PALESTIN…BILAKAH AKAN BERAKHIR??

 

 

 

 

Hari ini , dunia sekali lagi dikejutkan dengan serangan yang mengganas dan membabi buta oleh ‘pengganas’ yang mendapat pembelaan dari Negara-negara barat yang sudah pasti menginginkan kehancuran penduduk dan bumi Palestin.

Serangan demi serangan yang ditujukan sememangnya menyesakkan dada sehingga menitiskan air mata apabila melihatkan natijah dari serangan itu yang meragut puluhan malahan ratusan dan ribuan nyawa penduduk Palestin yang tidak berdosa……Bilakah semua ini akan berakhir??…. Kenapa dan mengapa Negara-negara Islam tidak mampu untuk menjahanamkan tentera-tentera Jahanam itu dengan segala macam kekuatan yang ada??…..

Negara-negara Islam yang berada di sekeliling bumi Palestin seolah-olah menutup mata atas apa yang terjadi….Bagi penulis , walaupun terdapatnya bantuan demi bantuan yang dihulurkan oleh Negara-negara Islam yang perihatin , ianya tetap tidak memadai dan mencukupi.Buat apa kita memberikan mereka ubat-ubatan dan makanan , kalau setiap hari pasti akan berlaku pembunuhan dan kematian??…..Apakah ubat-ubatan tersebut mampu untuk menghidupkan mangsa-mangsa yang terburai perut dan otaknya dek serangan roket-roket dari tentera jahanam itu??…Apakah ubat-ubatan dan makanan yang diberikan dapat menghalang dan menepis hujahan dan singghan peluru , bom dan mortar pihak Yahudi gila yang sememangnya sedang menggila dan begitu ghairah menghapuskan penduduk Palestin??…dan apakah ubat-ubatan dan makanan tersebut mampu untuk menampal dinding-dinding rumah dan bangunan yang rosak dan roboh dan sebagainya???………

Bila Kerajaan Iran pimpinan golongan ‘Syiah’ membantu tentera Hizbullah ‘syiah’ dengan membekalkan senjata dan peluru serta bom semasa peperangan dengan yahudi Israel suatu masa dahulu , terdapat segolongan umat Islam yang suka dan gembira serta tak kurang juga yang ‘bersyukur’ dengan situasi tersebut , lebih-lebih lagi dengan bantuan tersebut jugalah tentera-tentera Hizbullah tersebut berjaya menghalau kemaraan tentera ‘Dajjal’ tersebut sekali gus dapat mempertahankan bumi mereka dari pencerobohan.Tindakan mereka juga telah memaksa pertubuhan bangsa-bangsa bersatu PBB ikut campur tangan bagi menyelesaikan krisis tersebut.

Itulah Iran yang kita anggapnya sebagai musuh dalam Islam lantaran pegangan dan akidah Syiahnya yang dianggap terpesong dan sesat…… Tapi , kenapa mereka lebih berani dan begitu bersungguh-sungguh mempertahankan ‘saudara’ mereka tanpa dibaluti sekelumit pun rasa takut dan bimbang dengan ancaman serta amaran ‘keras’ oleh ‘Polis Dunia’ dan sekutunya.??Malah, Iran juga pernah mengancam akan membalas serangan Israel dan sekutunya Amerika jika ia diserang secara terbuka semasa krisis nuklear suatu ketika dahulu

Iran hanya sebuah Negara sahaja…..sedangkan Negara-negara Islam lain yang mengaku sebagai golongan Sunnah wal Jama’ah lebih ramai dan lebih banyak yang mengelilingi Bumi Palestin.Malahan jika dilihat pada peta dunia , Bumi Palestin dan Israel itu amat kecil keluasan geografinya berbanding dengan Negara-negara Islam yang berada di sekelilinya.Apa yang jelas , kerajaan-kerajaan Islam yang ada langsung tidak ada niat untuk membantu Palestin dari sudut kekuatan dan ketenteraan , tapi mereka bersungguh-sungguh menutup dan ‘menembok’ sempadan-sempadan mereka yang bersebelahan dengan Palestin atas alasan ‘keselamatan’…..

Penulis teringat suatu ketika dahulu semasa menuntut ilmu di Republik Yaman…ada seorang sahabat penulis yang berasal dari Kosovo yang amat penulis kagumi.Bila kami semua pelajar bercerita tentang kezaliman dan kekejaman Israel , dia cukup marah dan geram sehingga terpancar jelas diwajahnya akan kebenciannya terhadap tentera laknat tersebut.Apabila kami bercerita pula tentang kematian dan pembunuhan penduduk-penduduk Palestin dalam keadaan yang menyayat hati, dia pula akan menitiskan air mata yang bukan dibuat-buat dengan linangan yang jelas terlihat lahir dari hati sanubarinya.

Setiap kali solat berjemaah bersamanya , dia tidak pernah lupa untuk mendoakan kesejahteraan dan keselamatan penduduk palestin dan juga mengharapkan kehancuran dan kemusnahan tentera yahudi dalam qunut Nazilahnya.Apa yang menambahkan lagi kekaguman penulis kepadanya ialah , setiap hari dia akan berkata kepada penulis bahawa suatu hari dia akan pergi ke Palestin untuk sama-sama berjihad menentang Israel…..setiap hari dia akan berkata….setiap hari , hinggalah hari terakhirnya sebelum berangkat pulang ke Kosovo selepas menamatkan pengajiannya di Bumi Yaman sekitar tahun 2005.

2 bulan selepas itu , semasa penulis masih lagi berada di Yaman , penulis dikejutkan oleh rakan-rakan Kosovo lainnya dengan satu berita yang cukup membuatkan penulis terharu , bangga dan gembira sehingga menitiskan air mata apabila diberitahu bahawa sahabat penulis yang cukup benci dan geram dengan Yahudi tersebut telah pun berada di bumi Palestin untuk sama-sama berjihad.Beliau telah meninggalkan segala macam nikmat dunia demi mencari nikmat akhirat yang pasti tidak akan habis sampai bila-bila.Isteri dan keluarganya juga turut merelakan pemergiannya , kerana mereka semua tahu bahawa fenomena yang berlaku di Israel tidak akan selesai dengan hanya bercakap lantang atau sekadar mengutuk kekejaman Israel melalui surat khabar , majalah atau pun kotak-kotak pembesar suara , sedangkan hari demi hari pasti ada sahaja nyawa umat Islam Palestin yang akan melayang dengan serangan tersebut.

Sehingga ke hari ini , penulis tidak tahu bagaimana keadaan sahabat penulis itu.Malahan , sahabat-sahabat Kosovo lain serta keluarganya juga tidak tahu apakah yang telah terjadi padanya.. Tidak ada berita yang dikirimkan kecuali sebulan dua selepas pemergiannya sahaja.Walaubagaimana pun, apa yang pasti dan jelas ialah , jika ia telah terkorban bersama-sama dengan umat Islam Palestin semasa berjuang dan berjihad menentang kezaliman Israel laknatullah , dia pasti memperoleh ganjaran Syurga jannatul Firdaus sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Allah ‘Azza wajalla kepada hamba-hambaNya yang sanggup menggadai nyawa demi kemulian dan keagongan Islam….Semoga Allah merahmati semua para syuhadak dan umat Islam Palestin yang terkorban dan mengembalikan bumi Palestin kepada yang berhak…..Amin ya Rabbal ‘Alamin.

Untuk akhirnya , ingatlah wahai ikhwah sekalian ,hari ini adalah hari kelapan Gaza diserang… sudah sampai masanya Negara-negara Islam memikirkan hal ini dengan lebih tegas dan bersungguh-sungguh.Sampai bila kita ingin membekalkan mereka dengan ubat-ubatan dan makanan sahaja sedangkan kematian demi kematian pasti berlaku setiap hari….Sampai bila juga , helaian kertas demi helaian yang dituliskan padanya dengan pelan-pelan serta perjanjian damai , gencatan senjata , rundingan demi rundingan dan sebagainya dibuat dengan tujuan ‘kononnya’ untuk membantu umat Islam Palestin……sampai bila??….semua pelan damai dan rundingan tersebut tak ubah seperti makanan enak  yang telah menjadi sampah busuk dan jijik yang mana kemudiannya  disajikan semula oleh PBB dan Amerika laknatullah kepada Negara-negara Arab…..

Sebenarnya , mereka lebih memerlukan sokongan dalam bentuk yang lebih terjamin seperti bantuan ketenteraan dan senjata yang mampu menggegarkan serta menakutkan Israel.Tergamak dan sampai hati kah kita membiarkan mereka berjuang dengan hanya bersenjatakan batu , kayu , botol dan sebagainya.. Sedangkan segala kecanggihan kelengkapan perang yang moden dan berteknologi tinggi berada di pihak musuh iaitu Yahudi Israel laknatullah….

Fikir-fikirkan lah Wahai Pemimpin-pemimpin dan umat Islam sedunia sekalian….renungkan lah….  

‘Ya Allah , selamatkan lah Umat Islam Palestin dan hancurkanlah musuh-musuh Mu Ya Allah’

 

1_772414_1_34-aljzr4syahid_300_0

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

blokade_rantai_300_0empatsyuhada_300_0

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ibuanak_300_0israelbakar_300_0

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

tangkap_1_1_300_0

Advertisement

4 thoughts on “PALESTIN…BILAKAH AKAN BERAKHIR??

Add yours

    1. Salam…..

      Terima kasih kepada saudara yang menyarankan ana melawat lamat blog tenteradajjal.blogspot.com tersebut yang sememangnya menjadi antara laman blog yang biasa ana lawati.

      Mungkin saudara salah faham pada ana….Ringkasnya , daripada apa yang ana tulis bukanlah bertujuan untuk mempromosi ‘Syiah’ ataupun Iran , jauh sekali untuk menyokong dan menyanjung golongan sesat tersebut.

      Apa yang ana maksudkan ialah , mengapa mereka boleh buat tapi kita tak boleh buat.Walaupun mereka (Syiah) berbuat sesuatu atas nama akidah yang sesat , bid’ah , toghut , khurafat dan sebagainya.That’s all….

      Untuk pengetahuan saudara , saya sendiri tidak bersetuju dengan akidah Syiah dan segala penyelewengan agama yang dilakukan mereka.

      Pendek katanya , biarlah kita memandang sesuatu isu itu dengan pandangan mata hati….bukannya pandangan nafsu…..Allahu A’alam……

      WA

  1. ana rasa macam ni, iran lakukan demi visinya yang tersendiri iaitu mencari pengaruh bagi menguasai rantau teluk dan laut kaspian untuk pembinaan empayar parsinya. Ana syorkan kaji juga fakta Iran ni dengan beberapa isu : 1.Iran-Contra 2. Bonn Conference 3. Perjanjian di London 17 disember 2002 bagi membentuk FCC bagi jatuhkan Saddam.. terima kasih kerana membalas komen. bagi ana, ana cukup berhati-hati dalam menilai perkembangan di Teluk dan laut kaspian dengan membaca kesemua sumber baik dari Iran, Arab, Barat dan Yahudi sendiri

  2. Assalamualaikum,

    Nabi Muhammad s.a.w. telah memberitahu kepada kita 1400 tahun yang lepas bahawa umat Islam akhir zaman akan dikerumuni oleh musuh Islam seperti mereka mengerumuni makanan yang lazat.

    Para sahabat hairan bila nabi mengatakan bahawa umat Islam ketika itu cukup ramai, namun mengapa mereka diperlakukan sedemikian rupa. Nabi menjawab bahawa Allah telah mencabut rasa gerun musuh Islam kepada umat Islam dan mencampakkan ke dalam hati umat Islam penyakit cinta dunia dan takutkan mati.

    Inilah sebabnya mengapa umat Islam akhir zaman ini diperlakukan sewenang-wenangnya oleh musuh Islam. Kita terlalu mencari dunia sehingga melupakan akhirat.

    Negara-negara arab sanggup bersekongkol dengan musih Islam kerana inginkan dunia. Dan akhir sekali kita tidak kembali kepada ajaran Islam sepenuhnya.

    Penderitaan umat Islam akhir zaman ini hanya akan berakhir bila umat Islam kembali kepada Islam dan negara-negara yang mengaku Islam mengamalkan undang-undang Islam yang datangnya dari Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: