hakim : 2/187.Ianya disahihkan serta dipersetujui oleh Az-Zahabi)

Malah dalam satu riwayat lain , Nabi saw bersabda dengan maksudnya :

Demi diriku dalam genggaman-Nya , seseorang perempuan itu tidak dikatakan telah menunaikan hak Tuhannya melainkan setelah ia menunaikan terlebih dahulu hak suaminya.

(HR al-Baihaqi dalam al-Kubra : 29207)

Walaubagaimana pun si isteri tetap dibolehkan untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada kedua ibu dan bapanya selagi mana ianya tidak mengabaikan tanggungjawab kepada suaminya. Sebagaimana firman Allah swt dalam surah al-Isra ayat 23 :

وَقَضَى رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya.

Apabila berlaku pertembungan antara hak atau kewajipan kepada suami dengan hak atau kewajipan kepada ibu dan ayah , maka si isteri diwajibkan untuk mendahulukan tanggungjawab dan kewajipan kepada suaminya terlebih dahulu.

Pada ketika itu si isteri hendaklah melakukan pendekatan yang berhikmah dengan cara bersikap lemah lembut dan memohon maaf kepada ibu atau ayahnya kerana tidak dapat mendahulukan kehendaknya tanpa memutuskan tali silaturrahim antara ibu bapa dan anak.

Buatlah yang terbaik agar kepentingan suami dan ibu Puan dapat dijaga dengan baik dan sempurna.Selalulah berbincang dengan suami agar dapat bertolak ansur dan bersabar dengan kerenah dan ragam ibu Puan tersebut agar ikatan kekeluargaan tidak rosak dan terputus.

WA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: