ADAKAH BASMALAH SEBAHAGIAN DARI AL-FATIHAH

Saya mohon maaf jika soalan ini berulang, saya telah cuba cari tapi tak jumpa.

Saya masih confuse untuk mengamalkan basmalah ketika membaca AL-Fatihah dalam dan luar solat. Adakah boleh jika tidak dibaca langsung basmalah ketika baca al-fatihah? Iaitu ia sekadar sunat utk dibaca. Saya mohon penjelasan dan dalil adakah basmalah sebahagian dari surah al-fatihah.

Jika dikira al-fatihah mengandungi 7 ayat termasuk basmalah sesuai seperti dinyatakan sebagai sab’u masani di dalam hadis Nabi SAW

Mohon penjelasan.

Terima kasih.

____________________________

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Ulama sepakat mengatakan bahawa ‘basmalah’ adalah merupakan sebahagian daripada surah An-Naml , tetapi berselisih pendapat mengenai adakah diwajibkan membacanya dalam solat.

Abu Hanifah dan Ahmad mengatakan ianya adalah sunat sahaja kerana mereka beranggappan bahawa basmalah bukanlah satu ayat dari surah Al-Fatihah.

Manakala Imam Syafie mewajibkan membacanya.

Para Qurra Makkah dan Kufah mengatakan bahawa basmallah adalah merupakan sebahagian dari surah Al-Fatihah , manakala para Qurra Madinah , Basrah dan Syam tidak menganggap basmalah adalah ayat daripada surah al-Fatihah.Mereka mengatakan bahawa basmalah hanya merupakan pemutus antara setiap surah-surah yang terdapat dalam al-Quran.

Pendapat para Qurra Madinah , Basrah dan Syam ini dikuatkan dengan dalil daripada hadis Nabi saw sebagaimana berikut :

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان لا يعــرف فصــل السور حتى ينــزل عليه ( بسم الله الرحمن الرحيم)

“Sesungguhnya Rasulullah saw tidak mengetahui akan pemutus antara surah-surah sehinggalah diturunkan Bismillahir Rahmanir Rahim.

[HR Abu Daud : 788 , Al-Hakim : 1/231. Disahkan dan dipersetujui oleh Az-Zahabi]

Walaubagaimana pun terdapat juga dalil yang mengatakan bahawa Basmalah bukanlah sebahagian daripada al-fatihah sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik ra :

أن النبي صلى الله عليه وسلم وأبا بكر وعمر كانوا يفتتحون الصلاة ب(الحمد لله رب العالمين)

“Adalah Rasulullah saw dan Abu Bakar serta Umar memulai solat dengan (Alhamdulillahi rabbil ‘Alamin) [H.Muttafaqun ‘Alaih , Bukhari :743 dan Muslim : 399]

Dalam Riwayat Imam Muslim terdapat tambahan yang menyebutkan bahawa mereka iaitu Rasulullah saw , Abu Bakar dan Umar tidak menyebut Basmalah samada diawal bacaan ataupun diakhir bacaan al-Fatihah sebagaimana berikut :

لا يــذكرون ( بسم الله الرحمن الرحيم) في أول قراءة ولا في آخرها

Malah menurut Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , terdapat hadis sahih yang jelas menunjukkan bahawa Basmalah bukanlah merupakan ayat daripada surah Al-Fatihah sebagaimana berikut :

أن الله قال: قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ، فإذا قال : الحمد لله رب العالمين ، قال : حمدني عبدي …….. إلخ

“Nabi saw bersabda : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman : Aku membahagi dua solat hambaku , separuh untuk untuk-Ku dan separuh untuk hamba-Ku.(Untuk hamba , apa yang ia minta)…..Ketika hambu-Ku membaca (Alhamdulillahi rabbil ‘Alamin) , Aku berfirman : Hamba-Ku memuji-Ku………hingga akhir.

[HR Imam Muslim : 395]

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa permulaan al-Fatihah adalah (Alhamdulillah….) bukannya basmalah….Allahu A’alam…

WA

Ruj :

Taudhih Ahkam min Bulughil Maram , Asy-Syaikh Abdullah Abd Rahman Al-Bassam.

Fathul Qadir , jilid 1 , ms : 65

Al-Ahkam Asy-Syar’iyyah li qurra al-Quran al-Karim , Asy-Syaikh Dr. Mahmud Ahmad Sa’id al-Atrash.

Advertisement

2 thoughts on “ADAKAH BASMALAH SEBAHAGIAN DARI AL-FATIHAH

Add yours

  1. salam ziarah,
    kini perpustakaan hanya dihujung jari..
    kami sediakan untuk anda..
    anda mampu memilikinya..

    Untuk makluman, e-kitab ini boleh di muat turun secara percuma di laman2 web dari Timur Tengah, kami cuba kumpulkan dan memudahkan penuntut dan pengkaji ilmu didalam mencari sumber rujukan tanpa perlu bersusah payah mengggunakan masa yang lama untuk memuat turun file kitab2 ini dari internet.. Di harapkan usaha kami ini dapat dimanfaatkan dan dihargai..

    Berikut diantara keistimewaan e-kitab ini :-

    1. Mengandungi 1,600 judul e-kitab dengan lebih 10,000 buah jilid buku. (dianggarkan bersamaan 3 kontena kitab)
    2. Merangkumi pelbagai bidang.. (Kini segalanya di hujung jari anda)
    3. Diakui sebagai sumber rujukan dan penulisan ilmiah.
    4. E-kitab ini adalah daripada kitab yang sebenar.
    5. Paparan imej didalam komputer yang jelas, dilengkapi pencarian tajuk di sebelah paparan imej.
    6. Sistem pencarian kitab yang mudah.. hanya mengunakan butang “search” di dalam komputer anda.
    7. Dengan hanya satu set Perpustakaan Digital ini,anda telah menjimatkan beribu-ribu ringgit untuk membeli kitab.
    8. Tidak memerlukan ruang untuk menyimpan kitab yang banyak.
    9. Kini anda memiliki sebuah perpustakaan peribadi impian.

    macam2 manfaat yang akan anda ketahui dan rasai apabila anda memilikinya.. anda mampu memilikinya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

Up ↑

%d bloggers like this: