Assalamualaikum…….
Masya Allah……lama sungguh penulis tidak menulis dalam blog ini…..Banyak kategori penulisan yang ada dalam blog ini tidak di update…..Emm , rasanya sudah lebih 5 bulan blog ini menyepi……
Ramai teman-teman yang menghantar sms dan tak kurang juga yang menelefon serta menghantar email bertanyakan , bilakah masanya AL-JAWHAR akan menulis kembali , terutama siri pengajian Feqh dan usul al-feqh yang rasanya telah terlalu lama tergendala.Begitu juga dengan siri Feqh Jinayah Syar’iyyah.
Apa yang pasti..bukan penulis sengaja untuk tidak meng’update’kan blog ini…Tapi , terlalu banyak kerja dan tugasan yang perlu penulis laksanakan.Apatah lagi , sekarang ini isteri penulis juga sedang sibuk menyiapkan kelengkapan perkahwinan adiknya yang in sya Allah dijadualkan awal oktober ini…
Bukan itu sahaja , adik penulis juga akan melangsungkan perkahwinannya sebulan selepas adik isteri penulis berkahwin…. Begitu juga dengan jemputan ceramah samada umum , bulanan dan mingguan di surau-surau serta masjid-masjid sekitar Kajang , Kuala Lumpur dan juga Seremban , makin mendapat perhatian….Al-hamdulillah , nampaknya sudah ramai masyarakat yang ingin menambah ilmu dan pengetahuan dalam Islam…..
Baru-baru ini juga , ada sahabat penulis menelefon penulis agar menulis satu artikel berkenaan dengan pandangan penulis dari sudut al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw terhadap satu ceramah @ seminar ala-ala sufi yang disebut sebagai ESQ 165……
Katanya , ramai paraUstaz yang mengatakan ianya Bid’ah dan khurafat.Malah tak kurang juga ada yang mengatakan ianya sesat dan bercanggah dengan akidah Islam…..Emmm, entahlah , penulis bukannya orang yang mudah untuk menghukum dan mengatakan sesuatu perkara itu sesat dan bid’ah….Apatah lagi , seminar tersebut pun penulis tak pernah menghadirinya…Mungkin ada sebab-sebab tertentu sesetengah pihak mengatakan ianya sesat , bid’ah , khurafat dan sebagainya.
Walaubagaimanapun , in sya Allah penulis akan memberikan komen penulis berkenaan dengan program tersebut… Itu pun jika ada pihak yang mahu menaja penulis untuk menghadiri seminar tersebut yang mana , dengar-dengar khabar mencecah 4 angka juga bayaran yang dikenakan pada setiap peserta yang ingin menghadirinya…
WA….
Salam sahbat…
Baru ku temui weblog nih….teruskan perjuangan enta 😉
Salam kembali…..
Syukran kerana sudi menjengok ke weblog ana yang tak seberapa ini….
Begitu juga dengan enta , diharapkan dapat teruskan perjuangan…..
WA