mengenai seorang bayi yang dilahirkan kemudian meninggal dunia bagaimana dengan akikahnya dan tanggungjawab lain yang perlu di selesaikan oleh ibu bapanya
___________________________________________
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
Sekiranya janin yang gugur atau bayi yang dilahirkan selepas daripada proses peniupan ruh , iaitu selepas tempoh 4 bulan , maka hukumnya adalah dibolehkan untuk diaqiqahkan.Ini kerana janin atau bayi tersebut telah pun hidup sewaktu dalam kandungan ibunya dan ia sempat dilahirkan.
Ianya bersesuai dengan hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Bersama dengan anak yang dilahirkan itu aqiqahnya.Alirkanlah darah untuknya (menyembelih binatang untuk akikah) dan hilangkanlah penyakit daripadanya.”
(Hadis hasan Sahih , Abu daud : 2839 , At-Tirmizi : 1515 dan Ahmad : 4/214)
Walaubagaimana pun Ibadah tersebut adalah sunat menurut Jumhur Ulama dan ianya menrupakan sebahagian tanda syukur ibu dan bapa dengan kelahiran bayi tersebut.
WA
Leave a Reply